Posts

Showing posts with the label mee

Resepi Mee Udang

Resepi Mee Udang Bahan bahan 500 gm mee 50 gm udang basa 60 gm isi ayam panggang 65 gm kek ikan 50 gm tauge 50 gm kangkung 10 gm daun bawang 10 gm bawang goreng 20 gm pes udang 1 liter air garam dan serbuk perasa secukup rasa Bahan Pes Udang 200 gm udang 50 gm bawang putih 60 gm cili kering 80 gm bawang merah garam dan gula Cara menyediakan Pes udang Kisar semua bahan dan tumis sehingga kering Cara Memasak 1) Isikan air kedalam periuk dan masukkan pes udang.Biarkan mendidih dan masukkan garam secukup rasa. 2) Celur mi,kangkung,kek ikan,telur puyuh,bebola ikan,udang,ayam dan tauge. 3) Kemudian masukkan ke dalam mangkuk. 4) Curahkan kuah udang dan hiaskan dengan daun bawang dan bawang goreng.

Resepi Mee Rebus

Resepi Mee Rebus Bahan - bahan 160gm Udang 20gm Bawang merah (kisar) 30gm Cili kering (kisar) 10gm Bawang putih (kisar) 30gm Rempah kari daging 3batang Serai (titik) 300gm Daging atau ayam 600gm Mee kuning (celur) 200gm Tauge 3biji Telur rebus 4keping Tauhu goreng 5biji Limau kasturi 50gm Daun sup dan daun bawang 100gm cili hiris Garam dan serbuk perasa minyak untuk menumis Cara menyediakan: 1. Panaskan minyak,masukkan serai dan bahan-bahan yang dikisar. Biarkan hingga naik minyak. Masukkan kari yang digaul dengan air. Masukkan daging atau ayam dan air. 2. Biarkan sehingga lauk betul betul masak dan kuah menjadi pekat. 3. Masukkan garam dan serbuk perasa. Pastikan kuah tadi tidak terlalu pekat. Ini kerana apabila sejuk ia menjadi lebih pekat. Setelah masak,hidangkan bersama mee.

Resepi Mee Kari

Resepi Mee Kari Bahan-bahan 300gm mee 100gm udang basah (buang kulit) 100gm isi ayam yang sudah di masak 10biji telur puyuh 10biji bebola ikan 50gm kek ikan 20gm tauge 30gm kerang (rebus) 10gm daun bawang 10gm bawang goreng 30gm pes kari 1liter santan garam dan serbuk perasa secukupnya Bahan pes kari 60gm serbuk kari 50gm bawang putih 80gm bawang merah gula dan garam 40gm cili kering Cara menyediakan 1.Kisar semua bahan,tumis hingga kering dan masukkan serbuk kari ke dalam periuk. 2. Kemudian masukkan santan dan bahan perasa secukupnya,biarkan mendidih. setelah cukup rasa, boleh lah di angkat. 3. Celur mee,udang,kerang,kek ikan,bebola ikan,tauge dan telur. 4. Kemudian masukkan ke dalam mangkuk. Curahkan kuah mee yang telah di masak tadi. 5. Hiriskan dengan daun bawang dan bawang goreng.

Resepi Mee Hailam

Resepi Mee Hailam Bahan-Bahan: ½ kilo mee kuning 3 ulas bawang putih, ditumbuk 3 sudu besar minyak masak 2 sudu besar tepung jagung 4 sudu besar sos tiram 1 sudu teh serbuk pati ayam 2 ½ cawan air 100 gm daging 100 gm ayam 6 ekor udang sederhana besar 2 ekor sotong, dipotong bulat ½ batang carrot, dipotong bulat 1 pokok sawi, dipotong 4 batang jagung muda, dipotong memanjang 5 biji cendawan butang, dipotong dua 4 biji cili padi diketuk ½ sudu teh serbuk lada putih Garam dan gula secukup rasa Cara: Panaskan minyak. Tumis bawang putih sehingga kekuningan. Masukkan tepung jagung. Kacau sebentar. Kemudian masukkan air, sos tiram dan serbuk pati ayam. Apabila kuah mendidih, masukkan daging, ayam, udang dan sotong. Kemudian, masukkan garam, gula dan serbuk lada putih secukup rasa. Apabila sudah empuk, masukkan lobak merah, sawi, jagung muda, cendawan butang dan cili padi. Kacau selama 2 minit.

Resepi Bihun Sup

Bihun Sup Bahan-Bahan 600 gm tulang daging 300 gm tauge 600 gm bihun 150 gm kacang tanah 6 labu bawang merah 4 sudu besar minyak 3 sudu besar cili mesin 1 sudu besar lobak masin 1 pokok daun saderi 1 pokok daun bawang 2 biji asam limau 2 biji cili merah 4 keping tauhu Garam secukup rasa Gula secukup rasa Cara Potong daun saderi dan daun bawang sepanjang 1.5 cm. Bersihkan tulang dan rebus bersama garam. Masukkan 1 sudu besar daun bawang dan daun saderi. Masak selama 1 jam. Celur bihun dan ketepikan. Celur tauge dan lobak masin. Ketepikan. Mayang bawang merah dan goreng. Goreng tauhu dan apabila masak hiris nipis-nipis. Goreng kacang tanah tanpa minyak. Tumbuk atau mesin hingga halus. Panaskan 1 sudu teh minyak dalam kuali dan tumis cili mesin. Masukkan garam dan gula. Angkat dan ketepikan. Apabila menghidang elok disediakan mangkuk berasingan bagi setiap orang. Masukkan bihun, taburkan daun saderi, daun bawang, bawang goreng, tauhu, lobak masin dan tauge. Tuangkan kuah ke atas bi

Resepi Char Kue Teaw

Char Kue teau Bahan-Bahan : 1 bungkus kueteau 3 pohon daun kuchai dipotong ½ inc 2 sudu cili boh sedikit kerang sedikit tauge 1 tauhu basah ( kalau mahu ) 4 ulas bawang putih di ketuk 2 biji telur Sedikit garam 4 sudu besar kicap manis ½ sudu teh cuka ½ cawan air sedikit minyak Cara : Panas minyak masukkan bawang putih hingga berbau wangi masukkan cili boh dan tumis.masukkan 1 sudu kicap dahulu. kemudian masukkan air tadi. masukkan cuka masukkan telur sebiji dan tahu. apabila mendidih masukkan kueteu masukkan 3 sudu kicap lagi gaul hingga rata masukkan sebiji telur lagi. kemudian masukkan tauge dan daun kucai . biarkan 20 saat pastu hidang pastikan jangan terlalu kering biar basah aje