Resepi Paprik Campur
Resepi Paprik Campur Bahan-bahan sedikit udang segar sedikit Sotong Isi ayam - dipotong kecil 4 ulas bawang merah (ditumbuk) 2 ulas bawang putih (ditumbuk) 1 labu bawang besar (dimayang) 2 batang serai (diketuk) beberapa helai daun limau purut 2 biji buah tomato - belah 4 5 biji cili padi - diketuk Bunga kobis, jagung muda, carrot, kacang panjang Sedikit sos tomato, sos cili, sos tiram, kicap manis Garam, gula Caranya memasak 1) Tumis bawang merah, bawang putih & cili padi tadi. 2) Masukkan semua jenis sos tadi diikuti dengan ayam, udang & sotong. 3) Biarkan mendidih sekejap dan masukkan sedikit air. 4) Masukkan serai, daun limau purut & sayuran. 5) Bila dah mendidih, masukkan pula bawang besar & tomato. 6) kemudian masukkan garam & gula secukup rasa... 7) sedia dihidang