Posts

Showing posts with the label ikan

Resepi Siakap 3 Rasa Aroma

Resepi Siakap 3 Rasa Aroma Bahan-bahan 1 ekor ikan siakap 8 tangkai cili merah (dicincang halus) 10 tangkai cili api (dicincang halus) 5 ulas bawang putih (dicincang halus) 5 ulas bawang merah (dicincang halus) 5 sm halia (dicincang halus) 5 batang serai (dicincang halus) sos ikan secukup rasa sos tiram secukup rasa garam gula serbuk kunyit kicap soya daun ketumbar lobak merah sedikit lada sulah sedikit tepung jagung Cara penyediaan 1) Gaulkan garam,serbuk kunyit dan lada sulah bersama sedikit tepung jagung sehingga sebati. 2) Kemudian ,lumurkan pada ikan siakap yang telah dibersihkan dan goreng diatas api sederhana sehingga garing..ketepikan 3) Panaskan minyak untuk menumis. masukkan semua bahan yang telah dicincang. Goreng sehingga naik bau. 4) Masukkan dua cawan air dan tunggu sehingga mendidih. 5) Masukkan semua bahan perasa secukupnya dan biarkan masak . 6) Tuangkan diatas ikan yang telah digoreng tadi . 7) Sedia dihidang...

Resepi Ikan Masam Manis

Resepi Ikan Masam Manis Bahan - bahan: 4ekor Ikan kembung 1biji Bawang besar 2ulas Bawang putih 1tangkai cili merah 1biji Timun 1biji Tomato 2sudu sayur campur 3sudu besar Sos tomato 2sudu besar Sos cili 50ml Air 1sudu kecil Air limau nipis minyak masak sedikit garam dan bahan perasa sedikit kunyit Cara menyediakan: 1. Ikan dibuang perutnya dan dibersihkan. 2. Keringkan ikan dan gaulkan dengan garam dan kunyit, perap selama 15minit. 3. Goreng ikan sehingga kekuning-kuningan. Angkat dan letakkan di dalam pinggan. Ketepikan. 4. Tumis bawang besar sehingga kekuning-kuningan. 5. Kemudian, masukkan semua sos,air limau nipis dan air. Kacau sehingga mendidih. 6. Setelah cukup pekat, masukkan cili merah dan bahan yang telah dipotong tadi. 7. Angkat dan tuang diatas ikan sehingga rata. 8. Sedia dihidangkan.

Resepi Kari Kepala Ikan

Resepi Kari Kepala Ikan Bahan-bahan 1 ekor kepala ikan merah (belah dan bersihkan) 15 ulas bawang merah (kisar) 5 ulas bawang putih (kisar) 20 gram buah keras (kisar) 20 gram halia (kisar) 5 tangkai cili kering (kisar) 1 batang serai (titik) 1 sudu kecil halba campur 1 tangkai daun kari 24 gram rempah kari 60 gram santan 30 gram asam jawa setengah liter air 1 biji tomato 6 biji bendi 1 biji terung garam gula Cara Memasak 1) Panaskan minyak dan masukkan halba campur,daun kari dan serai hingga naik bau.. 2) Seteruskan, masukkanbawang merah,bawang putih,buah keras,halia, dan cili kering.Gaul hingga naik bau.. 3) Kemudian ,campurkan santan, ,asam jawa, rempah kari, dan daun kari. 4) Masukkan kepala ikan merah yang telah dibersihkan . kemudian masukkan juga terung,bendi, dan tomato. 5) Biarkan mendidih dan masukkan sedikit gula dan garam secukup rasa.

Resepi Ikan Siakap Kukus ala Thai

Resepi Ikan Siakap Kukus ala Thai Bahan-bahan ikan siakap serai bawang putih bawah besar stok ayam air limau nipis tanpa biji cili padi gula secukup rasa daun sup satu sudu teh sedikit tepung jagung 2 cawan air Cara Penyediaan 1) Masukkan stok ayam yang yang dicampur dgn dua cawan air kedalam kuali dgn api yang sederhana. 2) Ketuk Serai, bawang putih Masukkan tepung jagung , campuran air limau nipis tanpa biji bersama gula semua bahan ini di masukkan dlm stok ayam yang mendidih di atas dapur masukkan ikan siakap yang segar dan siap di kelar ke dlm kuali tadi tabur hirisan cili pada dan daun sup dan hiriasn bawang besar tutup kuali sehingga masak dan 3) sedia dihidangkan

Resepi Ikan Percik

Resepi Ikan Percik Bahan-bahan 3 ekor ikan kembung 2 biji kelapa(ambil santannya) 10 biji cili kering 10 ulas bawang merah Sedikit halia 1 batang serai Sedikit belacan 1 camca besar gula 2 camca besar air asam jawa Sedikit kunyit (ditumbuk) Garam secukup rasa Cara memasak 1) Ikan dibersihkan kemudian dikelar-kelar kedua belah badannya. Setelah itu lumurkan dengan garam dan kunyit. 2) kemudian bakarlah di atas dapur arang sehingga separuh masak. Biarkan sementara di atas dapur Cara membuat kuah percik 1) Bawang merah, cili kering dan halia digiling hingga lumat bersama belacan. Serai diketuk sedikit, setelah itu masukkan bahan-bahan ini di dalam periuk bersama santan. 2) Masukkan juga air asam jawa, gula dan garam. 3)Masak di atas api yang perlahan hingga pekat kuahnya. Kemudian angkat, ambil kuahnya dan sapu ke atas ikan yang dipanggang tadi. 4) Bila sudah kuning, balikkan dan lumurkan lagi dengan kuahnya di bahagian sebelah lagi. Buatlah sebegini hingga ikan tadi masak dan kuahnya mel

Resepi Sambal Ikan Tenggiri

Resepi Sambal Ikan Tenggiri Bahan-Bahan: 4 keping Ikan tenggiri 8 ulas Bawang Merah Kecil 21 biji Cili Kering 7 biji Cili Api 3 sudu besar Minyak masak 1 ulas kunyit hidup 3 besar ibu jari Asam Jawa 1 Bawang Merah Besar untuk hiasan (dipotong bulat) Garam secukup rasa. Gula puteh 1 sudu kecil Cara: Tumbuk kunyit hidup digaul bersama ikan Ikan digoreng sehingga garing.Setelah ikan digoreng tos dan angkat,asingkan.Bawang merah kecil dan cili kering dikisar halus.Kemudian panaskan minyak untuk menumis cili dan bawang yang sudah dikisar tadi.Tumis hingga cili & bawang tadi masak secukupnya (15 minit),masokkan garam & dan gula.Kemudian masukkan ikan selama 3 minit kedalam cili& bawang yg ditumis hingga sebati.Akhir sekali masukkan bawang merah besar dan gaul selama 1 minit.Angkat dan bolehlah hidangkan. Tambahan: Semasa cili & bawang dikisar hanya gunakan air sedikit,sebanyak setengah cawan air.

Resepi Ikan Tiga Rasa

Resepi Ikan 3 Rasa Bahan-Bahan : 1 ekor ikan siakap / kerapu sedikit bawang putih (ditumbuk) 1 inci halia 2 biji tomato (agak masak) 6 biji cili merah 10 biji cili padi 2 sudu sos tiram 2 sudu sos cili 1 sudu sos tomato sedikit gula, garam bhn utk dikisar Cara memasak : 1. Goreng ikan (spt biasa) garing / separuh garing (terpulang). Toskan minyak.Ketepikan. 2. Tumis bawang putih (naik bau) + bhn kisar 3. Masukkan semua sos tadi, gula, garam dan sedikit air 4. Tuang atas ikan

Resepi Ikan Masak Asam Rebus

Ikan Masak Asam Rebus Bahan-Bahan : 6 ekor ikan selar kuning 1 ikat daun kesum 1 biji nanas, dipotong mengikut suka Sedikit gula dan garam Air secukupnya Bahan-bahan dikisar : 5 tangkai cili merah 6 biji bawang merah 1 sm halia 1 sm kunyit hidup 1 sm belacan Cara : Satukan bahan-bahan kisar dan air di dalam periuk. Masak hingga mendidih baru masukkan ikan, daun kesum, nanas, gula dan garam. Kacau hingga rata. Apabila cukup masak baru angkat.

Resepi Calong Sup Bebola Ikan

Calong/Sup Bebola Ikan Terengganu Bahan-Bahan Ikan Tenggiri atau Selayang/Sardin atau kembung Secubit Garam Bahan A 1 biji bawang besar 3 ulas bawang putih 2 kuntum cengkih 2 kuntum bunga lawang 1 batang kayu manis Air Garam Serbuk perisa (jika suka) Suhun dan fucuk(jika suka) Kentang dipotong dadu (jika suka) Cara Cara membuat bebola ikan Jika menggunakan ikan tenggiri, potong ikan berbentuk kiub/dadu. Jika ikan sardin/kembung,siang ikan, buang perut dan kepala. Bersihkan ikan, hiris isi ikan dari arah ekor ke kepala. Ambil isinya dan buang tulang besar. Dengan dry mill blender/pengisar kering, kisar ikan ini. Jangan tambah air.Ikan dan garam disatukan, kemudian bulat-bulatkan adunan ikan ini. Buat hingga habis dan ketepikan. Cara Membuat Sup Panaskan minyak dalam periuk, kemudian tumiskan bahan A hingga naik bau. Setelah naik bau tumisan masukkan air dan kentang. Tunggu hingga menggelegak, baru masukkan bebola ikan. Suaikan rasa sup ini dengan memasukkan garam/serbuk pe

Resepi Ikan Siakap Masak Lada Hitam

BAHAN-BAHAN: 1 ekor ikan siakap 10 helai daun kari 50 gm marjerin 1 sudu besar sos cili 1/2 sudu kecil serbuk perasa 1/2 tin susu cair 1/2 sudu kecil garam 1 sudu kecil serbuk lada hitam CARA MENYEDIAKAN: 1. Bersihkan ikan siakap dan go­reng di dalam minyak penuh sehingga garing dan ketepikan. 2. Masukkan margerin ke dalam kuali dan cairkan. 3. Masukkan daun kari serta semua bahan (kecuali susu) dan tumis sehingga naik bau. 4. Akhir sekali masukkan susu cair dan biarkan sehingga mendidih dan suaikan rasa. Tuang sos ke atas ikan . sumber dari sajionline

Resepi Ikan Bawal Putih Kukus Asam Boi

BAHAN-BAHAN: 1 ekor ikan bawal putih 2 cm halia (hiris halus) 200 gm cendawan hitam (hiris) 250 gm daging ayam (hiris) 2 sudu besar sos tiram 1 sudu besar kicap cair 6 biji asam boi (rendam dengan setengah gelas air) Sedikit gula Minyak bawang goreng Bawang goreng Daun bawang Cili merah CARA MENYEDIAKAN: 1. Bersihkan ikan dan letakkan di atas pinggan. Taburkan asam boi dan tuangkan airnya. 2. Juga ditaburkan halia, cendawan hitam dan daging ayam. Masukkan gula dan sos tiram secukup rasa. 3. Kukuskan ikan selama 10 minit. Setelah masak , taburkan sedikit daun bawang dan cili besar yang dihiris panjang serta minyak bawang goreng. sumber : sajionline.

Resepi Ikan Kerapu Asam Manis

BAHAN-BAHAN : 1 ekor ikan kerapu 4 tangkai cili merah (kisar) 8 ulas bawang merah (kisar) 4 ulas bawang putih (kisar) 1 sudu besar tepung jagung 1 cm halia (kisar) 5 sudu sos tomato Sedikit garam CARA MENYEDIAKAN : 1. Lumurkan dengan tepung jagung dan sedikit garam. Kemudian goreng sehingga garing. 2.Sementara itu, tumiskan bahan-bahan kisar sehingga naik bau. 3. Setelah itu masukkan sos tomato dan lebihan tepung jagung yang telah dibancuh dengan sedikit air. sumber : sajionline

Resepi Ikan Siakap Limau Purut

BAHAN-BAHAN: 1 kg ikan siakap Serbuk kunyit Garam BAHAN SOS: 1 labu bawang besar 5 helai daun limau purut 10 tangkai cili padi 1 sudu kecil cili sos 1 sudu kecil sos tomato 1 biji tomato 200 ml air CARA MENYEDIAKAN: 1. Lumurkan ikan siakap dengan serbuk kunyit, garam dan goreng dengan minyak yang penuh dan garing. 2. Panaskan minyak, tumis bawang, daun limau purut dan cili padi hingga naik bau. 3. Masukkan sos cili, sos tomato, air dan tomato. 4. Masak di atas api yang sedernana, masukkan garam dan gula secukup rasa. Kacau rata dan angkat sumber dari sajionline

Resepi Ikan Patin Lemak Tempoyak

BAHAN-BAHAN: 2 ekor ikan patin 250 ml santan 3 batang serai (ketuk) 4 sudu besar tempoyak 1 keping asam gelugur 3 tangkai cili merah (belah 2) 3 tangkai cili hijau (belah 2) 2 biji tomato (potong 4) Garam Air secukupnya BAHAN KISAR: 15 ulas bawang merah 10 tangkai cili padi 2 cm kunyit hidup CARA MENYEDIAKAN: 1. Bersihkan ikan patin dengan asam jawa. 2. Masukkan bahan kisar ke dalam periuk bersama santan dan serai. 3. Kacau perlahan di atas api sederhana. Tuangkan sedikit air. 4. Masukkan ikan, tempoyak dan asam gelugur. 5. Kacau semula selama 10 minit kemudian masukkan cili dan tomato. 6. Akhir sekali tambahkan garam secukup rasa. sumber dari sajionline