Posts

Showing posts with the label nasi

Resepi Nasi Lemak Kukus (2)

Resepi Nasi Lemak Kukus (2) Bahan-bahan nasi. 1 kilo beras, 5 cawan santan 3 helai daun pandan 2 cm halia di hiris 3 biji bawang merah garam secukup rasa Bahan-bahan sambal. 125gm ikan bilis (digoreng) 125gm bawang merah 60gm cili kering (direndam & ditoskan) 6biji buah keras 5sm belacan (dibakar) 2sudu besar minyak masak 1batang serai (dititik) sedikit air asam jawa garam dan bahan perasa lain Bahan sampingan. 2 biji telur sedikit kacang tanah goreng sedikit timun. Cara-cara menyediakan nasi. Basuh beras dan tos,masuk semua bahan dalam periuk,masak hinga sebati dengan santan,, Pindahkan nasi kedalam kukus berlubang dan kukus hingga naik wap selama 30 minit. sedia di hidang bersama bahan lain. Cara-cara menyediakan sambal. Untuk sambal, kisarkan cili kering,bawang,belacan dan buah keras. Tumis sehingga kering sedikit. Masukkan air asam jawa,garam dan bahan perasa lain secukupnya. Masukkan ikan bilis. Sedia dihidang bersama nasi.

Resepi Nasi Lemak Kukus

Resepi Nasi Lemak Kukus Bahan-Bahan: 5 cawan beras 2 biji pati santan 3 helai daun pandan Garam secukup rasa Cara Didihkan air dalam pengukus. Basuh beras dan kukus dalam pengukus selama 20 minit atau beras separuh masak. Keluarkan beras dari pengukus dan rendam dengan air sekurang-kurangnya 3-4 jam supaya beras memanjang 2 kali ganda. Tukar air selalu jika perlu penyejukan lebih cepat. Setelah itu, kukus semula beras yang telah memanjang tadi hingga masak atau lebih kurang 15 minit. Keluarkan nasi yang telah masak dan gaul bersama santan yang telah dicampur garam dan biar seketika atau 10 minit supaya santan menyerap masuk dalam beras. Akhir sekali, kukus lagi sekali bersama daun pandan hingga nasi kelihatan berderai, cantik dan santan yang terserap tadi masak. Cadangan Hidangan: Hidang bersama sambal tumis ikan bilis, telur rebus, kacang goreng, ikan bilis goreng, timun dan sayur kangkung. Tambahan: Semasa mengukus, lubangkan dengan jari beras tersebut supaya masak serat

Resepi Nasi Ayam Hainan

Resepi Nasi Ayam Hainan Bahan-Bahan: Bhn A 1 ekor ayam dibelah 12 3 sudu besar sos tiram 3 sudu kicap manis sedikit gula dan garam Perap 30 minutes semua bhn diatas Bhn B (Kicap Bijan) 500 ml stok ayam 3 sudu besar sos tiram 6 sudu besar kicap cair maggi 2 sudu besar tepung jagung 2 sudu besar minyak bijan Didihkan bhn B hingga sebati Bhn C 100 gm Cili hidup 6 ulas bawang putih 3 cm halia 2 sudu besar cuka Gula dan garam ikut rasa Blender kesemua bahan diatas Bhn D 1000 ml stok ayam 3 cm halia - dimayang 3 ulas bwng putih - di mayang 1 bungkus sup bunjut Daun ketumbar atau daun sop dan daun bawang Renihkan bhn diatas untuk dijakan sup Bhn E 3 pot beras 3 cm halia 6 biji bawang putih 1 helai daun pandan Air Stock ayam mengikut citarasa lembut nasi Blender hingga halus untuk menumis nasi Cara: 1. Tumis Bhn E hingga naik wangi. Selepas tu masukan air stock ayam, Masukan garam dan daun pandan serta beras. Masak seperti biasa. 2. Ayam digoreng seperti biasa. Cadangan Hidangan: 1. Hiris timu

Resepi Nasi Goreng Kerabu

Nasi Goreng Kerabu Bahan-Bahan : 2 cawan beras(ditanak) 2 ulas bawang merah-ditumbuk 2 ulas bawang putih-ditumbuk 10 biji cili api-ditumbuk Isi ayam dipotong kecil Ikan bilis - digoreng terlebih dahulu 1 batang serai-dimayang halus 1 batang bungan kantan - dimayang 1 helai daun kunyit - dimayang Seikat kacang panjang - dihiris sedikit garam Cara : Panaskan minyak kemudian tumis semua bahan-bahan yang telah ditumbuk halus. Apabila sudah garing masukkan ayam dan biarkan seketika. Kemudian masukkan nasi dan kacau. Akhir sekali masukkan ikan bilis dan juga bahan-bahan yang telah dimayang. Kacau hingga rata dan hidangkan. 5KG6U74Q7KJJ

Resepi Nasi Dagang

Nasi Dagang Terengganu Asli Bahan-Bahan : 1 cawan beras pulut 3 cawan beras biasa 1 biji kelapa (saiz agak besar) 10 ulas bawang merah 1 ruas jari halia 1 camca halba 2 sudu besar gula Garam sedikit rasa Kelapa hendaklah di ambil dan diasingkan santan pekat dan santan cair Bawang merah & halia yang telah dihiris halus, halba, gula dan garam dimasukkan ke dalam santan pekat Cara : Beras pulut dan beras biasa dicampurkan bersama dan direndam dengan air sejuk selama 6 jam. Kemudian basuh bersih dan toskan. Panaskan air dalam periuk kukus hingga mendidih. Kukus beras sehingga 3/4 masak. Angkat dan tuang beras ke dalam bekas. Gaul beras dengan santan cair hingga rata. Kemudian kukus sekali lagi hingga masak. Angkat dan tuang beras ke dalam bekas. Kali ini gaul dengan santan pekat yang bercampur dengan bahan hirisan/mayam dan perasa hingga rata dan sebati. Nasi tidak perlu dikukus lagi Cadangan Hidangan : Hidangkan dengan kuah nasi dagang Tambahan : Nasi dagang juga sedap dimakan bersama

Resepi Nasi Ayam

Nasi Ayam Bahan-Bahan : 1 kg beras 500 gm lemak ayam 200 gm bawang merah - dimayang 200 gm bawang besar - dimayang 100 gm bawang putih - diketuk 3 helai daun pandan 1 ½ liter stok ayam 50 ml minyak bawang putih Sedikit garam Sedikit lada sulah Sedikit gula Cara : Cara memasak ayam : 1 ekor ayam (1.6 kg) Didihkan air dan rebus ayam selama 45 minit. Keluarkan ayam daripada periuk dan toskan. Potong-potong dan boleh dihidangkan Cara membuat sos cili : 500 gm cili merah 100 gm halia 20 ml lemak/minyak ayam 10 ml jus limau nipis Garam secukupnya Gula secukupnya Campurkan kesemua bahan hingga sebati Cara membuat sos halia : 600 gm halia muda 100 ml minyak ayam Garam secukupnya Gula secukupnya Campurkan kesemua bahan hingga sebati Cara Memasak : Panaskan minyak bawang putih. Tumis bawang putih, bawang merah dan bawang besar. Setelah naik baunya masukkan lemak ayam dan daun pandan. Masak beras dengan stok ayam berserta dengan bahan-bahan yang telah ditumis. Kemudian masukkan garam, lada sulah

Resepi Nasi Goreng Cina

Nasi Goreng Cina Bahan-Bahan : 2 pinggan nasi putih 1 cawan udang basah (buang kulitnya) 1 cawan isi ayam (direbus dan disiat) 1 cawan kacang peas 5 biji cili merah ] ditumbuk 4 biji telur (dipukul) 5 ulas bawang merah ] 1 pokok daun bawang (dihiris) Garam secukup rasa Cara : Panaskan minyak dan tumiskan cili, Kemudian masukkan udang serta daging ayam dan kacang peas. Biarkan selama lima minit, kemudain masukkkan telur sambil dikacau-kacau. Masukkan nasi serta sedikit garam gaulkan rata-rata dan taburkan daun bawang. Bila telah masak angkat dan bolehlah dihidangkan. Semasa menghidang, taburkan daun bawang.

Resepi Nasi Tomato

Nasi Tomato Bahan-Bahan : 2 ulas bawang putih 3 ulas bawang merah atau 1 labu bawang besar ½ cawan minyak sapi 2 kuntum bunga lawang 1 biji buah pelaga 2 kuntum bunga cengkih 2.5 sm kulit kayu manis 2 cawan beras ¾ cawan tomato sos 2 ½ cawan air Cara : Goreng bawang putih dan bawang merah dalam minyak sapi hingga kuning. Masukkan bunga cengkih, bunga lawang, kulit kayu manis dan buah pelaga. Apabila naik baunya masukkan beras dan gaul rata. Tuangkan air dan garam, biarkan hingga mendidih. Bila sudah kering, masukkan tomato sos. Angkat dan hiaskan dengan telur rebus, bawang goreng, bawang besar yang dihiris bulat dan daun bawang.