Posts

Showing posts with the label dalca

Resepi Dalca

Resepi Dalca BAHAN-BAHAN 150 gm kacang dal 500 ml santan 4 sudu  rempah kari 2 biji terung bulat – di potong lapan 2 batang kacang panjang – di hiris kecil 1 batang lobak merah – dihiris kecil 4 biji kentang  -  dipotong empat garam dan bahan-bahan perasa secukupnya BAHAN KISAR 25 gm cili kering 50 gm bawang merah 25 grm bawang putih CARA MEMASAKNYA : 1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan ksar hingga garing dan naik bau 2. Masak rempah kari dan biarkan seketika 3. Setelah garing masukkan ,air ,kacang dal ,kentang dan lobak merah ,kacau rata. 4. setelah sayur empuk masukkan santan, kacang panjang dan terung 5. Perasakan dengan garam dan bahan perasa secukupnyadan biarkan mendidih 6. apabila kuah pekat ,angkat dan hidangkan

Resepi Dalca Tulang

Resepi Dalca Tulang BAHAN – BAHAN : 4 Biji terung 3 Batang lobak merah 4 biji ubi kentang 250 gm kacang panjang 1 kg santan 1 bungkus rempah kari daging 500 gm kacang dal (di rebus lembut dan di kisar ) 500 gm tulang lembu  (rebus ) 400 ml air minyak untuk menumis garam BAHAN MAYANG : 5 ulas bawang merah 3 ulas bawang putih 3 cm halia BAHAN  TUMIS : 3 Cm kulit kayu manis 5 kuntum bunga cengkih 3 kuntum bunga lawang 4 helai daun kari CARA MENYEDIKANNYA : 1. Panaskan minyak dalam api yang sederhana . 2. Tumis bahan mayang dan bahan penumis hingga naik bau .Masukkan rempah kari dan kacau hingga naik minyak 3. Masukkan tulang lembu da biarkan seketika .Tuangkan santan. Apabila sudah mendidih masukan terung ,lobak merah .kacang panjang dan kacang buncis 4. Tuangkan asam air jawa dan garam secukup rasa. Masukkan kacang dal dan air .Kacau hingga sebati 5. Masukkan ubi kentang dan perlahankan api