Posts

Showing posts from 2010

Resepi Sambal Ikan Tenggiri

Resepi Sambal Ikan Tenggiri Bahan-Bahan: 4 keping Ikan tenggiri 8 ulas Bawang Merah Kecil 21 biji Cili Kering 7 biji Cili Api 3 sudu besar Minyak masak 1 ulas kunyit hidup 3 besar ibu jari Asam Jawa 1 Bawang Merah Besar untuk hiasan (dipotong bulat) Garam secukup rasa. Gula puteh 1 sudu kecil Cara: Tumbuk kunyit hidup digaul bersama ikan Ikan digoreng sehingga garing.Setelah ikan digoreng tos dan angkat,asingkan.Bawang merah kecil dan cili kering dikisar halus.Kemudian panaskan minyak untuk menumis cili dan bawang yang sudah dikisar tadi.Tumis hingga cili & bawang tadi masak secukupnya (15 minit),masokkan garam & dan gula.Kemudian masukkan ikan selama 3 minit kedalam cili& bawang yg ditumis hingga sebati.Akhir sekali masukkan bawang merah besar dan gaul selama 1 minit.Angkat dan bolehlah hidangkan. Tambahan: Semasa cili & bawang dikisar hanya gunakan air sedikit,sebanyak setengah cawan air.

Resepi Sup Soto

Resepi Sup Soto Bahan-Bahan: 1 ekor ayam 1 inci kulit kayu manis 2 biji buah pelaga 3 cm halia 1 bungkus sup bunjut Sedikit bunga lawang 5 sudu besar minyak masak 3 ulas bawang putih 5 ulas bawang merah Sedikit daun sup dan daun bawang Sedikit garam Cara: Panaskan minyak masak dan tumis semua bahan-bahan, kulit kayu manis, buah pelaga dan bunga lawang. Apabila sudah naik bau masukkan bawang putih, bawang merah dan halia sehingga kelihatan kekuningan. Masukkan air dan biarkan sehingga mendidih. Selepas itu masukkan sup bunjut. Masukkan ayam dan biar sehingga ayam betul-betul masak. Akhir sekali, masukkan daun sup dam daun bawang.

Resepi Laksam

Resepi Laksam Bahan-Bahan: Bahan Kuah: 300 gm isi ikan 150 ml santan pekat (tambah air jika perlu) 4 ulas bawang merah (dikisar) 4 ulas bawang putih (dikisar) 1 batang serai (dikisar) Sedikit halia (dikisar) 2 kiub pati ayam 1 cawan tepung beras 1 cawan tepung ubi 2-3 cawan air sedikit garam Sedikit kacang panjang, tauge, kobis, daun selasih, sengkuang, timun & daun salam (dihiris) Minyak masak, garam & lada sulah Cara: Bancuh tepung beras, tepung ubi, garam & air hingga sebati. Ambil satu senduk adunan & masukkan ke dalam loyang bulat. Pastikan adunan tidak terlalu tebal. Kukus hingga masak. Keluarkan dari loyang & digulung. Ulangi proses ini hingga adunan habis. Ketepikan. Tumiskan bahan yang dikisar hingga garing. Masukkan isi ikan, kiub pati ayam & santan. Apabila mendidih, masukkan garam & serbuk lada sulah. Tutupkan api. Angkat & hidangkan. Cadangan Hidangan: Potong tepung laksam anggaran 1 cm tebal. Masukkan ke dalam mangkuk & bubuhkan sayur-s

Resepi Pulut Kuning

Resepi Pulut Kuning Bahan-Bahan: 2 cawan beras pulut (dikosek & ditoskan) air yang mencukupi untuk meliputi pulut 1 sudu serbuk kunyit (dicampurkan) 2 ulas bawang putih ¼ sudu garam 1 ¾ cawan santan 2 helai daun pandan Cara: Masukkan bawang putih ke dalam air kunyit & rendamkan beras pulut ke dalamnya selama sekurang-kurangnya 3 jam. Toskan beras itu & buangkan bawang putih itu. Satukan garam & santan dalam sebuah periuk besar. Kacaukan hingga mendidih & masukkan beras pulut & daun pandan. Teruskan mendidih selama 1 minit, Kemudian kecilkan api.Masak dengan bertutup hingga pulutnya masak & kering. Buangkan daun pandan. Isikan pulut itu ke dalam pinggan & hidangkan panas-panas dengan rendang atau singgang ayam. Cadangan Hidangan: Untuk 4-6 orang saja Tambahan: Masakkan ini dihidangkan semasa jamuan-jamuan perayaan.

Resepi Mee Hailam

Resepi Mee Hailam Bahan-Bahan: ½ kilo mee kuning 3 ulas bawang putih, ditumbuk 3 sudu besar minyak masak 2 sudu besar tepung jagung 4 sudu besar sos tiram 1 sudu teh serbuk pati ayam 2 ½ cawan air 100 gm daging 100 gm ayam 6 ekor udang sederhana besar 2 ekor sotong, dipotong bulat ½ batang carrot, dipotong bulat 1 pokok sawi, dipotong 4 batang jagung muda, dipotong memanjang 5 biji cendawan butang, dipotong dua 4 biji cili padi diketuk ½ sudu teh serbuk lada putih Garam dan gula secukup rasa Cara: Panaskan minyak. Tumis bawang putih sehingga kekuningan. Masukkan tepung jagung. Kacau sebentar. Kemudian masukkan air, sos tiram dan serbuk pati ayam. Apabila kuah mendidih, masukkan daging, ayam, udang dan sotong. Kemudian, masukkan garam, gula dan serbuk lada putih secukup rasa. Apabila sudah empuk, masukkan lobak merah, sawi, jagung muda, cendawan butang dan cili padi. Kacau selama 2 minit.

Resepi Buah Melaka

Resepi Buah Melaka Bahan-Bahan: 240 gm tepung pulut ¾ cawan air panas 1 sudu jus pandan Beberapa titik pewarna hijau 120 gm gula melaka, dipotong dadu) ½ biji kelapa parut, Secubit garam Cara: Ayak tepung pulut ke dalam satu bekas. Campurkan air panas, jus pandan dan pewarna hijau. Uli tepung sehingga rata. Uli adunan saiz bola pingpong dan masukkan gula Melaka di tengahnya. Panaskan air dan masukkan sehelai daun pandan serta sedikit garam. Masukkan adunan yang telah siap ke dalam air mendidih. Masak sehingga bebola tepung tersebut terapung ke atas. Angkat bebola tersebut dan gaulkan bersama kelapa yang telah ditabur dengan sedikit garam.

Resepi Nasi Lemak Kukus

Resepi Nasi Lemak Kukus Bahan-Bahan: 5 cawan beras 2 biji pati santan 3 helai daun pandan Garam secukup rasa Cara Didihkan air dalam pengukus. Basuh beras dan kukus dalam pengukus selama 20 minit atau beras separuh masak. Keluarkan beras dari pengukus dan rendam dengan air sekurang-kurangnya 3-4 jam supaya beras memanjang 2 kali ganda. Tukar air selalu jika perlu penyejukan lebih cepat. Setelah itu, kukus semula beras yang telah memanjang tadi hingga masak atau lebih kurang 15 minit. Keluarkan nasi yang telah masak dan gaul bersama santan yang telah dicampur garam dan biar seketika atau 10 minit supaya santan menyerap masuk dalam beras. Akhir sekali, kukus lagi sekali bersama daun pandan hingga nasi kelihatan berderai, cantik dan santan yang terserap tadi masak. Cadangan Hidangan: Hidang bersama sambal tumis ikan bilis, telur rebus, kacang goreng, ikan bilis goreng, timun dan sayur kangkung. Tambahan: Semasa mengukus, lubangkan dengan jari beras tersebut supaya masak serat

Resepi Nasi Ayam Hainan

Resepi Nasi Ayam Hainan Bahan-Bahan: Bhn A 1 ekor ayam dibelah 12 3 sudu besar sos tiram 3 sudu kicap manis sedikit gula dan garam Perap 30 minutes semua bhn diatas Bhn B (Kicap Bijan) 500 ml stok ayam 3 sudu besar sos tiram 6 sudu besar kicap cair maggi 2 sudu besar tepung jagung 2 sudu besar minyak bijan Didihkan bhn B hingga sebati Bhn C 100 gm Cili hidup 6 ulas bawang putih 3 cm halia 2 sudu besar cuka Gula dan garam ikut rasa Blender kesemua bahan diatas Bhn D 1000 ml stok ayam 3 cm halia - dimayang 3 ulas bwng putih - di mayang 1 bungkus sup bunjut Daun ketumbar atau daun sop dan daun bawang Renihkan bhn diatas untuk dijakan sup Bhn E 3 pot beras 3 cm halia 6 biji bawang putih 1 helai daun pandan Air Stock ayam mengikut citarasa lembut nasi Blender hingga halus untuk menumis nasi Cara: 1. Tumis Bhn E hingga naik wangi. Selepas tu masukan air stock ayam, Masukan garam dan daun pandan serta beras. Masak seperti biasa. 2. Ayam digoreng seperti biasa. Cadangan Hidangan: 1. Hiris timu

Resepi Black Pepper Steak

Resepi Black Pepper Steak Bahan-Bahan: bahan untuk daging: 350 gram daging yang dipotong nipis<½ inci> 3 sudu kicap 2 sudu black pepper ½ sudu kecil cuka/jus limau nipis/lemon bahan untuk sos: 3 ½ sudu black pepper 1 keping cendawan kering garam 1 sudu jus lemon/limau nipis 1 sudu air halia 2 sudu tepung jagung 1 cawan air putih ½ sudu kicap masin Cara: campurkan bahan2 diatas dan gaulkan bersama daging itu tadi. peram daging selama 10-15 minit. Cara: 1)ambil 2 sudu mentega,cairkan atas kuali panas.. 2)masukkan daging yang telah diperam tadi, masak daging hingga betul2 masak 3)setelah daging masak,buat sos pula sos: 1)masukkan air 2)masukkan cendawan yang dicincang halus itu dan air/jus halia serta jus lemon 3)masukkan tepung jagung 4)letakkan garam secukupnya 5)masukkan juga kicap 6)seterusnya,masukkan black pepper letakkan sos diatas daging itu tadi.. Cadangan Hidangan: 1)sebaiknya menggunakan jus lemon daripada jus limau nipis..untuk lebih sedap 2)cincang sehalus-halusnya cend

Resepi Kek Pisang

Resepi Kek Pisang Bahan-bahan: 250 gram gula 500 gram tepung gandum 2 biji telur 1 sudu maka susu ½ sudu teh garam 1 cawan pisang lenyek – pisang masak 1 sudu teh baking soda 1 sudu teh serbuk penaik ½ cawan mentega Cara penyediaan: Putar mentega dan gula sehingga ringan dan gebu. Masukkan telur yang telah dipukul sedikit diikuti susu dan pisang lenyek. Masukkan tepung, baking soda, serbuk penaik dan garam. Putar/kacau hingga mesra dan tuangkan ke dalam loyang roti/kek yang telah digris dengan mentega. Bakar dalam ketuhar pada suhu sederhana sehingga masak, anggaran selama sejam. Cucuk dengan lidi untuk pastikan kek masak. Sedia untuk dihidangkan panas-panas atau sejuk. Sedap dimakan bersama aiskrim atau sos kastard.

Resepi Kek Coklat

Resepi Kek Coklat Bahan-bahan: 200 g coklat masakan 150 g mentega tawar 3 biji telur 3 kuning telur 100 g gula pasir 100 g tepung gandum, ayak Pelengkap: 150 g coklat masakan, cincang, cairkan Cara penyediaan: Griskan 8 acuan tahan panas bentuk bulat atau yang lain. Cincang coklat, ketepikan 50 g untuk isian. Cairkan baki coklat bersama mentega hingga bersatu. Pukul telur dan gula hingga kembang. Masukkan coklat cair, kacau rata. Tambahkan tepung gandum, kacau lagi hingga rata. Tuang adunan ke dalam acuan. Masukkan beberapa potong coklat di bahagian tengahnya. Masukkan ke dalam ketuhar panas 180 C selama 30 minit. Angkat, biarkan hingga agak sejuk. Renjis permukaannya dengan coklat cair. Sedia untuk dihidangkan.

Resepi Kek Pisang Kukus

Resepi Kek Pisang Kukus Bahan-bahan: 1 ½ cawan tepung gandum, ayak bersama 1 sudu baking powder ½ cawan gula kastor 2 biji telur 2 biji pisang masak dilecek/dikisar atau ½ cawan pisang lecek/kisar 2 sudu teh minyak jagung 1 ½ sudu teh susu Cara penyediaan: Panaskan kukusan. Pukul telur dan gula hingga kembang dan warna pucat. Masukkan minyak jagung, susu dan pisang. Kacau atau putar hingga sebati. Masukkan tepung yang telah diayak bersama baking powder. Kacau perlahan-lahan hingga adunan sebati. Tuangkan adunan ke dalam loyang yang telah digris dengan minyak atau marjerin. Masukkan ke dalam kukusan dan kukus hingga masak anggaran selama 15 minit. Uji dengan cucukan lidi untuk memastikan kek masak. Setelah masak, biarkan sejuk pada suhu bilik sebelum dikeluarkan dari loyang. Sedia untuk dihidangkan Nota: Jangan buka penutup kukusan semasa memasak (anggaran 15 minit) untuk mengelak kek dari bantat.

Resepi Makaroni Cheese Bakar

Resepi Makaroni Cheese Bakar Bahan-Bahan: 475 ml susu segar 1 helai daun bay secubit serbuk buah pala 50 g mentega 40 g tepung 175 g cheese Parmesan atau Cheddar (atau campuran kedua-dua) - (grated) 40 g serbuk roti 450 g macaroni (atau pasta yang pendek) secubit garam sedikit serbuk lada hitam Cara: Untuk membuat "bechamel sauce" : Panaskan susu dan daun bay di dalam periuk kecil dengan api perlahan. Awas, jangan biarkan ia mendidih. Ketepikan. Cairkan mentega di dalam periuk. Masukkan tepung, sebatikan. Masak selama 2-3 minit. Hati-hati agar tidak hangit. Tapiskan campuran susu tadi dan masukkan ke dalam adunan tepung tadi. Sebatikan dan gaulkan perlahan. Masak sehingga mendidih, kacau selalu. Masak selama selama 4-5 minit. Masukkan sedikit garam dan lada hitam dan serbuk buah pala. Padamkan api dan masukkan 30 ml cheese dan kacau hingga cheese cair dan sebati. Panaskan oven 200 darjah C (400 darjah F). Sapukan sedikit mentega pada bekas casserole (oven proof) dan taburkan

Resepi Makaroni Telur

Resepi Makaroni Telur Bahan-bahan: 100 gram macaroni – direbus mengikut panduan pada paket 100 gram daging kisar 100 gram keju parmesan 80 gram mentega – cairkan 5 biji telur ayam 2 ulas bawang putih 3 sudu makan minyak masak 1 sudu kecil garam 1 sudu kecil lada putih Sedikit krim putar 2 batang daun bawang Cara penyediaan: Panaskan minyak di dalam kuali. Tumis bawang putih dan bawang besar hingga naik bau. Masukkan daging dan kacau hingga masak. Masukkan macaroni dan kacau rata. Masukkan bahan-bahan lain kecuali 3 biji telur. Gaul rata, tutup api dan ketepikan. Panaskan kuali leper dan sapukan sedikit minyak. Pukul telur dan buat telur dadr yang nipis dan lebar. Tuang campuran macaroni pada telur dadar dan bungkus. Ikat dengan menggunakan daun bawang. Sedia untuk dihidangkan.

Resepi Begedil

Begedil Bahan-Bahan 1 1/2 biji kentang dikupas kulitnya 4 ulas bawang merah 2 ulas bawang putih 10 ekor udang sederhana besar dibuang kulit dan dicincang halus sedikit garam sedikit serbuk lada sulah sedikit tepung gandum 1 biji telur diambil putihnya sedikit daun sup minyak untuk menggoreng Cara-caranya: 1. Ubi kentang direbus sehingga empuk. kemudian sejukkan dan lenyek menggunakan garfu 2. Tumbuk bawang merah dan bawang putih bersama dengan sedikit garam 3. kemudian masukkan bahan yg ditumbuk bersama dengan udang yang dicincang dan masukkan serbuk lada sulah mengikut citarasa masing2. Gaul sebati. 4. Masukkan sedikit tepung gandum dan daun sup untuk menambah rasa. 5. Bentukkan pegedil mengikut citarasa. 6. Setelah siap masukkan pegedil di dalam fridge utk sebatikan bhn2 tersebut dlm masa lebih kurang 10 - 15 minute. 7. Kemudian bolehlah menggorengnya.

Resepi Puff

Puff Bahan-Bahan: 1 kg tepung roti 600 gm marjerin pastri 200 gm marjerin 100 gm gula 10 gm garam Telur Air secukupnya Cara: Tepung roti, garam, gula digaul & masukkan jadikan 1 doh, bahagikan kepada 3 bahagian .Ambil 1 bahagian dicanai setebal 2 cm. Marjerin pastri dipecahkan 3 bahagian, letakkan atas doh tadi. Tekan dgn pencanai & pusingkan serta gelek setebal 1/2cm & potong segi empat (3x3cm) & canaikan setebal 3mm. Sapukan telur serta isikan inti di setiap permukaan & lipat dua. Inti yang digunakan bergantung pada citarasa anda.

Resepi Pai Roti Sardin

Pai Roti Sardin Bahan-Bahan: 6 keping roti 1 tin sardin (425 gm) 1 labu bawang besar - dihiris nipis 1 tin cendawan butang (425 gm) - dihiris nipis 2 sudu besar tomato puri 1 batang daun ketumbar - dicincang 150 gm keju mozarella - diparut 1 biji limau nipis - ambil airnya 1 sudu kecil serbuk lada hitam 1 sudu kecil garam Cara: Susun roti di dalam bekas pembakar (pyrex) ukuran 16 cm x 16 cm. Masukkan sardin dalam mangkuk dan hancurkan. Campurkan dengan bawang, cendawan, daun ketumbar, lada hitam, garam, 50 gm keju parut, air limau nipis dan tomato puri. Gaulkan hingga rata. Curahkan adunan tadi ke atas roti. Sementara itu panaskan mikrowave COMBINATION 180'C selama 5 minit. Masukkan pai dan bakar selama 20 minit. Keluarkan, tabur keju yang telah diparut tadi di atasnya dan bakar lagi selama 5 minit.

Resepi Kebab Kuali

Kebab Kuali Bahan-Bahan: 208 gm isi ayam 1 sudu kecil jintan putih - ditumbuk 1 labu bawang besar - dihiris ½ sudu kecil lada hitam - ditumbuk atau mengikut rasa 3 kelopak kubis cina - dihiris 1 biji tomato merah - dipotong lapan Sedikit garam Sedikit mentega untuk disapu di atas roti 3 sudu besar mayonis 3 sudu besar sos cili 3 buku roti hot dog 2 ulas bawang putih - dicincang 1 ulas bawang merah - dicincang 2 sudu besar minyak Cara: Rebus isi ayam dengan sedikit air hingga empuk dan kering airnya. Sejukkan sebentar kemudian hiris dan potong panjang. Panaskan minyak, tumis bawang cincang hingga naik baunya, masukkan jintan putih kacau hingga beraroma. Masukkan isi ayam, kacau cepat-cepat berikutnya campurkan dengan bawang besar diikuti lada hitam. Belah roti tidak putus, sapu mentega nipis-nipis isikan dengan campuran isi ayam (jika berminyak toskan dahulu), hirisan kubis cina dan tomato. Akhir sekali sapukan dengan mayonis serta sos cili.

Resepi Jejari Roti

Jejari Roti Bahan-Bahan: Sedikit garam dan serbuk lada hitam 1 biji telur dipukul sebentar 12 keping roti (dibuang kulit dan dihiris tiga) 50-75 gm bijan Minyak masak menggoreng terendam Bahan-bahan dikisar: 225 gm isi udang 2 tangkai daun bawang (dicincang halus) 2 sudu besar tepung jagung 1 sudu besar sos tiram Cara: Gaul garam, serbuk lada hitam, telur dan Bahan-bahan dikisar bersama di dalam mangkuk hingga ia menjadi pes. Bubuh sedikit pes peda permukaan roti. Tabur bijan di atasnya. Buat hingga habis roti dan pes. Simpan ia di dalam peti sejuk selam 30 minit. Panaskan minyak masak di dalam kuali. Goreng hingga ia keperangan.

Resepi Egg Mayonis Sandwich

Egg Mayonis Sandwich Bahan-Bahan: 2 keping roti 1 biji telur 2 sudu mayonis 2 keping tomato 2 keping timun 3 helai salad sekeping unsalted butter 10 gm garam & lada hitam Cara: Rebus telur selama 8 minit & bila sudah masak hancurkan ia dgn menggunakan garfu Campurkan telur tersebut dgn mayonis, garam & lada hitam.Bakara roti & sapukan dgn mentega.Letakkan campuran tadi ke atas roti & lapiskan dgn sekeping lagi roti

Resepi Air Asam Utara

Air Asam Utara Bahan-Bahan: cili api - 25 biji cili hidup ( merah ) - 5 biji bawang putih - 4 ulas belacan ( 1 ½ inci x 1 ½ inci ) tomato - 2 biji( di cincang halus ) limau nipis - 2 biji kerisik - 60 gram garam Cara: 1. Tumbuk cili api dan cili hidup bersama belacan dan bawang putih serta sedikit garam sehingga lumat. 2. Masukkan ke dalam mangkuk, perah asam limau nipis, tomato dan kerisik. 3. Kacau sehingga rata. 4. Sedia untuk dihidang. Cadangan Hidangan: Boleh dicicah dengan perut rebus, ikan bakar, daging bakar dan lain-lain

Resepi Air Asam

Air Asam Bahan-Bahan: BAHAN A Asam jawa (dalam dua kerat jari) (direndam ½ cawan air suam, buang biji) 1 biji limau kasturi (besar) (dibelah dua dan dibuang biji) 8-10 cili padi kampung ½ biji tomato 1 inci belacan 1 sudu kecil kerisik 1 sudu besar gula 1 sudu kecil garam Bahan B 1-2 biji tomato 1-2 biji bawang besar Cara: 1. Pastikan asam jawa tiada biji. 2. Masukkan Bahan 'A' ke dalam blender. Jangan tambah terlalu banyak air (cukup air suam yang digunakan untuk merendam asam jawa kerana nanti air asam terlalu cair). 3. Potong tomato kecil-kecil (kiub 4. Hiris bawang. Pastikan empulur bawang dibuang. 5. Gaulkan air asam bersama tomato dan bawang besar. Cadangan Hidangan: Boleh makan bersama ikan bakar seperti cencaru. ikan terubuk, ikan pari bakar. Juga boleh dimakan dengan ulam-ulam kampung. Istimewa dengan jantung pisang abu. Caranya mudah, masak air dalam periuk dan tunggu menggelegak. Masukkan 1 sudu kecil garam. Jangan belah 2 jantung sehingga air menggelegak. Nanti jant

Resepi Acar Timun

Acar Timun Bahan-Bahan: 1 biji besar timun 1 biji lobak merah 5 batang kacang panjang 2 sudu garam ½ sudu serbuk kunyit 1 sudu biji sawi 2 sudu minyak makan 10-15 batang lada merah (dibelah dua memanjang) 20 ulas bawanng merah (duikupas kulitnya & dibiarkan seulas-seulas) 90 gm kacang tanah (digoreng & dibuang kulitnya) 1 sudu gula pasir Garam secukup rasa 1 cawan cuka Cara: Gaulkan sayur-sayuran dengan campuran kunyit & ketepikan selama 10 minit. Panaskan kuali & rendang biji sawi.Apabila ia mula meletup, masukkan minyak & sayur-sayuran. Kacau hingga cukup hangat. Masukkan bahan-bahan selebihnya & biarkan mendidih dengan tidak kacau. Angkat dari api & biarkan sejuk. Apabila diperlukan,hangat & hidangkan dengan nasi putih & lauk kurma.

Resepi Acar Jeruk

Acar Jeruk Bahan-Bahan: 2 cawan jeruk (mangga. limau atau belimbing) 1½ cawan cuka 1 sudu teh halba 2 sudu besar gula 1 sudu besar biji sawi 2 ulas bawang putih 2.5 sm halia (dihiris) Bahan giling: 20 biji cili kering 2½ sudu besar jintan putih 2.5 sm kunyit 1.2 sm halia Cara: Panaskan minyak dan tumis bawang putih, halia giling dan hiris. Angkat dan asingkan. Tumis pula bahan giling serta halba. Masukkan cuka, gula dan garam. Masukkan halia tadi serta jeruk. Kacau hingga rata barulah diangkat.

Resepi Puding Roti

Puding Roti Bahan-Bahan: 1 paket roti (5 ketul) 1 kg susu Gula secukup rasa 1 camca besar mentega Secubit garam 1 camca kecil esen vanila 1 biji telur Cara: Roti dicarik-carikkan kemudian rendam bersama susu, gula, mentega, garam dan esen vanila. Setelah roti agak lembut, masukkan ke dalam loyang dan kukus selama 3/4 jam. Setelah masak, angkat dan hidangkan.

Resepi Puding Kek Gulung

Puding kek gulung Bahan-Bahan: 30 gram agar-agar 1 tin susu cair 2 cawan gula 5 cawan air 2 biji telur (dipukul) 3 camca besar tepung kastard (bancuh dengan sedikit air) 2 sudu mentega 1 tin buah koktail 1 biji kek gulung secubit garam 1 camca teh asen vanilla Cara: Rendam agar-agar selama setengah jam. Potong kek gulung. Susun ke dalam loyang sehingga menutupi bahagian bawah dan tepi loyang. Curahkan sirap buah koktail ke atas kek tadi sehingga agak masak. Kemudian masak agar-agar bersama air dan secubit garam. Masak sehingga agar-agar betul-betul hancur. Masukkan gula. Kacau hingga mendidih. Selepas itu masukkan susu cair, telur dan tepung kastard serta mentega. Kacau hingga sebati. masukkan asen Vanilla. Bila agak mendidih masukkan buah koktail. Biarkan mendidih dan angkat. Curahkan agar-agar tadi ke dalam loyang yang disusun kek. Biarkan ia sejuk dan membeku. Cadangan Hidangan: Boleh dihidang bersama aiskrim perisa vanilla atau coklat.

Resepi Agar-Agar Jagung

Agar-Agar Jagung Bahan-Bahan: 1 bungkus agar-agar tali 1 tin jagung krim 1 tin susu cair 2 cawan gula pasir Pewarna kuning telur 1 sudu teh esen vanilla 3 cawan air Cara: Didihkan air dan masukkan agar-agar hingga hancur. Masukkan jagung krim yang telah dikisar, gula dan susu cair. Kacau rata dan didihkan sebentar sebelum memasukkan pewarna dan esen vanilla. Tuangkan agar-agar ke dalam acuan mengikut suka dan sejukan.

Resepi Agar-agar Coklat

Agar-agar Coklat Bahan-Bahan: 7 g agar-agar (direndam dan ditoskan) 5 cawan air mendidih 1 cawan gula pasir 1 cawan susu sejat 1 camca teh esen vanilla 2 camca sederhana serbuk koko ½ cawan air panas 4 butir putih telur (dipukul hingga kental) Cara: Masukkan agar-agar ke dalam air mendidih. Didihkan terus hingga agar-agar itu hancur, sambil mengacaukan selalu. Masukkan gula dan kacau hingga hancur. Masukkan susu dan didihkan sambil mengacaunya. Masukkan pula esen vanilla, kacau hingga rata. Angkat periuk dari api. Tapiskan campuran itu dengan kain kasa. Masukkan bancuhan koko dan kacau hingga rata. Masukkan pula putih telur, kacau rata-rata dan tuangkan agar-agar ke dalam acuan. Biarkan hingga sejuk, kemudian masukkan ke dalam peti sejuk supaya beku dan sejuk. Hidangkan sejuk bersama sos kastad.

Resepi Agar-agar Buah-buahan

Agar-agar Buah-buahan Bahan-Bahan: 1 liter air 300 g serbuk agar-agar kristal 1 tin buah-buahan koktel Cara: Didihkan air di dalam periuk. masukkan serbuk agar-agar dan kacau hingga larut. Masukkan buah-buahan dan kacau sedikit. Tuangkan agar-agar ke dalam acuan dan sejukkan di dalam peti sejuk sebelum dihidangkan.

Resepi Agar-agar Badam

Agar-agar Badam Bahan-Bahan: 1 liter air 17 gm agar-agar 175 gm gula 250 ml susu segar Sedikit perasa badam Cara: Didihkan air bersama agar-agar. Masukkan gula setelah agar-agar larut. Kacau hingga sebati. Tuangkan susu segar ke dalam campuran agar-agar dan masukkan perasa badam. Tuang agar-agar ke dalam acuan dan bekukan.

Resepi Agar Agar Telur

Agar Agar Telur Bahan-Bahan: 1 bungkus agar agar 1250ml air 1 ½ cawan susu pekat gula secukup rasa 1 biji keledek merah atau kentang direbus dengan sikit garam daun pandan kulit telur ayam secukupnya Cara: rebus agar agar dgn 1250ml dan daun pandan hingga hancur. buatkan bebola kecil drp ubi yg telah dilecek. masukan susu manis dan gula sambil dikacau hingga mendidih. tuangkan agar agar kedalan kulit telur tadi dan masukkan sebiji bebola ubi. biarkan beku. kopekan kulit telur tadi sebelum dihidangkan Cadangan Hidangan: boleh dimakan dengan buah buahan koktel atau apa saja buah kegemaran anda

Resepi Agar Agar Batik

Agar Agar Batik Bahan-Bahan: 1 paket agar agar 1200ml air 1 cawan susu pekat manis RM1 gula merah masak bersama 2 cawan air campurkan gula putih secukup rasa daun pandan Cara: Rebus agar agar hingga hancur bersama daun pandan. asingkan suku bahagian kedlm periuk lain dan campurkan susu.biar mendidih sambil dikacau.tutup api dan tuang dalam acuan 4 segi.biar beku. lebihan agar agar dicampurkan dengan air gula merah. hiris memanjang agar agar susu tadi dan susun selang seli dalam bekas lain sehingga habis tuang agar agar gula merah perlahan lahan kedalam susunan agar agar susu. biarkan beku sebelum dihidangkan

Resepi Agar - Agar Buah Laici

Agar - Agar Buah Laici Bahan-Bahan: 1 tin laici (asingkan airnya, buah laici dihiris nipis) 1 ½ cawan gula pasir 1 peket agar-agar 2 helai daun pandan 5 cawan air Cara: Masak agar-agar sampai hancur, bersama dengan simpulan daun pandan.Kemudian, masukkan gula. Selepas gula hancur, masukkan air laici yang telah diasingkan tadi. Kemudian tuang ke dalam acuan yang telah disejukkan terlebih dahulu. Taburkan hirisan laici tadi. Kacau sedikit supaya hirisan tidak terkumpul disatu tempat sahaja. Sejukkan.

Resepi Popia Goreng

Resepi Popia Goreng Bahan-Bahan: 50 keping kulit popia 500 gm tauge 200 gm kacang peas 50 sen udang kering (ditumbuk halus) 1 biji sengkuang (ukuran sederhana) 1 biji timun 200 gm daging ayam 2 biji bawang merah (dimayang) Sedikit bancuhan tepung gandum (untuk melekatkan kulitnya) Sedikit minyak untuk menggoreng Sedikit garam dan serbuk perasa Cara: Bersih tauge dan buangkan ekornya. Kemudian toskan. Sengkuang dan timun diparut memanjang. Pijarkan minyak dalam kuali. Tumiskan bawang merah, ayam dan udang kering hingga wangi. Bila telah agak kering, masukkan sengkuang dan kacang peas. Tambahkan garam dan serbuk perasa. Kacaulah hingga cukup masak kemudian angkat. Bentang sehelai kulit popia. Letakkan bahan yang telah dimasak, timun dan tauge kemudian bungkuslah dan gamkan dengan bancuhan tepung gandum tadi. Buat begini sehingga habis. Panaskan minyak dan gorenglah hingga garing. Setelah itu angkat dan toskan minyak. Untuk menyediakan sosnya: Tumbuk 3 biji cili merah hingga lumat. Tam

Resepi Mushroom soup (sup cendawan)

Mushroom soup (sup cendawan) B ahan-bahan 1 keping dada ayam 150ml air 500ml susu segar 1 ketul kiub ayam cendawan butang (dihiris kecil-kecil) garam 1 cawan tepung gandum Cara-caranya 1. Potong ayam kecil-kecil. kemudian rebus ayam tadi sehingga empuk 2. Kemudian masukkan susu dan kiub ayam. kacau biar sebati dan pastikan menggunakan api yg perlahan. 3. Seterusnya masukkan cendawan butang yg dihiris 4. Masukkan bancuhan tepung dan kacau sehingga pekat. 5. Tambahkan sedikit garam.

Resepi Nasi Ayam Hainan

Nasi Ayam Hainam/Hainan Chicken Rice Bahan-Bahan: Bahan A 1 ekor ayam/1whole chicken (1.5kg) 500g beras makan/rice Bahan B 2cm halia/ginger 4 ulas bawang putih/shallot 2 sudu makan minyak bijan 2 sudu makan minyak masak 2 sudu makan serbuk pati ayam/chicken stock cacah/gravy 5 biji lada hidup/fresh chili 10 biji bawang putih/shallot 3 sudu makan cuka/vineger 3 biji limau kasturi/lime gula secukupnya/sugar Cara: AYAM: Bersihkan ayam bulat dan di gantung selama 30min sehingga kering sikit.Masakan air 3/4 dalam belanga besar(cukup masukan ayan tadi).Masukkan ayam tadi kedalam air yang mendidih, kecilkan apinya dan masakan dalam 40min. Selepas masak sediakan basin yang penuh dengan Ais Batu dan Ayer.Masukan ayam tadi kedalamnya dan rendamnya selama 5min lepas itu di gantung untuk buang segala airnya (Air yang sejuk penuh ais dapat membekukan lemak ayam bila di makan nanti tidak berapa kering) Nasi: Bersihkan beras makan dan dikeringkan,Tumis Bahan B dengan api kecil dan seterusnya masuk

Resepi Bebola Roti

Resepi Bebola Roti Bahan-Bahan: 1 kg tepung gandum 100 gm ibu roti 1 camca sedang garam 4 gelas air 10 biji telur, dipukul 2 camca sedang serbuk lada sulah 4 biji bawang besar, dipotong dadu 3 tangkai cili merah, dipotong 3 tangkai cili hijau, dipotong Sedikit minyak untuk menggoreng Cara: Pukul telur bersama serbuk lada sulah, garam, cili hijau, bawang besar dan cili merah. Panaskan minyak di dalam kuali. Goreng telur dan hancur-hancurkan. Ketepikan. Tepung diayak dan diuli bersama air, garam dan ibu roti. Biarkan hingga tepung naik. Kemudian bulat-bulatkan tepung dan goreng hingga kuning. Angkat. Apabila roti sejuk, potong melintang ditengah-tengah roti dan bubuh inti telur tadi.

Resepi Air Asam Ikan Bakar

Resepi Air Asam Ikan Bakar Bahan-Bahan: 2 sudu teh asam jawa ½ sudu teh belacan 10 biji cili padi (dihiris) 1 biji bawang besar (dihiris) 1 biji tomato (dipotong dadu) Sedikit garam Cara: Masukkan air suam ke dalam bekas berisi asam jawa dan belacan. Ramas untuk dapatkan pati asam jawa. Buang biji asam jawa. Tambah sedikit garam dan kacau. Masukkan cili padi, bawang besar dan tomato. Jika suka, anda boleh memasak air asam ini di atas dapur sebentar supaya kepedasan cili meresap ke dalamnya

Resepi Acar Buah

Resepi Acar Buah Bahan-Bahan: 500 gm buah-buah jeruk limau, pala & sebagainya kismis, prun 15 ulas bawang putih 20 ulas bawang merah 3 cm halia (dimayang) 15-20 biji cili kering 30 sen cili padi, direndam dalam cuka 2 hari ½ cawan cuka Sedikit gula Garam Minyak untuk menumis Cara: Cili dibuang biji & digiling. Panaskan periuk & tumis minyak. Masukkan cili, kacau sampai wangi. Masukkan cuka, gula, garam & kacau rata. Masukkan bawang putih, bawang merah & halia sambil dikacau. Akhir sekali masukkan semua buah-buahan & kacau sampai rata. Bila elok masaknya, angkat & sejukkan.

Resepi Stew Ayam

STEW AYAM Bahan-bahan 500 gm ayam Di Mayang Halus 5 ulas bawang merah/kecil 2 ulas bawang putih 1 inci halia 2 tangkai daun sup 2 tangkai daun bawang potong 1 inci 1 sudu kecil kicap cair 1 biji cili merah...mayang 1 batang carrot [potong kecil] 1 biji tomato [belah 6] Bancuh 1 s/k tepung jagung 1/2 cawan air 1 s/k lada hitam 1 s/k minyak bijan garam secukup rasa... Cara membuat 1. Ayam dibuangkan kulit, potong kecil dan bersihkan. 2. Masukkan semua bahan kecuali daun sup dan daun bawang dalam mangkuk besar. 3. Masukkan kedalam microwave oven dan masakkan pada HIGH selama 15 minit. 4. Keluarkan dan gaul rata lagi dan masukkan tomato pula. 5. Masukkan semula dalam microwave dan masakkan lagi selama 10 minit. 6. Keluarkan dan taburkan hirisan daun bawang dan daun sup. 7. Hidangkan dengan nasi or roti.

Resepi Rojak Ayam

ROJAK AYAM Bahan-bahan * 1/4 ekor ayam * 3 biji telur rebus [belah2] * 3 keping tahu [goreng dan potong nipis] * 1/2 biji sengkuang [saiz kecil] * 1 batang timun * 1/2 biji salad lectuce * 500 gm mee kuning [celurkan sikit] * Kuah Kacang/sos Kacang Buatkan saperti kuah satay Cara-cara membuat 1. Ayam dipotong 2 dan dibersihkan. Gaulkan garam dan kunyit dan gorengkan. Bila dah sejuk potong kecil. 2. Semua sayuran dipotongkan kecil. 3. Masukkan serba sikit semua bahan dalam pinggan dan taburkan kuah kacang atas bahan

Resepi Ayam Tandoori

Ayam Tandoori Bahan-bahan * 1 ekor ayam (sederhana besar)..potong 4 dan bersihkan Bahan Perap * 1 sudu besar cili mesin * 2 sudu besar rempah kari * 1 cawan yogurt mesinkan dan gaul rata * 1 inci halia * 1 labu bawang besar * 3 ulas bawang putih * 2 biji tomato buahi * 1 pokok daun ketumbar * 1 sudu besar madu/gula * 1 sudu besar minyak * garam secukupnya Cara-cara membuat 1. Perapkan bahan ni bersama ayam dan bakar dalam oven 200 C sehingga masak (1 jam). 2. Hidangkan bersama salad dan roti atau nasi.

Resepi Ayam Masak Lemak Cili Padi

Ayam Masak Lemak Cili Padi Bahan-bahannya 1 ekor ayam, dipotong ikut suka 1 liter santan 3 biji tomato, dibelah dua 1 batang serai, dititik 1 helai daun kunyit, disiat empat garam secukup rasa serbuk perasa jika suka minyak secukupnya Bahan untuk dikisar 10 batang cili padi merah 10 batang cili padi hijau 3 biji bawang besar 1 ulas bawang putih (besar kalau kecil letak 2 ulas) 1 inci halia 1 inci kunyit hidup Cara-caranya Ayam yang telah dibersihkan digaul dengan sedikit garam dan serbuk kunyit dan digoreng sehingga ia ¾ masak. Angkat dan ketepikan. Panaskan minyak dalam periuk. Masukkan serai, bahan yang telah dikisar dan daun kunyit. Tumis sehingga ia naik bau dan keluar minyak. Masukkan garam dan serbuk perasa bersama ayam yang telah digoreng tadi. Gaul kesemuanya sehingga sebati. Masukkan santan dan api dikecilkan sedikit dan gaul rata. Biarkan sehingga kuahnya meresap kedalam ayam dan mendidih. Selalu dikacau jadi tidak pecah minyak kuahnya. Bila

Resepi Ayam Masak Kicap

Resepi Ayam Masak Kicap Bahan-bahan ( 1-2 orang ) * 1 bahagian paha ayam * garam kunyit secukupnya * minyak untuk menggoreng * 1/2 biji bawang besar -hiris nipis * 2 ulas bawang puting- mayang * 1cm halia- cincang halus * kicap pekat manis secukupnya * 2-3 biji cili padi- potong dua * 1-2 batang cili hijau Cara-cara 1. Potong ayam kecik-kecik dan bersihkan 2. Lumurkan ayam dengan garam kunyit dan goreng sehingga 2/3 masak. Kemudian ketepikan 3. Ambik dua sudu besar minyak lebihan goreng ayam tadi. Tumiskan bawang besar, bawang putih, halia dan cili sampai naik bau. 4. Kemudian masukkan kicap dan ayam. Goreng sampai ayam masak. 5. Akhir sekali kalau suka cili hijau bolehlah hiris cili hijau dan masukkan ke dalam ayam. Goreng sekejap dan padamkan api. 6. Siap untuk dimakan.

Resepi Ayam Golek

Resepi Ayam golek Bahan-bahan * 2 bahagian paha ayam * 1 mangkuk santan * 5 biji bawang merah * 1 batang serai * 2 ulas bawang putih * 3 tangkai cili kering * sedikit kunyit dan sedikit halia Cara-cara 1. Bawang merah,bawang putih,kunyit,halia,serai,cili kering dikisar halus 2. Kemudian masukkan bahan-bahan kisar serta ayam kedalam santan pekat.masak hingga ayam separuh masak. 3. Keluarkan ayam tadi dan bakar antara 20-25minit 4. Kuah rebusan ayam tadi di sapukan pada ayam yang sedang dibakar. 5. Siap utk dimakan

Resepi Asam Pedas Ayam Lada Hitam

Resepi Asam Pedas Ayam Lada Hitam Bahan-bahannya 1 ekor ayam goreng BAHAN MESIN 10 ulas bawang merah 3 ulas bawang putih 1 biji bawang besar 2-3 sudu besar cili mesin 1" halia 1" kunyit hidup 1 peket kecil lada hitam biji (anggaran 1-2 sudu) belacan sebesar ibu jari buah keras - kalau nak pekat 1" lengkuas 2 batang serai 1 ikat daun kesum / daun kunyit 1 keping asam / air asam jawa 2 biji tomato 10 btg kacang bendi Cara-caranya Tumis bahan kisar dan serai sehingga pecah minyak. Masukkan air dan asam, biarkan mendidih lama sikit masukkan ayam, daun kesum dan garam. Masukkan tomato dan kacang bende.

Resepi Bebola Daging

Bebola Daging Bahan-Bahan: Bahan-bahan sos: 20 gm bawang merah 80 g bawang putih 20 g kunyit hidup 10 g lengkuas 100 g cili kering 80 g kerisik 2 sudu besar minyak ½ cawan santan pekat 1 sudu besar sos cili (yang telah dimasak) 1 sudu kecil air asam jawa 500 gm daging 100 g bawang merah 5 g serbuk lada putih 10 g serbuk lada hitam 20 g daun bawang 500 g serbuk roti 200 g tepung gandum 5 butir telur Cara: Gaul kesemua bahan-bahan iaitu daging, bawang merah daun bawang, lada putih, lada hitam dan garam.Setelah mesra dan sebati, uli perlahan-perlahan. Jemput sedikitsebesar bola pingpong dan bulatkan. Panaskan minyak dan sebelum menggoreng, golek-golekkan bebola daging dengan tepung gandum kemudian celup ke dalam telur dan akhir sekalidengan serbuk roti. Goreng sehingga garing kekuningan. Sebelum menghidang, susun aturkan bebola daging mengikut kreativiti masing-masing dan sertakan sekali sosnya. Cara membuat sos pula, kisar semua bahan kecuali kerisik. Panaskanminyak dan tumis bahan-bahan

Resepi Nasi Goreng Kerabu

Nasi Goreng Kerabu Bahan-Bahan : 2 cawan beras(ditanak) 2 ulas bawang merah-ditumbuk 2 ulas bawang putih-ditumbuk 10 biji cili api-ditumbuk Isi ayam dipotong kecil Ikan bilis - digoreng terlebih dahulu 1 batang serai-dimayang halus 1 batang bungan kantan - dimayang 1 helai daun kunyit - dimayang Seikat kacang panjang - dihiris sedikit garam Cara : Panaskan minyak kemudian tumis semua bahan-bahan yang telah ditumbuk halus. Apabila sudah garing masukkan ayam dan biarkan seketika. Kemudian masukkan nasi dan kacau. Akhir sekali masukkan ikan bilis dan juga bahan-bahan yang telah dimayang. Kacau hingga rata dan hidangkan. 5KG6U74Q7KJJ

Resepi Nasi Dagang

Nasi Dagang Terengganu Asli Bahan-Bahan : 1 cawan beras pulut 3 cawan beras biasa 1 biji kelapa (saiz agak besar) 10 ulas bawang merah 1 ruas jari halia 1 camca halba 2 sudu besar gula Garam sedikit rasa Kelapa hendaklah di ambil dan diasingkan santan pekat dan santan cair Bawang merah & halia yang telah dihiris halus, halba, gula dan garam dimasukkan ke dalam santan pekat Cara : Beras pulut dan beras biasa dicampurkan bersama dan direndam dengan air sejuk selama 6 jam. Kemudian basuh bersih dan toskan. Panaskan air dalam periuk kukus hingga mendidih. Kukus beras sehingga 3/4 masak. Angkat dan tuang beras ke dalam bekas. Gaul beras dengan santan cair hingga rata. Kemudian kukus sekali lagi hingga masak. Angkat dan tuang beras ke dalam bekas. Kali ini gaul dengan santan pekat yang bercampur dengan bahan hirisan/mayam dan perasa hingga rata dan sebati. Nasi tidak perlu dikukus lagi Cadangan Hidangan : Hidangkan dengan kuah nasi dagang Tambahan : Nasi dagang juga sedap dimakan bersama

Resepi Nasi Ayam

Nasi Ayam Bahan-Bahan : 1 kg beras 500 gm lemak ayam 200 gm bawang merah - dimayang 200 gm bawang besar - dimayang 100 gm bawang putih - diketuk 3 helai daun pandan 1 ½ liter stok ayam 50 ml minyak bawang putih Sedikit garam Sedikit lada sulah Sedikit gula Cara : Cara memasak ayam : 1 ekor ayam (1.6 kg) Didihkan air dan rebus ayam selama 45 minit. Keluarkan ayam daripada periuk dan toskan. Potong-potong dan boleh dihidangkan Cara membuat sos cili : 500 gm cili merah 100 gm halia 20 ml lemak/minyak ayam 10 ml jus limau nipis Garam secukupnya Gula secukupnya Campurkan kesemua bahan hingga sebati Cara membuat sos halia : 600 gm halia muda 100 ml minyak ayam Garam secukupnya Gula secukupnya Campurkan kesemua bahan hingga sebati Cara Memasak : Panaskan minyak bawang putih. Tumis bawang putih, bawang merah dan bawang besar. Setelah naik baunya masukkan lemak ayam dan daun pandan. Masak beras dengan stok ayam berserta dengan bahan-bahan yang telah ditumis. Kemudian masukkan garam, lada sulah

Resepi Maggie goreng

Maggi goreng Bahan-bahan ( 4 orang ) * 2 biji telur * 2 ulas bawang putih * 4 peket maggie perisa kari * 2 peket perencah kari(perencah yg dlm maggie ) * 3~4 batang kacang panjang-potong dlm 3~4cm panjang. * 1/2 btg lobak merah-potong kecil memanjang * 2 cawan air * minyak untuk menumis * utk hiasan: * - daun bawang * - bawang goreng * - cili merah Cara-cara 1. Panaskan sikit minyak dalam kuali. Masukkan telur dan kacau-kacau biar jadi scrambled egg. Angkat dan ketepikan. 2. Ketuk-ketuk bawang putih dan cincang halus. Panaskan sikit minyak dalam kuali. Tumiskan bawang putih sehingga naik bau.. atau nampak perang. 3. Kemudian masukkan perencah kari yg telah dicampur dgn sedikit air. Tumis sehingga keluar bau wangi. 4. Masukkan sayur. Kacau-kacau sekejap dan masukkan air. Biarkan mendidih. 5. Kemudian masukkan maggie. Patahkan maggie kepada 2 bahagian supaya senang nak lembik. Kacau biar semua serata dan maggie lembik. Kalau air dah kering ta

Resepi Ikan Tiga Rasa

Resepi Ikan 3 Rasa Bahan-Bahan : 1 ekor ikan siakap / kerapu sedikit bawang putih (ditumbuk) 1 inci halia 2 biji tomato (agak masak) 6 biji cili merah 10 biji cili padi 2 sudu sos tiram 2 sudu sos cili 1 sudu sos tomato sedikit gula, garam bhn utk dikisar Cara memasak : 1. Goreng ikan (spt biasa) garing / separuh garing (terpulang). Toskan minyak.Ketepikan. 2. Tumis bawang putih (naik bau) + bhn kisar 3. Masukkan semua sos tadi, gula, garam dan sedikit air 4. Tuang atas ikan

Resepi Ikan Masak Asam Rebus

Ikan Masak Asam Rebus Bahan-Bahan : 6 ekor ikan selar kuning 1 ikat daun kesum 1 biji nanas, dipotong mengikut suka Sedikit gula dan garam Air secukupnya Bahan-bahan dikisar : 5 tangkai cili merah 6 biji bawang merah 1 sm halia 1 sm kunyit hidup 1 sm belacan Cara : Satukan bahan-bahan kisar dan air di dalam periuk. Masak hingga mendidih baru masukkan ikan, daun kesum, nanas, gula dan garam. Kacau hingga rata. Apabila cukup masak baru angkat.

Resepi Gulai Udang Galah

Gulai Udang Galah Bahan - bahan 8 ekor udang galah 1 biji kelapa parut 2 1/2 cawan air garam secukup rasa 4 sudu besar minyak masak Bahan giling & tumbuk 2 batang serai 1/2 inci lengkuas 1 inci kunyit hidup 4 biji buah keras 8-10 batang cili kering 12 ulas bawang merah 4 ulas bawang putih Cara - cara 1. Gaulkan udang dengan bahan yang ditumbuk dan biarkan selama 10 - 20 minit 2. Gunakan 3/4 cawan air dan perah pati santan. Tambah air yang selebihnya untuk memerah santan cair. 3. Panaskan minyak dalam periuk dan tumis udang tadi 3 -4 minit. Masukkan garam dan santan cair dan biarkan menggelegak. 4. Kecilkan api dan masukkan pati santan. 5. Biarkan mendidih perlahan. Kacau selalu. 6. Angkat dan hidang. Sumber : Buku masakan

Resepi Cucur Udang Rangup

Cucur Udang Rangup Bahan-Bahan : Bahan untuk cucur : 3 cawan tepung gandum 4 cawan air 1 sudu kecil baking powder- larutkan dengan setengah cawan air panas ½ sudu kecil bikarbonat soda 300 gram udang sederhana Taugeh dan kucai secukupnya Garam dan serbuk kunyit Minyak untuk menggoreng Untuk membuat sos : 8 biji cili merah- dibuang biji 2 ulas bawang putih 2 ulas bawang merah ½ cawan air 1 sudu besar tepung jagung ½ sudu cuka makan Cara : Masukkan dan gaul semua bahan cucur kecuali larutan baking powder. Setelah sebati masukkan larutan baking powder tadi.Biarkan adunan selama 15 minit sebelum menggoreng. Sementara itu, panaskan minyak bersekali dengan senduk acuan. Bila minyak panas, masukkan adunan ke dalam senduk dalam anggaran 2 sudu, letakkan udang dan goreng hingga kekuningan. Untuk Sos : Kisar cili dan bawang. Masak cili dengan air atas api kecil. Kemudian masukkan tepung jagung (kacau dengan 3 sudu air) dan cuka. kacau terus sehingga agak pekat adan angkat

Resepi Ayam Panggang

Ayam Panggang Bahan-Bahan : 85 gm ayam 1 sudu kecil jintan putih 1 batang serai - dihancurkan ½ cm halia - dihancurkan 1 ulas bawang putih - dihancurkan ½ sudu kecil serbuk kunyit 1 sudu kecil serbuk cili Sedikit garam Cara : Bersihkan ayam jika suka dikelar-kelar dan gaul dengan bahan tumbuk, serbuk cili, kunyit dan garam. Biarkan sebentar. Panaskan sedikit minyak dalam kuali leper, masukkan ayam dan balik-balikkan selalu agar rata masaknya.

Resepi Ayam Goreng Berempah Istimewa

Ayam Goreng Berempah Istimewa Bahan-Bahan : Ayam dipotong 8 Serbuk Cili Babas Serbuk Rempah Babas Bawang putih Bawang merah Bawang besar (Ketiga-tiga bawang dikisar halus- gunakan sedikit shj air) Tepung gandum Garam halus Cara : Ayam yg telah siap dibersihkan diperapkan dengan memasukkan semua bahan bawang yang telah dikisar, gaul sehingga sebati. Masukkan garam, serbuk cili, serbuk rempah dan gaulkan sehingga sebati. Tabur tepung gandum sedikit-sedikit dan gaulkan sehingga rata. Perapkan 1/2 jam. Goreng dengan menggunakan api perlahan.

Resepi Calong Sup Bebola Ikan

Calong/Sup Bebola Ikan Terengganu Bahan-Bahan Ikan Tenggiri atau Selayang/Sardin atau kembung Secubit Garam Bahan A 1 biji bawang besar 3 ulas bawang putih 2 kuntum cengkih 2 kuntum bunga lawang 1 batang kayu manis Air Garam Serbuk perisa (jika suka) Suhun dan fucuk(jika suka) Kentang dipotong dadu (jika suka) Cara Cara membuat bebola ikan Jika menggunakan ikan tenggiri, potong ikan berbentuk kiub/dadu. Jika ikan sardin/kembung,siang ikan, buang perut dan kepala. Bersihkan ikan, hiris isi ikan dari arah ekor ke kepala. Ambil isinya dan buang tulang besar. Dengan dry mill blender/pengisar kering, kisar ikan ini. Jangan tambah air.Ikan dan garam disatukan, kemudian bulat-bulatkan adunan ikan ini. Buat hingga habis dan ketepikan. Cara Membuat Sup Panaskan minyak dalam periuk, kemudian tumiskan bahan A hingga naik bau. Setelah naik bau tumisan masukkan air dan kentang. Tunggu hingga menggelegak, baru masukkan bebola ikan. Suaikan rasa sup ini dengan memasukkan garam/serbuk pe

Resepi Bihun Sup

Bihun Sup Bahan-Bahan 600 gm tulang daging 300 gm tauge 600 gm bihun 150 gm kacang tanah 6 labu bawang merah 4 sudu besar minyak 3 sudu besar cili mesin 1 sudu besar lobak masin 1 pokok daun saderi 1 pokok daun bawang 2 biji asam limau 2 biji cili merah 4 keping tauhu Garam secukup rasa Gula secukup rasa Cara Potong daun saderi dan daun bawang sepanjang 1.5 cm. Bersihkan tulang dan rebus bersama garam. Masukkan 1 sudu besar daun bawang dan daun saderi. Masak selama 1 jam. Celur bihun dan ketepikan. Celur tauge dan lobak masin. Ketepikan. Mayang bawang merah dan goreng. Goreng tauhu dan apabila masak hiris nipis-nipis. Goreng kacang tanah tanpa minyak. Tumbuk atau mesin hingga halus. Panaskan 1 sudu teh minyak dalam kuali dan tumis cili mesin. Masukkan garam dan gula. Angkat dan ketepikan. Apabila menghidang elok disediakan mangkuk berasingan bagi setiap orang. Masukkan bihun, taburkan daun saderi, daun bawang, bawang goreng, tauhu, lobak masin dan tauge. Tuangkan kuah ke atas bi

Resepi Char Kue Teaw

Char Kue teau Bahan-Bahan : 1 bungkus kueteau 3 pohon daun kuchai dipotong ½ inc 2 sudu cili boh sedikit kerang sedikit tauge 1 tauhu basah ( kalau mahu ) 4 ulas bawang putih di ketuk 2 biji telur Sedikit garam 4 sudu besar kicap manis ½ sudu teh cuka ½ cawan air sedikit minyak Cara : Panas minyak masukkan bawang putih hingga berbau wangi masukkan cili boh dan tumis.masukkan 1 sudu kicap dahulu. kemudian masukkan air tadi. masukkan cuka masukkan telur sebiji dan tahu. apabila mendidih masukkan kueteu masukkan 3 sudu kicap lagi gaul hingga rata masukkan sebiji telur lagi. kemudian masukkan tauge dan daun kucai . biarkan 20 saat pastu hidang pastikan jangan terlalu kering biar basah aje

Resepi Laksa Penang

Laksa Pulau Pinang Bahan-Bahan : 1 kg mee laksa Air garam yang mendidih (dicelur) 90 gm asam jawa (diperah airnya,ditapis) 1.2 leter air 4 keping asam gelugur 10 tangkai daun kesum (dipetik daunnya) Bahan Hiasan : 1 biji sedang nenas (dikupas kulitnya,dibuangmata & empulurnya serta dipotong dadu) 500 gm timun ( dibuang kulitnya *& empulurnya & dihiris tipis bulat-bulat) 30 gm daun pudina 125 gm bawang besar (dipotong dadu) 5 batang lada hijau (dihiris tipis) 6 batang lada merah (dihiris tipis) 60 gm (daun bawang kucai)(dihiris halus) 2 sudu petis ¼ cawan air panas (dicampurkan) 1 tangkai bunga kantan(dibelah dua) 1 ½ sudu gula pasir Garam secukup rasa 750 gm ikan parang (disiang) Bahan Giling : 250 gm bawang merah 5 batang serai 2 cm kunyit hidup 15-20 batang lada kering (direndam & ditoskan) 2 cm belacan (dibakar) 1 ulas bawang putih Cara : Masukkan air asam jawa,asam gelugur,daun kesum,bunga kantan,gula & garam ke dalam sebuah kuali enamel. Didihkan selama 10 mini

Resepi Laksa Johor

Laksa Johor Bahan-Bahan : Bahan Kuah : 600 gm isi ikan tenggiri (direbus & dikisar) 2 liter air rebusan ikan 1 sudu besar pes udang 1 sudu kecil cili kisar 2 batang bunga kantan 2 tangakai daun kesum 2 keping asam gelugur 4 ulas bawang merah (dikisar) Sedikit halia (dikisar) 1 biji timun (dihiris) 1 biji bawang besar (dihiris) 1 tangkai daun salad (dihiris) 1 batang bunga kantan (dihiris) 1 tangkai daun kesum (dihiris) 600 gm laksa (direbus) Cara : Masukkan semua bahan kuah ke dalam periuk. Masak hingga mendidih & kuahnya pekat. Masukkan laksa ke dalam mangkuk. Tuangkan kuah panas hingga penuh. Kemudian bubuhkan sayur-sayuran.

Resepi Udang Goreng Rangup

Goreng Udang Rangup Bahan-Bahan : 8 ekor udang besar - dibelah belakang dan dibersihkan 1 sudu besar tepung ubi 2 biji telur - di pukul sedikit ½ sudu teh serbuk lada ½ sudu teh gula 1 sudu teh kicap Garam secukup rasa Sos : 4 biji cili besar 2 sudu besar gula 2 ulas bawang putih 1 sudu besar cuka kisar semua bahan dan masak hingga pekat. Cara : Gaul udang dengan tepung ubi. Campur semua bahan lain dan goreng garing. Sedap dimakan panas dengan sos.

Resepi Nasi Goreng Cina

Nasi Goreng Cina Bahan-Bahan : 2 pinggan nasi putih 1 cawan udang basah (buang kulitnya) 1 cawan isi ayam (direbus dan disiat) 1 cawan kacang peas 5 biji cili merah ] ditumbuk 4 biji telur (dipukul) 5 ulas bawang merah ] 1 pokok daun bawang (dihiris) Garam secukup rasa Cara : Panaskan minyak dan tumiskan cili, Kemudian masukkan udang serta daging ayam dan kacang peas. Biarkan selama lima minit, kemudain masukkkan telur sambil dikacau-kacau. Masukkan nasi serta sedikit garam gaulkan rata-rata dan taburkan daun bawang. Bila telah masak angkat dan bolehlah dihidangkan. Semasa menghidang, taburkan daun bawang.

Resepi Nasi Tomato

Nasi Tomato Bahan-Bahan : 2 ulas bawang putih 3 ulas bawang merah atau 1 labu bawang besar ½ cawan minyak sapi 2 kuntum bunga lawang 1 biji buah pelaga 2 kuntum bunga cengkih 2.5 sm kulit kayu manis 2 cawan beras ¾ cawan tomato sos 2 ½ cawan air Cara : Goreng bawang putih dan bawang merah dalam minyak sapi hingga kuning. Masukkan bunga cengkih, bunga lawang, kulit kayu manis dan buah pelaga. Apabila naik baunya masukkan beras dan gaul rata. Tuangkan air dan garam, biarkan hingga mendidih. Bila sudah kering, masukkan tomato sos. Angkat dan hiaskan dengan telur rebus, bawang goreng, bawang besar yang dihiris bulat dan daun bawang.

Resepi Kangkung Goreng Belacan

Kangkung Goreng Belacan Bahan-Bahan : 600 gm kangkung, dibersihkan dan disejatkan ½ cawan minyak untuk menumis Garam secukupnya 5 tangkai cili merah - digiling 6 biji bawang merah - digiling 6 ulas bawang putih - digiling 1 sm belacan - digiling 50 gm udang kering - digiling Cara : Panaskan minyak di dalam kuali. Tumis bahan-bahan giling hingga wangi. Kemudian masukkan kangkung dan garam. Kacau lagi hingga sebati. Apabila cukup masak baru angkat dan hidang.

Resepi Chicken Chop

Chicken Chop Bahan-Bahan : 1 ekor ayam (diambil peha dan dada) 1 biji telur 1 biji tomato 1 helai daun salad Sedikit daun pasli Sedikit lada sulah 20 gm potato chip (digoreng) 20 keping biskut tawar (dikisar halus Sedikit Lea & Perrin atau tepung ubi (untuk disapu pada ayam) Bahan sos: 1 biji lada buah 1 biji bawang besar 2 sudu besar sos cili ½ batang lobak merah 1 sudu besar sos tomato 1 sudu besar sos lea & perrin 2 ulas bawang putih (dicincang halus) Cara : Gaulkan ayam bersama lada sulah, lea & perrin. Kemudian gaul rata menggunakan tepung ubi. Pecahkan sebiji telur dan celupkan ayam. Salutkan biskut tawar yang telah dikisar ke ayam. Goreng ayam hingga kekuningan dan angkat. Masakkan sos selama satu minit. Hidangkan.

Resepi Sup Ayam

Sup Ayam Bahan-Bahan : 1 ekor ayam (disiang,asingkan kulit & lemaknya,ketepikan) 1 sudu kicap cair Garam & lada sulah secukup rasa 2 kuntum bunga lawang 5 cm kulit kayu manis 3 kuntum bunga cengkih 2 labu sedang bawang 4 ulas bawang putih 2.5 cm halia (dikikis kulitnya & biarkan sebuku 4 cawan air ] 250 gm ubi kentang (dipotong dadu kecil-kecil) Garam secukup rasa Bawang merah goreng Daun bawang dicincang Daun sup yang dicincang Lada-lada hiris yang telah dijeruk Cara : Potongkan ayam kepada ketulan-ketulan & perasakan dengan campuran kicap. Perapkan selama 15-20 minit. Panaskan kulit & lemak yang telah diketepikan itu di atas api yang besar.Dapatkan minyaknya & tapis. Tuangkan ke dalam periuk lain.Pijarkan atas api yang sederhana & masukkan rempah-rempah kering. Tumis selama 1-2 minit,kemudian masukkan bawang,bawang putih & halia. Goreng hingga layu.Besarkan api.Masukkan ayam & bahan perasa selebihnya.Goreng hingga rata kuningnya,kemudian kecilk

Resepi Barbeku (BBQ) Sotong

Barbeku Sotong Bahan-Bahan : 80 gm sotong 4 gm rempah paprika 2 gm serbuk cili 2 gm aromat 2 gm garam 2 gm lada sulah 2 gm jus limau nipis 2 gm sos tiram Bahan dikisar: 4 gm kunyit hidup 4 gm bawang putih 4 gm bawang merah Cara : Tarik kepala sotong dan bersihkan bahagian dalamnya. Tus air sotong. Perap sotong bersama bahan-bahan lain selama sepuluh minit. Panggang mengikut citarasa anda dan hidangkan dengan sos.

Resepi Barbeku (BBQ) Pari

Barbeku Pari Bahan-Bahan : 200 gm ikan pari 4 gm rempah paprika 4 gm sos Lea & Perrins 2 gm serbuk cili 2 gm aromat 2 gm garam 2 gm lada sulah 2 gm sos tiram 2 gm jus limau Bahan dikisar : 4 gm kunyit hidup 4 gm bawang merah 4 gm bawang putih Cara : Potong ikan dan bersihkan. Perasakan dengan bahan-bahan rempahan. Panggang mengikut citarasa anda. Hidangkan panas-panas.

Resepi Tomyam Makanan Laut (Seafood)

Tomyam Makanan Laut (Seafood) BAHAN-BAHAN 1 ekor isi ikan merah 1 ekor ketam 250 gm sotong 2 sudu besar pes tomyam 4 cm lengkuas 2 cm halia muda 1 batang serai 2 helai daun limau purut 10 tangkai cili padi 1 sudu besar sos ikan Sedikit susu cair 1 kiub pati ayam Gula dan garam secukup rasa Sedikit jus limau nipis CARA MENYEDIAKAN 1. Celur ikan, sotong dan ketam bunga hingga masak. 2. Masukkan pes tomyam, kemudian masukkan serai, halia muda, lengkuas serta sos ikan, gula dan garam secukup rasa. 3. Setelah mendidih masukkan makanan laut yang telah dicelur, dan diikuti dengan jus limau nipis dan cili padi. 4. Setelah masak, tuangkan dua sudu besar susu cair dan hidangkan. sumber : sajionline

Resepi Udang Masak Lemak

Udang Masak Lemak BAHAN-BAHAN : 300 gm udang 100 gm nanas muda 100 gm bawang kecil (kisar) 100 gm cili padi (kisar) 2 helai daun limau purut (hiris halus) 1 helai kunyit (hiris halus) 500 ml santan 2 sudu besar garam 1 sudu besar gula CARA MENYEDIAKAN : 1.Masukkan santan bersama bahan kisar. Renehkan di atas api yang perlahan dan kacau kuah selalu agar ia tidak pecah minyak. 2.Setelah mendidih, masukkan udang, nanas, daun limau purut dan daun kunyit. 3.Biarkan hingga mendidih lagi. Masukkan garam, gula dan sedia untuk dihidangkan. sumber : sajionline

Resepi Udang Celup Tepung

Udang Celup Tepung BAHAN-BAHAN : 400 gm udang (kupas kulit badan saja) 1 sudu kecil garam 1/2 sudu kecil lada sulah serbuk 1 biji limau nipis BAHAN CELUP : 1 cawan tepung jagung 1 cawan serbuk roti 1 biji telur CARA MENYEDIAKAN : 1. Gaul udang dalam campuran air limau nipis, garam dan lada sulah serbuk dan tuskan. 2. Gaulkan udang ke dalam tepung jagung. 3. Kemudian celupkan dalam telur yang dipukul. 4. Dengan segera masukkan ke dalam serbuk roti. Tekan sedikit agar ia melekat. Susun udang dalam dulang dan masukkan dalam peti sejuk dahulu selama sejam. 5. Kemudian barulah digoreng sumber : sajionline

Resepi Udang Bersalut Telur

Udang Bersalut Telur BAHAN-BAHAN : 300 gm udang galah BAHAN PERAP : 2 biji telur 1 sudu kecil gula 1 sudu kecil serbuk lada putih 1 sudu kecil garam 2 sudu besar tepung jagung Sedikit daun kari CARA MENYEDIAKAN : 1. Campurkan semua bahan perap dan perapkan udang selama 15 minit. 2. Goreng udang sehingga kekuningan dan hidangkan. sumber : sajionline

Resepi Udang Berempah

Udang Berempah BAHAN-BAHAN : 1/2 kilo udang (sederhana besar) 3 sudu besar serbuk ketumbar 2 sudu besar serbuk jintan manis CARA MENYEDIAKAN : 1. Udang yang telah dibersihkan digaul dengan ketumbar dan jintan. 2. Kemudian perapkan selama setengah jam dan barulah digoreng. sumber : sajionline

Resepi Sotong Rangup

Sotong Rangup BAHAN-BAHAN 400 gm sotong (potong bulat) minyak untuk menggoreng 1 sudu besar serbuk kari 1 sudu besar serbuk kunyit 250 gm tepung jagung 2 biji telur 250 ml air 1 sudu kecil serbuk lada sulah garam secukup rasa CARA MENYEDIAKAN Pecahkan telur kemudian campurkan bersama tepung jagung, serbuk kari, kunyit, garam dan serbuk lada sulah. Masukkan sedikit air dan bancuh sebati dan pekat. Apabila ingin menggoreng celupkan sotong ke dalam adunan ini dan goreng satu persatu. Kemudian angkat dan hidangkan bersama sos cili. sumber : sajionline

Resepi Sotong Lada Hitam

Sotong Lada Hitam BAHAN-BAHAN : 500 gm sotong (potong ikut suka dan rebus) 2 sudu kecil taucu 3 labu bawang besar 1 sudu kecil kicap pekat 1 sudu kecil lada hitam (tumbuk) BAHAN KISAR : 4 labu bawang besar 5 ulas bawang putih 2 cm halia CARA MENYEDIAKAN : 1. Tumiskan bahan kisar dengan sedikit minyak hingga garing. 2. Kemudian, masukkan bawang besar yang dihiris. Biarkan seketika. 3. Tuangkan kicap, lada hitam dan taucu. Gaul dan tumis hingga naik bau. 4. Masukkan sotong dan garam. Gaul rata dan sebati. sumber : sajionline

Resepi Sayur Tumis

Sayur Tumis BAHAN-BAHAN : 100 gm putik jagung 50 gm brokoli 50 gm kailan 20 gm udang kering 5 ulas bawang putih 1 sudu kecil air sotong (botol) CARA MENYEDIAKAN : 1.Tumis bawang putih dan udang ke­ring hingga garing. 2.Masukkan putik jagung dan brokoli. Tumis sehingga masak. 3.Akhir sekali masukkan kailan dan dan air sotong. Tidak perlu garam, sebab air sotong dan udang dah masin sumber : sajionline

Resepi Sayur Goreng Campur

Sayur Goreng Campur BAHAN-BAHAN : 80 gm lobak merah 80 gm kubis bunga 80 gm brokoli 150 gm cendawan butang 80 gm kacang sepat 1 labu bawang besar (hiris kasar) 3 ulas bawang putih (hiris) 50 gm cili merah 50 gm cili hijau 50 gm sos tiram 20 gm tepung jagung 100 ml minyak masak Sedikit garam CARA MENYEDIAKAN : 1. Potong dan bersihkan kesemua sayur. Panaskan kuali dan tumiskan bawang besar dan bawang putih. Masukkan kesemua sayur-sayuran tadi. 2. Masukkan sos tiram dan garam. Gaul sebati. Bancuhkan sedikit tepung jagung dan tuangkan ke dalam sayur. sumber : saji online

Resepi Sayur Campur Ala Thai

Sayur Campur Ala Thai BAHAN-BAHAN : 3 ekor sotong 4 ekor udang Brokoli Kubis bunga Lobak merah Putik jagung Cili merah Cendawan butang 3 ulas bawang merah 2 ulas bawang putih Sedikit tepung jagung Sos tiram CARA MENYEDIAKAN : 1.Tumiskan bawang merah dan putih yang telah dihiris, kemudian masukkan sedikit air. 2.Masukkan sotong dan udang, biarkan seketika dan masukkan semua sayur. 3.Masukkan sos tiram, gula dan garam secukup rasa. Untuk memekatkan kuah, bancuhkan sedikit tepung jagung bersama sedikit air. 4.Biarkan sekejap dan angkat. sumber : sajionline

Resepi Sambal Sotong

Sambal Sotong BAHAN-BAHAN : 1 kg sotong (hiris kecil) 3 ulas bawang merah (hiris) 2 ulas bawang putih (hiris) 20 tangkai cili merah (kisar) 5 tangkai cili kering (kisar) 4 helai daun limau purut 2 helai daun salam Sedikit cili sos Sedikit sos tomato Garam dan gula secukupnya Minyak untuk menumis CARA MENYEDIAKAN : 1. Panaskan minyak dan tumis bawang merah dan bawang putih hingga naik bau. 2. Kemudian masukkan bahan kisar, sos, daun limau purut dan daun salam lalu kacau hingga rata. 3. Masukkan garam dan gula secukupnya. 4. Masukkan sotong dan masak hingga lembut 5. Kemudian masukkan bawang besar. 4. Setelah masak, tuangkan dua sudu besar susu cair dan hidangkan.

Resepi Sambal Goreng Udang

Sambal Goreng Udang BAHAN-BAHAN : 250 gm udang 10 tangkai cili merah (kisar) 5 labu bawang besar (hiris) 2 ulas bawang putih (kisar) 2 biji kentang (potong dadu dan rebus) 1 papan petai buang kulit dan potong dua 3 helai daun limau Garam secukup rasa CARA MENYEDIAKAN : 1. Panaskan minyak dan tumis bawang besar dan bawang putih sehingga naik bau. 2. Masukkan cili merah, kentang dan petai dan tumis selama 10 minit. 3. Masukkan udang dan tumiskan lagi 10 minit. 4. Masukkan daun limau purut dan garam secukup rasa.

Resepi Paprik Ayam

Paprik Ayam BAHAN-BAHAN 500 gm ayam (dipotong kecil dan goreng) 150 gm sos tomato 150 gm sos cili 100 gm sos tomyam 3 batang serai (hiris) 4 helai daun limau purut 1 biji limau nipis 2 tangkai cili merah 2 tangkai cili hijau 1 labu bawang besar (mayang) 7 tangkai cili padi 50 gm kacang panjang 50 gm jagung muda (belah dua) 50 gm tomato 100 gm bunga kobis Daun ketumbar Garam CARA MENYEDIAKAN 1. Panaskan minyak dan masukkan sos cili, sos tomato dan sos tomyam dan tumis sehingga pecah minyak. 2. Masukkan serai, daun limau purut, cili merah, cili hijau, bawang besar, cili padi dan air limau nipis dan kacau rata. 3. Masukkan pula ayam, kacang panjang, jagung muda, tomato, bunga kobis dan gaul lagi. 4. Masukkan garam dan masukkan daun ketumbar, gaul rata. Angkat dan hidangkan. sumber : sajionline

Resepi Ketam Masak Lada Hitam

Ketam Masak Lada Hitam BAHAN-BAHAN : 2 ekor ketam 2 ulas bawang putih 1 labu bawang besar 40 gm halia 1 tangkai cili merah 50 gm sos lada hitam 2 sudu besar kicap cair 1 sudu besar kicap pekat 1 biji telur 1 sudu lada hitam (tumbuk) 1 sudu kecil minyak bijan CARA MENYEDIAKAN : 1) Rebuskan ketam dan ketepikan. 2) Panaskan minyak, tumiskan bawang putih, bawang besar, halia dan cili yang dihiris halus. 3) Kemudian masukkan sos lada hitam, kicap cair, kicap pekat dan lada hitam. Kacau rata. 4) Masukkan ketam, minyak bijan dan minyak bawang putih. 5) Masukkan garam secukup rasa dan telur yang telah dipukul. Gaul rata dan biarkan mereneh. sumber : sajionline

Resepi Ketam Goreng Bercili

Ketam Goreng Bercili BAHAN-BAHAN : 2 ekor ketam 6 sudu besar sos cili 2 sudu besar sos tiram 3 sudu besar sos Thai Garam dan gula BAHAN KISAR : 4 ulas bawang merah 2 ulas bawang putih 3 cm halia 2 batang serai 6 tangkai cili merah 6 tangkai cili kering CARA MENYEDIAKAN : 1. Goreng ketam yang digaul dengan kunyit dan ketepikan. 2. Panaskan kuali dan masukkan bahan kisar dan tumis sehingga naik bau. 3. Masukkan semua sos, kemudian bubuh garam dan gula secukup rasa dan tumis lagi. 4. Setelah bahan tumis pecah minyak, masukkan ketam dan kacau hingga sekata.

Resepi Gulai Sotong

Gulai Sotong BAHAN-BAHAN : 250 gm sotong 3 cm lengkuas (kisar) 2 cm halia (kisar) 1 batang serai (kisar) 1 helai daun kunyit (kisar) 5 helai daun limau purut 250 ml santan 100 ml air 10 tangkai cili merah (kisar) Garam secukup rasa CARA MENYEDIAKAN : 1. Masukkan bahan-bahan kecuali sotong dan didihkan. 2. Pastikan santan sentiasa dikacau agar tidak pecah minyak. 3. Setelah 20 minit, masukan sotong dan garam, kacau lagi.

Resepi Gulai Lemak Tempoyak Ayam

Gulai Lemak Tempoyak Ayam BAHAN-BAHAN : 1/2 ekor ayam (potong kecil) 1/2 cawan tempoyak 5 keping asam gelugor 5 ulas bawang merah (tumbuk) 20 tangkai cili padi (tumbuk) 3 cm kunyit hidup (tumbuk) 2 cawan santan pekat 1 cawan santan cair 1 batang timun (buang biji) CARA MENYEDIAKAN : 1. Tumis bahan tumbuk sehingga naik bau. 2. Masukkan ayam bersama santan cair dan gaul rata. 4. Masukkan tempoyak dan asam gelugor, gaul rata lagi. 5. Apabila kuah mendidih, masukkan timun. 6. Masukkan santan pekat, garam. 7. Biarkan mendidih hingga agak pekat.

Resepi Daging Panggang

Resepi Daging Panggang BAHAN-BAHAN : 600 gm daging (ambil bahagian yang ada lemaknya sedikit) 1 sudu besar jintan manis 1 sudu besar jintan putih 1 sudu kecil serbuk lada 4 ulas bawang merah 500 ml santan pekat 1 labu bawang besar Garam CARA MENYEDIAKAN : 1. Tumbuk bawang putih, bawang merah, jintan manis dan jintan putih. 2. Campurkan dengan santan, serbuk lada dan garam. 3. Masukkan daging dan perapkan selama satu jam. 4. Panggang daging dan semasa membakar percikkan santan menggunakan serai.

Resepi Ayam Bakar Berempah

BAHAN A : 500 gm peha ayam 8 ulas bawang putih 5 ulas bawang merah 3 cm halia 3 cm lengkuas 2 batang serai Gula dan garam BAHAN KISAR : 1 sudu kecil jintan manis 1 sudu kecil jintan putih 1 batang kayu manis 1 sudu kecil ada hitam 1 sudu kecil ketumbar 2 kuntum bunga lawang CARA MENYEDIAKAN : 1. Kisar semua bahan A (kecuali ayam) dan ambil jusnya. Kemudian perapkan bersama ayam. Bubuhkan sekali gula dan garam. 2. Setelah itu, gaulkan pula bahan B dan perap selama sejam. 3. Bakar dengan suhu 180o selsius selama 30 minit. sumber : sajionline

Resepi Rendang Daging Merah Utara

BAHAN-BAHAN: 1 kg daging 20 tangkai cili kering (kisar) 2 labu bawang besar (kisar) 5 ulas bawang putih (kisar) 2 sudu besar lengkuas (kisar) 2 sudu kecil jintan manis (kisar) 2 sudu kecil ketumbar (kisar) 2 sudu besar sos tomato Sedikit gula CARA MENYEDIAKAN: 1. Daging dipotong dadu dan direbus terlebih dahulu hingga empuk. Kemudian tuskan dan ketepikan. 2. Selepas itu panaskan minyak dalam kuali, masukkan semua bahan kisar. 3. Tumis sehingga naik bau dan pecah minyak dan barulah masukkan gula, garam, sos tomato dan daging. 4. Masak untuk selama 10 minit dan agak-agak dah kering dan pekat, matikan api. sumber : sajionline

Resepi Ikan Siakap Masak Lada Hitam

BAHAN-BAHAN: 1 ekor ikan siakap 10 helai daun kari 50 gm marjerin 1 sudu besar sos cili 1/2 sudu kecil serbuk perasa 1/2 tin susu cair 1/2 sudu kecil garam 1 sudu kecil serbuk lada hitam CARA MENYEDIAKAN: 1. Bersihkan ikan siakap dan go­reng di dalam minyak penuh sehingga garing dan ketepikan. 2. Masukkan margerin ke dalam kuali dan cairkan. 3. Masukkan daun kari serta semua bahan (kecuali susu) dan tumis sehingga naik bau. 4. Akhir sekali masukkan susu cair dan biarkan sehingga mendidih dan suaikan rasa. Tuang sos ke atas ikan . sumber dari sajionline

Resepi Ikan Bawal Putih Kukus Asam Boi

BAHAN-BAHAN: 1 ekor ikan bawal putih 2 cm halia (hiris halus) 200 gm cendawan hitam (hiris) 250 gm daging ayam (hiris) 2 sudu besar sos tiram 1 sudu besar kicap cair 6 biji asam boi (rendam dengan setengah gelas air) Sedikit gula Minyak bawang goreng Bawang goreng Daun bawang Cili merah CARA MENYEDIAKAN: 1. Bersihkan ikan dan letakkan di atas pinggan. Taburkan asam boi dan tuangkan airnya. 2. Juga ditaburkan halia, cendawan hitam dan daging ayam. Masukkan gula dan sos tiram secukup rasa. 3. Kukuskan ikan selama 10 minit. Setelah masak , taburkan sedikit daun bawang dan cili besar yang dihiris panjang serta minyak bawang goreng. sumber : sajionline.

Resepi Ikan Kerapu Asam Manis

BAHAN-BAHAN : 1 ekor ikan kerapu 4 tangkai cili merah (kisar) 8 ulas bawang merah (kisar) 4 ulas bawang putih (kisar) 1 sudu besar tepung jagung 1 cm halia (kisar) 5 sudu sos tomato Sedikit garam CARA MENYEDIAKAN : 1. Lumurkan dengan tepung jagung dan sedikit garam. Kemudian goreng sehingga garing. 2.Sementara itu, tumiskan bahan-bahan kisar sehingga naik bau. 3. Setelah itu masukkan sos tomato dan lebihan tepung jagung yang telah dibancuh dengan sedikit air. sumber : sajionline