Resepi Pulut Kuning
Resepi Pulut Kuning Bahan-Bahan: 2 cawan beras pulut (dikosek & ditoskan) air yang mencukupi untuk meliputi pulut 1 sudu serbuk kunyit (dicampurkan) 2 ulas bawang putih ¼ sudu garam 1 ¾ cawan santan 2 helai daun pandan Cara: Masukkan bawang putih ke dalam air kunyit & rendamkan beras pulut ke dalamnya selama sekurang-kurangnya 3 jam. Toskan beras itu & buangkan bawang putih itu. Satukan garam & santan dalam sebuah periuk besar. Kacaukan hingga mendidih & masukkan beras pulut & daun pandan. Teruskan mendidih selama 1 minit, Kemudian kecilkan api.Masak dengan bertutup hingga pulutnya masak & kering. Buangkan daun pandan. Isikan pulut itu ke dalam pinggan & hidangkan panas-panas dengan rendang atau singgang ayam. Cadangan Hidangan: Untuk 4-6 orang saja Tambahan: Masakkan ini dihidangkan semasa jamuan-jamuan perayaan.