Posts

Showing posts with the label sambal

Resepi Sambal Tempoyak

Resepi Sambal Tempoyak Bahan-bahan 100 gm cili padi (ditumbuk kasar) 200 gm tempoyak sedikit belacan sedikit garam dan gula Cara membuat 1) campur semua bahan tadi dan dihidangkan bersama ulam-ulaman

Resepi Air Asam Utara

Air Asam Utara Bahan-Bahan: cili api - 25 biji cili hidup ( merah ) - 5 biji bawang putih - 4 ulas belacan ( 1 ½ inci x 1 ½ inci ) tomato - 2 biji( di cincang halus ) limau nipis - 2 biji kerisik - 60 gram garam Cara: 1. Tumbuk cili api dan cili hidup bersama belacan dan bawang putih serta sedikit garam sehingga lumat. 2. Masukkan ke dalam mangkuk, perah asam limau nipis, tomato dan kerisik. 3. Kacau sehingga rata. 4. Sedia untuk dihidang. Cadangan Hidangan: Boleh dicicah dengan perut rebus, ikan bakar, daging bakar dan lain-lain

Resepi Air Asam

Air Asam Bahan-Bahan: BAHAN A Asam jawa (dalam dua kerat jari) (direndam ½ cawan air suam, buang biji) 1 biji limau kasturi (besar) (dibelah dua dan dibuang biji) 8-10 cili padi kampung ½ biji tomato 1 inci belacan 1 sudu kecil kerisik 1 sudu besar gula 1 sudu kecil garam Bahan B 1-2 biji tomato 1-2 biji bawang besar Cara: 1. Pastikan asam jawa tiada biji. 2. Masukkan Bahan 'A' ke dalam blender. Jangan tambah terlalu banyak air (cukup air suam yang digunakan untuk merendam asam jawa kerana nanti air asam terlalu cair). 3. Potong tomato kecil-kecil (kiub 4. Hiris bawang. Pastikan empulur bawang dibuang. 5. Gaulkan air asam bersama tomato dan bawang besar. Cadangan Hidangan: Boleh makan bersama ikan bakar seperti cencaru. ikan terubuk, ikan pari bakar. Juga boleh dimakan dengan ulam-ulam kampung. Istimewa dengan jantung pisang abu. Caranya mudah, masak air dalam periuk dan tunggu menggelegak. Masukkan 1 sudu kecil garam. Jangan belah 2 jantung sehingga air menggelegak. Nanti jant

Resepi Acar Timun

Acar Timun Bahan-Bahan: 1 biji besar timun 1 biji lobak merah 5 batang kacang panjang 2 sudu garam ½ sudu serbuk kunyit 1 sudu biji sawi 2 sudu minyak makan 10-15 batang lada merah (dibelah dua memanjang) 20 ulas bawanng merah (duikupas kulitnya & dibiarkan seulas-seulas) 90 gm kacang tanah (digoreng & dibuang kulitnya) 1 sudu gula pasir Garam secukup rasa 1 cawan cuka Cara: Gaulkan sayur-sayuran dengan campuran kunyit & ketepikan selama 10 minit. Panaskan kuali & rendang biji sawi.Apabila ia mula meletup, masukkan minyak & sayur-sayuran. Kacau hingga cukup hangat. Masukkan bahan-bahan selebihnya & biarkan mendidih dengan tidak kacau. Angkat dari api & biarkan sejuk. Apabila diperlukan,hangat & hidangkan dengan nasi putih & lauk kurma.

Resepi Acar Jeruk

Acar Jeruk Bahan-Bahan: 2 cawan jeruk (mangga. limau atau belimbing) 1½ cawan cuka 1 sudu teh halba 2 sudu besar gula 1 sudu besar biji sawi 2 ulas bawang putih 2.5 sm halia (dihiris) Bahan giling: 20 biji cili kering 2½ sudu besar jintan putih 2.5 sm kunyit 1.2 sm halia Cara: Panaskan minyak dan tumis bawang putih, halia giling dan hiris. Angkat dan asingkan. Tumis pula bahan giling serta halba. Masukkan cuka, gula dan garam. Masukkan halia tadi serta jeruk. Kacau hingga rata barulah diangkat.

Resepi Air Asam Ikan Bakar

Resepi Air Asam Ikan Bakar Bahan-Bahan: 2 sudu teh asam jawa ½ sudu teh belacan 10 biji cili padi (dihiris) 1 biji bawang besar (dihiris) 1 biji tomato (dipotong dadu) Sedikit garam Cara: Masukkan air suam ke dalam bekas berisi asam jawa dan belacan. Ramas untuk dapatkan pati asam jawa. Buang biji asam jawa. Tambah sedikit garam dan kacau. Masukkan cili padi, bawang besar dan tomato. Jika suka, anda boleh memasak air asam ini di atas dapur sebentar supaya kepedasan cili meresap ke dalamnya

Resepi Acar Buah

Resepi Acar Buah Bahan-Bahan: 500 gm buah-buah jeruk limau, pala & sebagainya kismis, prun 15 ulas bawang putih 20 ulas bawang merah 3 cm halia (dimayang) 15-20 biji cili kering 30 sen cili padi, direndam dalam cuka 2 hari ½ cawan cuka Sedikit gula Garam Minyak untuk menumis Cara: Cili dibuang biji & digiling. Panaskan periuk & tumis minyak. Masukkan cili, kacau sampai wangi. Masukkan cuka, gula, garam & kacau rata. Masukkan bawang putih, bawang merah & halia sambil dikacau. Akhir sekali masukkan semua buah-buahan & kacau sampai rata. Bila elok masaknya, angkat & sejukkan.