Posts

Showing posts with the label sup

Resepi Sup Tulang

Resepi Sup Tulang Bahan-bahan 1 kg tulang 2 s/b minyak makan 3 s/b rempah sup/kurma [bancuh dgn air sikit] 4 biji kentang [belah 4] 1 batang carrot [potong kecil] 1 pokok daun sup dan daun bawang [hiriskan] 1 batang serai [ketuk] 2 biji tomato [belah 4] garam bawang goreng air secukupnya bahan tumbuk 7 ulas bawang merah 3 ulas bawang putih 3 sm halia 1 s/k lada hitam bahan rempah tumis 1 inci kulit kayu manis 2 kuntum bunga lawang 5 kuntum bunga cengkih 2 biji buak pelaga Cara memasak 1. Tulang dipotongkan kecil. Basuh dan toskan. 2. Panaskan minyak dan tumiskan bahan tumbuk dan rempah tumis. 3. Masukkan rempah sup/kurma, tulang, serai dan kacau rata. 4. Rebuskan sehingga daging di ulang betul-betul lembut. 5. Masukkan kentang, carrot, air dan garam. Biarkan mendideh. 6. Biarkan reneh sehingga kentang dan carrot lembut. 7. Tutup api dan masukkan tomato. 8. Masukkan dalam mangkuk hidangan dan taburkan bawang goreng dan daun sup & daun bawang.

Resepi Sup Ketam

Resepi Sup Ketam Bahan- bahan 2 ekor ketam 2 ulas bawang putih (dihiris) 2 ulas bawang merah (dihiris) 1 inci halia (dihiris) 1 biji tomato (dihiris) 1 hiris batang sup (dihiris) 1 sudu air limau nipis 1 tangkai daun sup 1 sudu teh jintan manis (dikisar) 1 sudu teh jintan putih (dikisar) 1 sudu teh lada putih (dikisar) sedikit bawang goreng sedikit daun sup 1 mangkuk air sedikit minyak sedikit garam sedikit bahan perasa Cara penyediaan 1) Tumis bahan-bahan hiris dan kisar sehingga kekuning-kuningan dan naik bau.. 2) Kemudian , masukkan air dan biarkan sehingga mendidih. 3) Masukkan ketam,garam,serbuk perasa dan air limau 4) Angkat dan taburkan daun sup dan bawang goreng . 5) Sedia dihidangkan

Resepi Sup Cendawan Campur

Resepi Sup Cendawan Campur Bahan-bahan 100 gran cendawan 30 gram kubis bunga 1 paket putik jagung 3 ulas bawang merah 2 ulas bawang putih 30 gram udang kering 2 kiub ikan bilis 1 sudu besar sos tiram 200 ml air Cara memasak 1) Hiris bawang merah dan bawang putih. Panaskan minyak dan tumiskan hingga garing dan naik bau.. 2) Tuangkan air ,udang kering dan kiub ikan bilis . 3) Kemudian masukkan cendawan, kobis bunga, dan putik jagung. 4) Akhir sekali masukkan sos tiram dan reneh hingga mendidih....

Resepi Sup Gearbox Berempah

Resepi Sup Gearbox Berempah Bahan-bahan 1 Batang Kaki Lembu (dipotong 2) 1 kg daging cincang 10-15 ulas bawang kecil 5-7 ulas bawang putih 4-6cm halia 50 - 100 gram jintan kasar 50 - 100 gram jintan halus 50 gram ketumbar 2-3 batang kayu manis 5 biji buah pelaga 7-10 biji cengkih 5- 7 kuntum bunga lawang 10-20 biji lada hitam daun sup (potong jgn terlalu halus) daun bawang (potong jgn terlalu halus) bawang goreng garam (secukup rasa) Cara memasak 1. Rebus kaki lembu dan daging cincang dan masukkan lada hitam. 2. Kisar jintan manis,jintan kasar,ketumbar,bawang kecil,bawang putih dan halia hingga hancur. 3. Panaskan minyak dan tumiskan kayu manis,buah pelaga,bunga lawang dan cengkih hingga wangi. 4. Kemudian masukkan bahan yang dikisar tadi dan tumis hingga agak garing dan naik bau. 5. Setelah itu masukkan bahan yang ditumis (kalau boleh jangan ambil minyak tumisan kerana tidak mahu sup terlampau berminyak) tadi kedalam periuk dan masukkan garam. Biarkan sehingga daging empuk. Pastikan a

Resepi Sup Soto

Resepi Sup Soto Bahan-Bahan: 1 ekor ayam 1 inci kulit kayu manis 2 biji buah pelaga 3 cm halia 1 bungkus sup bunjut Sedikit bunga lawang 5 sudu besar minyak masak 3 ulas bawang putih 5 ulas bawang merah Sedikit daun sup dan daun bawang Sedikit garam Cara: Panaskan minyak masak dan tumis semua bahan-bahan, kulit kayu manis, buah pelaga dan bunga lawang. Apabila sudah naik bau masukkan bawang putih, bawang merah dan halia sehingga kelihatan kekuningan. Masukkan air dan biarkan sehingga mendidih. Selepas itu masukkan sup bunjut. Masukkan ayam dan biar sehingga ayam betul-betul masak. Akhir sekali, masukkan daun sup dam daun bawang.

Resepi Mushroom soup (sup cendawan)

Mushroom soup (sup cendawan) B ahan-bahan 1 keping dada ayam 150ml air 500ml susu segar 1 ketul kiub ayam cendawan butang (dihiris kecil-kecil) garam 1 cawan tepung gandum Cara-caranya 1. Potong ayam kecil-kecil. kemudian rebus ayam tadi sehingga empuk 2. Kemudian masukkan susu dan kiub ayam. kacau biar sebati dan pastikan menggunakan api yg perlahan. 3. Seterusnya masukkan cendawan butang yg dihiris 4. Masukkan bancuhan tepung dan kacau sehingga pekat. 5. Tambahkan sedikit garam.

Resepi Calong Sup Bebola Ikan

Calong/Sup Bebola Ikan Terengganu Bahan-Bahan Ikan Tenggiri atau Selayang/Sardin atau kembung Secubit Garam Bahan A 1 biji bawang besar 3 ulas bawang putih 2 kuntum cengkih 2 kuntum bunga lawang 1 batang kayu manis Air Garam Serbuk perisa (jika suka) Suhun dan fucuk(jika suka) Kentang dipotong dadu (jika suka) Cara Cara membuat bebola ikan Jika menggunakan ikan tenggiri, potong ikan berbentuk kiub/dadu. Jika ikan sardin/kembung,siang ikan, buang perut dan kepala. Bersihkan ikan, hiris isi ikan dari arah ekor ke kepala. Ambil isinya dan buang tulang besar. Dengan dry mill blender/pengisar kering, kisar ikan ini. Jangan tambah air.Ikan dan garam disatukan, kemudian bulat-bulatkan adunan ikan ini. Buat hingga habis dan ketepikan. Cara Membuat Sup Panaskan minyak dalam periuk, kemudian tumiskan bahan A hingga naik bau. Setelah naik bau tumisan masukkan air dan kentang. Tunggu hingga menggelegak, baru masukkan bebola ikan. Suaikan rasa sup ini dengan memasukkan garam/serbuk pe

Resepi Bihun Sup

Bihun Sup Bahan-Bahan 600 gm tulang daging 300 gm tauge 600 gm bihun 150 gm kacang tanah 6 labu bawang merah 4 sudu besar minyak 3 sudu besar cili mesin 1 sudu besar lobak masin 1 pokok daun saderi 1 pokok daun bawang 2 biji asam limau 2 biji cili merah 4 keping tauhu Garam secukup rasa Gula secukup rasa Cara Potong daun saderi dan daun bawang sepanjang 1.5 cm. Bersihkan tulang dan rebus bersama garam. Masukkan 1 sudu besar daun bawang dan daun saderi. Masak selama 1 jam. Celur bihun dan ketepikan. Celur tauge dan lobak masin. Ketepikan. Mayang bawang merah dan goreng. Goreng tauhu dan apabila masak hiris nipis-nipis. Goreng kacang tanah tanpa minyak. Tumbuk atau mesin hingga halus. Panaskan 1 sudu teh minyak dalam kuali dan tumis cili mesin. Masukkan garam dan gula. Angkat dan ketepikan. Apabila menghidang elok disediakan mangkuk berasingan bagi setiap orang. Masukkan bihun, taburkan daun saderi, daun bawang, bawang goreng, tauhu, lobak masin dan tauge. Tuangkan kuah ke atas bi

Resepi Sup Ayam

Sup Ayam Bahan-Bahan : 1 ekor ayam (disiang,asingkan kulit & lemaknya,ketepikan) 1 sudu kicap cair Garam & lada sulah secukup rasa 2 kuntum bunga lawang 5 cm kulit kayu manis 3 kuntum bunga cengkih 2 labu sedang bawang 4 ulas bawang putih 2.5 cm halia (dikikis kulitnya & biarkan sebuku 4 cawan air ] 250 gm ubi kentang (dipotong dadu kecil-kecil) Garam secukup rasa Bawang merah goreng Daun bawang dicincang Daun sup yang dicincang Lada-lada hiris yang telah dijeruk Cara : Potongkan ayam kepada ketulan-ketulan & perasakan dengan campuran kicap. Perapkan selama 15-20 minit. Panaskan kulit & lemak yang telah diketepikan itu di atas api yang besar.Dapatkan minyaknya & tapis. Tuangkan ke dalam periuk lain.Pijarkan atas api yang sederhana & masukkan rempah-rempah kering. Tumis selama 1-2 minit,kemudian masukkan bawang,bawang putih & halia. Goreng hingga layu.Besarkan api.Masukkan ayam & bahan perasa selebihnya.Goreng hingga rata kuningnya,kemudian kecilk