Monday, January 18, 2010

Resepi Sotong Rangup

Sotong Rangup

BAHAN-BAHAN
:

400 gm sotong (potong bulat)

minyak untuk menggoreng

1 sudu besar serbuk kari

1 sudu besar serbuk kunyit

250 gm tepung jagung

2 biji telur

250 ml air

1 sudu kecil serbuk lada sulah

garam secukup rasa

CARA MENYEDIAKAN:

Pecahkan telur kemudian campurkan bersama tepung jagung, serbuk kari, kunyit, garam dan serbuk lada sulah. Masukkan sedikit air dan bancuh sebati dan pekat. Apabila ingin menggoreng celupkan sotong ke dalam adunan ini dan goreng satu persatu. Kemudian angkat dan hidangkan bersama sos cili.

sumber : sajionline

No comments:

Koleksi Resepi Kegemaran Dari Berbagai Sumber Rujukan Dan Internet Untuk Di Kongsi Bersama