Posts

Showing posts with the label sayur

Resepi Kerabu Kacang Botol

 Resepi Kerabu Kacang Botol Bahan-Bahan 1 ikat kacang botol (dihiris) 1 labu bawang merah besar (hiris halus) 8 tangkai cili padi (hiris halus) 1 tangkai lada merah 1/2 cawan udang kering (di basuh, di tumbuk dan di panggang) sedikit kerisik kelapa 2 biji limau nipis (ambil jusnya) 1 camca garam 3 camca gula Cara penyediaan 1) Celur kacang botol kemudian toskan 2)Masukkan bawang besar, cili pada, lada merah, gula, garam, kerisik & udang kering perahkan jus limau nipis, gaulkan sehingga rata. 3) Sedia dihidang

Resepi Kailan Cendawan Ikan Masin

Resepi Kailan Cendawan Ikan Masin Bahan- bahan 600 gram baby kailan 100 gram cendawan tiram 1 tangkai cili merah 3 ulas bawang merah 3 ulas bawang merah 3 ulas bawang putih (dimayang) sepotong isi ikan tenggiri masin (ditumbuk) 3 sudu besar sos tiram sedikit garam sedikit serbuk perasa sedikit minyak untuk menumis Cara Membuat 1) Potong kailan mengikut cita rasa dan bersihkan. 2) Koyakkan cendawan dan bersihkan . Tos dan ketepikan 3) Panaskan 2 sudu minyak masak dan tumis bawang sehingga garing . 4) Masukkan ikan tenggiri masin yang telah ditumbuk tadi. 5) Kemudian ,masukkan sayur kailan dan cendawan dan biarkan sehingga ia masak. 6) Taburkan bawang goreng di atasnya dan hidangkan semasa panas bersama nasi.....

Resepi Kacang Panjang Goreng Bertelur

Resepi Kacang Panjang Goreng Bertelur Bahan-bahan 100 gram kacang panjang(potong kecil) 1 biji telur 4 ulas bawang merah (hiris) 1 ulas bawang putih(hiris) garam secukup rasa Cara memasak 1) Panaskan minyak dan tumiskan bawang putih,bawang merah hingga naik bau.. 2) Masukkan kacang panjang dan gaul sebentar. 3) Masukkan telur dan gaul rata. 4) akhir sekali ,masukkan garam secukup rasa...

Resepi Kangkung Goreng Belacan

Kangkung Goreng Belacan Bahan-Bahan : 600 gm kangkung, dibersihkan dan disejatkan ½ cawan minyak untuk menumis Garam secukupnya 5 tangkai cili merah - digiling 6 biji bawang merah - digiling 6 ulas bawang putih - digiling 1 sm belacan - digiling 50 gm udang kering - digiling Cara : Panaskan minyak di dalam kuali. Tumis bahan-bahan giling hingga wangi. Kemudian masukkan kangkung dan garam. Kacau lagi hingga sebati. Apabila cukup masak baru angkat dan hidang.

Resepi Sayur Tumis

Sayur Tumis BAHAN-BAHAN : 100 gm putik jagung 50 gm brokoli 50 gm kailan 20 gm udang kering 5 ulas bawang putih 1 sudu kecil air sotong (botol) CARA MENYEDIAKAN : 1.Tumis bawang putih dan udang ke­ring hingga garing. 2.Masukkan putik jagung dan brokoli. Tumis sehingga masak. 3.Akhir sekali masukkan kailan dan dan air sotong. Tidak perlu garam, sebab air sotong dan udang dah masin sumber : sajionline

Resepi Sayur Goreng Campur

Sayur Goreng Campur BAHAN-BAHAN : 80 gm lobak merah 80 gm kubis bunga 80 gm brokoli 150 gm cendawan butang 80 gm kacang sepat 1 labu bawang besar (hiris kasar) 3 ulas bawang putih (hiris) 50 gm cili merah 50 gm cili hijau 50 gm sos tiram 20 gm tepung jagung 100 ml minyak masak Sedikit garam CARA MENYEDIAKAN : 1. Potong dan bersihkan kesemua sayur. Panaskan kuali dan tumiskan bawang besar dan bawang putih. Masukkan kesemua sayur-sayuran tadi. 2. Masukkan sos tiram dan garam. Gaul sebati. Bancuhkan sedikit tepung jagung dan tuangkan ke dalam sayur. sumber : saji online

Resepi Sayur Campur Ala Thai

Sayur Campur Ala Thai BAHAN-BAHAN : 3 ekor sotong 4 ekor udang Brokoli Kubis bunga Lobak merah Putik jagung Cili merah Cendawan butang 3 ulas bawang merah 2 ulas bawang putih Sedikit tepung jagung Sos tiram CARA MENYEDIAKAN : 1.Tumiskan bawang merah dan putih yang telah dihiris, kemudian masukkan sedikit air. 2.Masukkan sotong dan udang, biarkan seketika dan masukkan semua sayur. 3.Masukkan sos tiram, gula dan garam secukup rasa. Untuk memekatkan kuah, bancuhkan sedikit tepung jagung bersama sedikit air. 4.Biarkan sekejap dan angkat. sumber : sajionline