Sunday, January 17, 2010

Resepi Ikan Bawal Putih Kukus Asam Boi

BAHAN-BAHAN:

1 ekor ikan bawal putih

2 cm halia (hiris halus)

200 gm cendawan hitam (hiris)

250 gm daging ayam (hiris)

2 sudu besar sos tiram

1 sudu besar kicap cair

6 biji asam boi (rendam dengan setengah gelas air)

Sedikit gula

Minyak bawang goreng

Bawang goreng

Daun bawang

Cili merah

CARA MENYEDIAKAN:

1. Bersihkan ikan dan letakkan di atas pinggan. Taburkan asam boi dan tuangkan airnya.

2. Juga ditaburkan halia, cendawan hitam dan daging ayam. Masukkan gula dan sos tiram secukup rasa.

3. Kukuskan ikan selama 10 minit. Setelah masak, taburkan sedikit daun bawang dan cili besar yang dihiris panjang serta minyak bawang goreng.

sumber : sajionline.

No comments:

Koleksi Resepi Kegemaran Dari Berbagai Sumber Rujukan Dan Internet Untuk Di Kongsi Bersama