Posts

Showing posts with the label daging

Resepi Rendang Tok

Resepi Rendang Tok Bahan-bahan 1.5kg Daging lembu (di potong dadu) 1/2 cawan Minyak masak 200g Kerisik 700ml Santan 100g kerisik 20 g Bunga Kantan ( di kisar) 10g Daun kesom ( di kisar ) 60ml Air Asam Jawa 100g Bawang besar (dikisar) 30g Halia ( di kisar ) 30g Bawang putih ( di kisar) 100g Lengkuas ( di kisar ) 20 g Kunyit segar ( di kisar ) 200g cili kering ( dikisar ) 50g Serai ( di kisar ) 30 g Belacan 20g Daun Kunyit (dihiris) 15g Daun Limau Purut 10g Daun Salam 200g Gula Melaka 100g Gula Pasir 40 g Garam secukup rasa REMPAH DI KISAR 10g Bunga Lawang 20g Kulit Kayu Manis 20g Buah pelaga 15g Bunga Cengkih 30g Jintan Manis 20g Jintan Putih 10g Ketumbar 30g Serbuk buah pala Cara memasak 1) Panaskan minyak tumis bahan yang di kisar hingga naik bau. Masukan rempah,cili kering dan kacau lagi hingga pecah minyak. 2) Masukkan separuh santan dan kacau hingga pekat. Kemudian masuk daging dan kacau hingga kering dan pekat. 3) Kemudian masukan lebihan santan dan kemudian isi kelapa tua, air as

Resepi Kerabu Perut

Resepi Kerabu Perut Bahan-bahan 500 gram perut ( di rebus sampai empuk) 5 biji cili padi (dihiris) 1 batang serai (dihiris) 1 biji cili masak (dihiris) 6 biji bawang merah 1 biji tomato (di potong dadu) limau nipis (diambil jus) gula garam daun sup Cara Penyediaan 1) Masuk kan semua bahan tadi kecuali tomato..dan gaul kan sehingga sebati bersama perahan air limau.. 2) Kemudian baru lah di masuk kan tomato tadi,dan gaul kan lagi.. 3) sedia di hidang kan..

Resepi Gulai Daging Pantai Timur

Resepi Gulai Daging Pantai Timur Bahan 500gm daging lembu potong nipis kecil 2 s/b kerisik 2 cawan santan pekat 2 s/b gula merah/perang 2 keping asam keping minyak garam Bahan dikisar 20 tangkai cili kering 1 s/b rempah kari daging 2 s/b rempah mentah gulai cap ROSE 1 s/b rempah masak gulai cap ROSE 7 ulasa bawang merah 1 labu bawang besar 3 ulas bawang putih 3 cm halia 2 cm lengkuas Bahan tumis 2 cm kulit kayu manis 3 kuntum bunga cengkih 2 kuntum bunga lawang 3 biji buah pelaga Cara 1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan tumis sehingga wangi. 2. Masukkan bahan kisar dan masakkan sampai wangi dan naik minyak. 3. Masukkan daging dan kacau rata. Masukkan sikit air dan kacau rata lagi. 4. Bila nampak naik minyak masukkan santan, kerisek, garam dan gula merah. Biarkan reneh sampai mendideh. kacau sekali sekala. 6. Bila mendidih masukkan asam keping dan biarkan sampai pekat. 7. sedia dihidang.

Resepi Daging Salai Masak Lemak Cili Api

Resepi Daging Salai Masak Lemak Cili Api Bahan-bahan 500gm daging salai 200gm cili api (dikisar) 1 biji bawang besar (dikisar) 1 ulas bawang putih (dikisar) 1/2 inci kunyit hidup (dikisar) 1 biji kelapa (di ambil santan) 1 helai daun kunyit (dihiris nipis) 4 biji kentang (dipotong 2) 2 batang serai (dititik) sedikit air Garam dan gula secukup rasa Cara Memasak 1) Rebus semua bahan yang dikisar tadi dengan sedikit air. 2) Masukkan serai dan daun kunyit yang dihiris nipis tadi. Biarkan sehingga ia masak seketika. 3) Setelah itu masukkan daging salai,santan dan juga ubi kentang,masukkan garam dan gula secukupnya. 4) Biar sehingga mendidih dan kacau seketika...sedia dihidang.......

Resepi Bebola Daging

Bebola Daging Bahan-Bahan: Bahan-bahan sos: 20 gm bawang merah 80 g bawang putih 20 g kunyit hidup 10 g lengkuas 100 g cili kering 80 g kerisik 2 sudu besar minyak ½ cawan santan pekat 1 sudu besar sos cili (yang telah dimasak) 1 sudu kecil air asam jawa 500 gm daging 100 g bawang merah 5 g serbuk lada putih 10 g serbuk lada hitam 20 g daun bawang 500 g serbuk roti 200 g tepung gandum 5 butir telur Cara: Gaul kesemua bahan-bahan iaitu daging, bawang merah daun bawang, lada putih, lada hitam dan garam.Setelah mesra dan sebati, uli perlahan-perlahan. Jemput sedikitsebesar bola pingpong dan bulatkan. Panaskan minyak dan sebelum menggoreng, golek-golekkan bebola daging dengan tepung gandum kemudian celup ke dalam telur dan akhir sekalidengan serbuk roti. Goreng sehingga garing kekuningan. Sebelum menghidang, susun aturkan bebola daging mengikut kreativiti masing-masing dan sertakan sekali sosnya. Cara membuat sos pula, kisar semua bahan kecuali kerisik. Panaskanminyak dan tumis bahan-bahan

Resepi Daging Panggang

Resepi Daging Panggang BAHAN-BAHAN : 600 gm daging (ambil bahagian yang ada lemaknya sedikit) 1 sudu besar jintan manis 1 sudu besar jintan putih 1 sudu kecil serbuk lada 4 ulas bawang merah 500 ml santan pekat 1 labu bawang besar Garam CARA MENYEDIAKAN : 1. Tumbuk bawang putih, bawang merah, jintan manis dan jintan putih. 2. Campurkan dengan santan, serbuk lada dan garam. 3. Masukkan daging dan perapkan selama satu jam. 4. Panggang daging dan semasa membakar percikkan santan menggunakan serai.

Resepi Rendang Daging Merah Utara

BAHAN-BAHAN: 1 kg daging 20 tangkai cili kering (kisar) 2 labu bawang besar (kisar) 5 ulas bawang putih (kisar) 2 sudu besar lengkuas (kisar) 2 sudu kecil jintan manis (kisar) 2 sudu kecil ketumbar (kisar) 2 sudu besar sos tomato Sedikit gula CARA MENYEDIAKAN: 1. Daging dipotong dadu dan direbus terlebih dahulu hingga empuk. Kemudian tuskan dan ketepikan. 2. Selepas itu panaskan minyak dalam kuali, masukkan semua bahan kisar. 3. Tumis sehingga naik bau dan pecah minyak dan barulah masukkan gula, garam, sos tomato dan daging. 4. Masak untuk selama 10 minit dan agak-agak dah kering dan pekat, matikan api. sumber : sajionline