Posts

Showing posts from February, 2011

Resepi Rendang Tok

Resepi Rendang Tok Bahan-bahan 1.5kg Daging lembu (di potong dadu) 1/2 cawan Minyak masak 200g Kerisik 700ml Santan 100g kerisik 20 g Bunga Kantan ( di kisar) 10g Daun kesom ( di kisar ) 60ml Air Asam Jawa 100g Bawang besar (dikisar) 30g Halia ( di kisar ) 30g Bawang putih ( di kisar) 100g Lengkuas ( di kisar ) 20 g Kunyit segar ( di kisar ) 200g cili kering ( dikisar ) 50g Serai ( di kisar ) 30 g Belacan 20g Daun Kunyit (dihiris) 15g Daun Limau Purut 10g Daun Salam 200g Gula Melaka 100g Gula Pasir 40 g Garam secukup rasa REMPAH DI KISAR 10g Bunga Lawang 20g Kulit Kayu Manis 20g Buah pelaga 15g Bunga Cengkih 30g Jintan Manis 20g Jintan Putih 10g Ketumbar 30g Serbuk buah pala Cara memasak 1) Panaskan minyak tumis bahan yang di kisar hingga naik bau. Masukan rempah,cili kering dan kacau lagi hingga pecah minyak. 2) Masukkan separuh santan dan kacau hingga pekat. Kemudian masuk daging dan kacau hingga kering dan pekat. 3) Kemudian masukan lebihan santan dan kemudian isi kelapa tua, air as

Resepi Kerabu Sotong

Resepi Kerabu Sotong Bahan-bahan 1 kg sotong (dikelar dan direbus) 2 ulas bawang putih (ditumbuk halus) 5 tangkai cili api (dihiris halus) 2 biji limau nipis (ambil jus) 4 camca sedang sos ikan 2 biji bawang besar (dihiris) 3 batang serai (dihiris) 2 biji tomato (dihiris) 1 batang kacang panjang (dihiris) 1 kuntum bunga kantan (dihiris) 1 helai daun limau purut (dihiris) 1/2 batang lobak merah (disagat) Cara membuat 1) Campurkan kesemua bahan dan gaul sehingga rata. 2) Sedia untuk dihidangkan

Resepi Kerabu Perut

Resepi Kerabu Perut Bahan-bahan 500 gram perut ( di rebus sampai empuk) 5 biji cili padi (dihiris) 1 batang serai (dihiris) 1 biji cili masak (dihiris) 6 biji bawang merah 1 biji tomato (di potong dadu) limau nipis (diambil jus) gula garam daun sup Cara Penyediaan 1) Masuk kan semua bahan tadi kecuali tomato..dan gaul kan sehingga sebati bersama perahan air limau.. 2) Kemudian baru lah di masuk kan tomato tadi,dan gaul kan lagi.. 3) sedia di hidang kan..

Resepi Kerabu Kacang Botol

 Resepi Kerabu Kacang Botol Bahan-Bahan 1 ikat kacang botol (dihiris) 1 labu bawang merah besar (hiris halus) 8 tangkai cili padi (hiris halus) 1 tangkai lada merah 1/2 cawan udang kering (di basuh, di tumbuk dan di panggang) sedikit kerisik kelapa 2 biji limau nipis (ambil jusnya) 1 camca garam 3 camca gula Cara penyediaan 1) Celur kacang botol kemudian toskan 2)Masukkan bawang besar, cili pada, lada merah, gula, garam, kerisik & udang kering perahkan jus limau nipis, gaulkan sehingga rata. 3) Sedia dihidang

Resepi Kari Kepala Ikan

Resepi Kari Kepala Ikan Bahan-bahan 1 ekor kepala ikan merah (belah dan bersihkan) 15 ulas bawang merah (kisar) 5 ulas bawang putih (kisar) 20 gram buah keras (kisar) 20 gram halia (kisar) 5 tangkai cili kering (kisar) 1 batang serai (titik) 1 sudu kecil halba campur 1 tangkai daun kari 24 gram rempah kari 60 gram santan 30 gram asam jawa setengah liter air 1 biji tomato 6 biji bendi 1 biji terung garam gula Cara Memasak 1) Panaskan minyak dan masukkan halba campur,daun kari dan serai hingga naik bau.. 2) Seteruskan, masukkanbawang merah,bawang putih,buah keras,halia, dan cili kering.Gaul hingga naik bau.. 3) Kemudian ,campurkan santan, ,asam jawa, rempah kari, dan daun kari. 4) Masukkan kepala ikan merah yang telah dibersihkan . kemudian masukkan juga terung,bendi, dan tomato. 5) Biarkan mendidih dan masukkan sedikit gula dan garam secukup rasa.

Resepi Kailan Cendawan Ikan Masin

Resepi Kailan Cendawan Ikan Masin Bahan- bahan 600 gram baby kailan 100 gram cendawan tiram 1 tangkai cili merah 3 ulas bawang merah 3 ulas bawang merah 3 ulas bawang putih (dimayang) sepotong isi ikan tenggiri masin (ditumbuk) 3 sudu besar sos tiram sedikit garam sedikit serbuk perasa sedikit minyak untuk menumis Cara Membuat 1) Potong kailan mengikut cita rasa dan bersihkan. 2) Koyakkan cendawan dan bersihkan . Tos dan ketepikan 3) Panaskan 2 sudu minyak masak dan tumis bawang sehingga garing . 4) Masukkan ikan tenggiri masin yang telah ditumbuk tadi. 5) Kemudian ,masukkan sayur kailan dan cendawan dan biarkan sehingga ia masak. 6) Taburkan bawang goreng di atasnya dan hidangkan semasa panas bersama nasi.....

Resepi Kacang Panjang Goreng Bertelur

Resepi Kacang Panjang Goreng Bertelur Bahan-bahan 100 gram kacang panjang(potong kecil) 1 biji telur 4 ulas bawang merah (hiris) 1 ulas bawang putih(hiris) garam secukup rasa Cara memasak 1) Panaskan minyak dan tumiskan bawang putih,bawang merah hingga naik bau.. 2) Masukkan kacang panjang dan gaul sebentar. 3) Masukkan telur dan gaul rata. 4) akhir sekali ,masukkan garam secukup rasa...

Resepi Ikan Siakap Kukus ala Thai

Resepi Ikan Siakap Kukus ala Thai Bahan-bahan ikan siakap serai bawang putih bawah besar stok ayam air limau nipis tanpa biji cili padi gula secukup rasa daun sup satu sudu teh sedikit tepung jagung 2 cawan air Cara Penyediaan 1) Masukkan stok ayam yang yang dicampur dgn dua cawan air kedalam kuali dgn api yang sederhana. 2) Ketuk Serai, bawang putih Masukkan tepung jagung , campuran air limau nipis tanpa biji bersama gula semua bahan ini di masukkan dlm stok ayam yang mendidih di atas dapur masukkan ikan siakap yang segar dan siap di kelar ke dlm kuali tadi tabur hirisan cili pada dan daun sup dan hiriasn bawang besar tutup kuali sehingga masak dan 3) sedia dihidangkan

Resepi Ikan Percik

Resepi Ikan Percik Bahan-bahan 3 ekor ikan kembung 2 biji kelapa(ambil santannya) 10 biji cili kering 10 ulas bawang merah Sedikit halia 1 batang serai Sedikit belacan 1 camca besar gula 2 camca besar air asam jawa Sedikit kunyit (ditumbuk) Garam secukup rasa Cara memasak 1) Ikan dibersihkan kemudian dikelar-kelar kedua belah badannya. Setelah itu lumurkan dengan garam dan kunyit. 2) kemudian bakarlah di atas dapur arang sehingga separuh masak. Biarkan sementara di atas dapur Cara membuat kuah percik 1) Bawang merah, cili kering dan halia digiling hingga lumat bersama belacan. Serai diketuk sedikit, setelah itu masukkan bahan-bahan ini di dalam periuk bersama santan. 2) Masukkan juga air asam jawa, gula dan garam. 3)Masak di atas api yang perlahan hingga pekat kuahnya. Kemudian angkat, ambil kuahnya dan sapu ke atas ikan yang dipanggang tadi. 4) Bila sudah kuning, balikkan dan lumurkan lagi dengan kuahnya di bahagian sebelah lagi. Buatlah sebegini hingga ikan tadi masak dan kuahnya mel

Resepi Ayam Beriani

Resepi Ayam Beriani Bahan-bahan 1 Ekor ayam 15 Ulas bawang merah (kisar) 6 Ulas bawang putih 5cm Halia (kisar) 3 Sudu besar rempah beriani 3 Sudu kecil tomato puri 4 Sudu besar minyak sapi 150ml Susu cair 100ml Air garam dan gula Cara menyediakan 1.Tumiskan bahan kisar dengan minyak sapi hingga naik bau 2.Masukkan rempah beriani dan tomato puri tadi 3.setelah pecah minyak masukkan ayam,gula dan garam 4.Masukkan sedikit air dan susu cair 5.Tunggu sehingga mendidih pekat...taburkan daun sup....

Resepi Rendang Arnab

Resepi Rendang Arnab BAHAN-BAHANNYA : 1ekor arnab 1 sudu besar kunyit serbuk 2 sudu besar serbuk cili 5 ulas bawang merah 4 ulas bawang putih 1 in halia 1in lengkuas 1/2 biji kelapa dijadi kan kerisik 2 batang serai 1 biji kelapa-ambil 2 mangkuk santan pekat 1 senduk minyak masak CARA MEMBUATNYA : 1. Arnab di potong dan dibersihkan, .Bawang merah,bawang putih,halia,lengkuas ditumbuk halus Serai dititik 2. Panaskan minyak dan tumis bahan yang telah ditumbuk hingga wangi dan barulah dimasuk kan daging dan garam secukup rasa 3. Kemudian masukkan pati santan. Kacau supaya semuanya sebati, dan biarkan kuahnya menjadi kering

Resepi Daging Arnab Goreng Lada Hitam

Resepi Daging Arnab Goreng Lada Hitam BAHAN-BAHANNYA: 300 daging arnab 3 gm lada hitam 3 gm soya soya sauce 10 gm sos tiram 5 gm halia muda 5 gm bawang putih 80 gm mentega 5 gm gula 10 gm black soya sauce 30 cc air 5 gm hirisan bawang besar 5 gm bawang besar CARA MEMBUATNYA: 1. Daging arnab dibersih menggunakan tepung untuk membuang baunya 2.Panaskan minyak dan goreng arnab hingga masak, Angkat dan toskan 3. Panaskan mentega ,kemudian tumis halia,bawang putih dan bawang besar,yang di tumbuk hingga naik bau. 4. Masukkan lada hitam yang ditumbuk gula,black sauce,soya sauce,sos tiram dan air . 5. Kacau hingga semuanya sebati dan pekat ,masukkan hirisan bawang besar. 6. Setelah kuah jadi pekat masukkan daging arnab yang telah digoreng. 7. Biarkan hingga kering dan angkat. Hidangkan ketika masih panas.

Resepi Rendang Pedas Daging Arnab

Resepi Rendang Pedas Daging Arnab BAHAN-BAHANNYA : 1 kg daging arnab 4 helai daun kunyit 2 keping asam gelugor 2 biji kelapa 20 tangkai cili kering 10 ulasa bawang merah 5 ulas bawang putih 3 batang serai CARA MEMBUATNYA : 1. Daging dibilas dan ditos airnya. Ambil setengah kelapa di buat kerisik. Selebihnya diambil santan secukupnya 2. cili kering ditumbuk halus .bawang merah dimayang halus begitu juga dengan bawang putih di mayang halus. 3.Daun kunyit dan serai dipotong halus .Kesemua bahan tadi dimasukkan kedalam periuk bersama dengan arnab. Setelah mendidih masukkan asam keping, daun kunyit,dan garam secukup rasa 4.biarkan hingga kuah jadi kering.

Resepi Kerutub Arnab

Resepi Kerutub Arnab BAHAN-BAHANNYA : 1 ekor arnab 3 bungkus rempah kerutub 10 bawang merah 3 ulas bawang putih 2 inci lengkuas 1/2 in halia 1 biji kelapa-ambil 2 mangkuk santan 4 sudu kerisik 10 cbiji cili kering -dijadikan 3 sudu ciliboh 2 biji cili hijau kunyit,gula merah,air asam limau nipis,garam ,gula ,pasir ,dan air asam jawa CARA MEMBUATNYA : 1. Bawang merah ,baswang putih, halia ,cili,kunyit dan,lengkuas dikisar hingga halus. Arnab dipotong dan dibersihkan 2. Santan dimasak hingga pecah minyak dan masukkan semua bahan yang sudah dikisar Masukkanrempah kerutub,air asam jawa,air limau nipis,gula melaka dan gula. kacau supaya semua sebati 3. Setelah kering angkat dan hiaskan dengan tomato dan sos cili

Resepi Dalca

Resepi Dalca BAHAN-BAHAN 150 gm kacang dal 500 ml santan 4 sudu  rempah kari 2 biji terung bulat – di potong lapan 2 batang kacang panjang – di hiris kecil 1 batang lobak merah – dihiris kecil 4 biji kentang  -  dipotong empat garam dan bahan-bahan perasa secukupnya BAHAN KISAR 25 gm cili kering 50 gm bawang merah 25 grm bawang putih CARA MEMASAKNYA : 1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan ksar hingga garing dan naik bau 2. Masak rempah kari dan biarkan seketika 3. Setelah garing masukkan ,air ,kacang dal ,kentang dan lobak merah ,kacau rata. 4. setelah sayur empuk masukkan santan, kacang panjang dan terung 5. Perasakan dengan garam dan bahan perasa secukupnyadan biarkan mendidih 6. apabila kuah pekat ,angkat dan hidangkan

Resepi Dalca Tulang

Resepi Dalca Tulang BAHAN – BAHAN : 4 Biji terung 3 Batang lobak merah 4 biji ubi kentang 250 gm kacang panjang 1 kg santan 1 bungkus rempah kari daging 500 gm kacang dal (di rebus lembut dan di kisar ) 500 gm tulang lembu  (rebus ) 400 ml air minyak untuk menumis garam BAHAN MAYANG : 5 ulas bawang merah 3 ulas bawang putih 3 cm halia BAHAN  TUMIS : 3 Cm kulit kayu manis 5 kuntum bunga cengkih 3 kuntum bunga lawang 4 helai daun kari CARA MENYEDIKANNYA : 1. Panaskan minyak dalam api yang sederhana . 2. Tumis bahan mayang dan bahan penumis hingga naik bau .Masukkan rempah kari dan kacau hingga naik minyak 3. Masukkan tulang lembu da biarkan seketika .Tuangkan santan. Apabila sudah mendidih masukan terung ,lobak merah .kacang panjang dan kacang buncis 4. Tuangkan asam air jawa dan garam secukup rasa. Masukkan kacang dal dan air .Kacau hingga sebati 5. Masukkan ubi kentang dan perlahankan api

Resepi Sup Gearbox Berempah

Resepi Sup Gearbox Berempah Bahan-bahan 1 Batang Kaki Lembu (dipotong 2) 1 kg daging cincang 10-15 ulas bawang kecil 5-7 ulas bawang putih 4-6cm halia 50 - 100 gram jintan kasar 50 - 100 gram jintan halus 50 gram ketumbar 2-3 batang kayu manis 5 biji buah pelaga 7-10 biji cengkih 5- 7 kuntum bunga lawang 10-20 biji lada hitam daun sup (potong jgn terlalu halus) daun bawang (potong jgn terlalu halus) bawang goreng garam (secukup rasa) Cara memasak 1. Rebus kaki lembu dan daging cincang dan masukkan lada hitam. 2. Kisar jintan manis,jintan kasar,ketumbar,bawang kecil,bawang putih dan halia hingga hancur. 3. Panaskan minyak dan tumiskan kayu manis,buah pelaga,bunga lawang dan cengkih hingga wangi. 4. Kemudian masukkan bahan yang dikisar tadi dan tumis hingga agak garing dan naik bau. 5. Setelah itu masukkan bahan yang ditumis (kalau boleh jangan ambil minyak tumisan kerana tidak mahu sup terlampau berminyak) tadi kedalam periuk dan masukkan garam. Biarkan sehingga daging empuk. Pastikan a

Resepi Udang Sambal Petai

Resepi Udang Sambal Petai Bahan 500 gm udang 200gm petai (dikopek kulitnya) 1 biji bawang holland (dihiris nipis) 2 biji bawang besar (dikisar) 2 ulas bawang putih (dikisar) 5 tangkai cili kering (dikisar) 5 tangkai cili merah (dikisar) Gula dan garam secukup rasa Cara memasak 1) Semua bahan yang dikisar tadi ditumis sehingga naik bau. 2) Setelah itu ,masukkan udang dan petai 3)Masukkan garam dan gula secukup rasa,biarkan sehingga pekat 4) Setelah itu ,masukkan bawang holland yang dihiris, Angkat dan sedia dihidang.

Resepi Udang Galah Masak Lemak Cili Api

Resepi Udang Galah Masak Lemak Cili Api Bahan 500 gm udang galah 200gm cili api (dikisar ) 2 biji bawang besar (dikisar) 2 ulas bawang putih (dikisar) 1/2 inci kunyit hidup (dikisar) 2 biji buah keras (dikisar) 1 biji kelapa (diambil santan) 2 batang serai (dititik) 1 helai daun kunyit sedikit air Garam dan gula secukup rasa Bahan Hiasan 3 tangkai kacang panjang (dipotong) kecil2 Cara memasak 1) Rebus semua bahan yang dikisar tadi dgn sedikit air 2) Masukkan serai dan daun kunyit 3) Setelah itu,masukkan udang galah dan santan 4) Kemudian ,biar sehingga mendidih dan kacau seketika,Masukkan garam dan gula 5) Setelah kuah masak, masukkan kacang panjang yang dipotong tadi. 6) sedia dihidangkan......

Resepi Siput Sedut Masak Lemak Cili Api

Resepi Siput Sedut Masak Lemak Cili Api Bahan-Bahan 500 gm siput sedut 100 gm daun kesum 200 gm cili api (dikisar) 2 biji bawang besar (dikisar) 2 ulas bawang putih (dikisar) 1/2 kunyit hidup (dikisar) 2 biji buah keras (dikisar) 2 atang serai (dititik) 1 helai daun kunyit sebiji kelapa (diambil santan) 2 keping asam keping sedikit air garam dan gula secukup rasa cara memasak 1) Rebus semua bahan yang dikisar dgn sedikit air. 2) Masukkan serai dan daun kunyit. Biarkan sehingga ia masak seketika. 3) Setelah itu masukkan santan dan biarkan sehingga masak selepas itu masukkan siput sedut. 4) Kemudian masukkan garam dan gula secukup rasa.Biarkan sehigga mendidih dan kacau seketika.setelah itu masukkan daun kesum.. 5) Angkat dan sedia dihidangkan...

Resepi Sambal Tempoyak

Resepi Sambal Tempoyak Bahan-bahan 100 gm cili padi (ditumbuk kasar) 200 gm tempoyak sedikit belacan sedikit garam dan gula Cara membuat 1) campur semua bahan tadi dan dihidangkan bersama ulam-ulaman

Resepi Ayam Percik Kelantan

Resepi Ayam Percik Kelantan bahan bahan 1 ekor ayam dibelah 4 1 biji kelapa (diambil santan) 1 keping asam gelugor minyak masak serbuk kunyit sedikit tepung beras garam gula bahan bahan yang dikisar 2 biji bawang putih 5 biji bawang merah 3 biji cili kering sedikit halia cara cara penyediaan perasakan ayam dgn garam dan serbuk kunyit, kemudian bakar ayam sehingga masak. cara penyediaan kuah percik campurkan santan bersama bahan bahan yang dikisar,masak diatas api yg sederhana hingga santan masak,masukkan asam keping ,garam dan gula secukup rasa,masukkan sedikit tepung berasa utk memekatkan kuah... tuangkan diatas ayam yg telah di bakar tadi,..sedia untuk dihidang..

Resepi Ayam Kerutuk

Resepi Ayam Kerutuk Bahan-bahan: 1 ekor ayam - bersihkan, buang kulit & potong kecil atau boleh juga dibelah empat 2 sudu makan rempah kari - bancuh dengan sedikit air 2 sudu makan rempah kurma - bancuh dengan sedikit air 2 cawan santan 1 sudu makan kerisik 3 sudu makan minyak untuk menumis bahan kisar: 2 biji buah keras 2 cm halia 2 cm lengkuas 3 batang serai 5 ulas bawang merah 3 ulas bawang putih Cara Penyediaan: Tumiskan bahan yang telah dikisar sehingga garing. Masukkan rempah dan kacau sehingga mesra. Masukkan ayam, kerisik, garam gula dan santan. Biarkan sehingga mereneh. Masak sehingga ayam menjadi lembut dan kuah menjadi pekat. Pastikan kacau sekali-sekala. Tup api dan sedia untuk dihidangkan panas dengan nasi

Resepi Asam Pedas Ayam

Resepi Asam Pedas Ayam Bahan-Bahan:     * 500 gram ekor ayam, dibersihkan dan dipotong-potong     * 2 keping asam gelugur     * 1 cawan minyak masak     * 1 ikat daun kesum     * Gula dan garam secukupnya     * 2 cawan air     * 10 tangkai cili kering, dikisar     * 6 biji bawang merah, dikisar     * 1 sm halia, dikisar     * Sedikit belacan, dikisar     * 4 tangkai cili merah, dikisar     * 2 ulas bawang putih, dikisar     * 1 sm kunyit basah, dikisar Cara:    1. Panaskan minyak di dalam periuk.    2. Tumis bahan-bahan dikisar hingga naik bau.    3. Masukkan ayam dan air.    4. Masak hingga mendidih.    5. Masukkan asam gelugur, gula, garam dan daun kesum.    6. Kacau hingga rata dan biar hingga betul-betul masak baru diangkat

Resepi Rendang Ayam

 Resepi Rendang Ayam Bahan-bahan 1 ekor ayam 1/2 kg pati santan [1 biji kelapa] Garam 1/2 cawan kerisik 1 helai daun kunyit [mayang halus] Bahan untuk dikisar: 3 labu bawang besar 5 ulas bawang putih 5 batang serai 3 inci halia 1 inci lengkuas 1 inci kunyit hidup 15 cili kering 15 biji cili api Cara Memasak 1. Ayam dibuangkan kulit dan potong kecil. 2. Masukkan semua bahan-bahan ke dalam kuali besar dan kacau hingga sebati. 3. Gunakan api yang sederhana masak sehingga ayam empuk dan kuahnya sebati. 4. Rasakan garam dan bila telah pekat boleh hidangkan

Resepi Masak Lemak Jantung Pisang

Resepi Masak Lemak Jantung Pisang Bahan- bahan 1 biji jantung pisang (dihiris nipis) 200gm cili api (dikisar) 2 biji bawang besar (dikisar) 1 inci halia (dikisar) secubit ikan bilis (dikisar) 1/2 inci kunyit hidup (dikisar) 2 batang serai (dititik) 1 helai daun kunyit (disimpul) sebiji kelapa (diambil santan) garam dan gula secukup rasa cara masak 1) Masukkan semua bahan yang dikisar tadi ke dalam periuk untuk direbus. 2) Setelah itu ,masukkan daun kunyit ,hirisan jantung pisang. garam dan gula. 3) Setelah itu , barulah masukkan santan ..biarkan sehingga masak seketika sebelum diangkat...

Resepi Gulai Daging Pantai Timur

Resepi Gulai Daging Pantai Timur Bahan 500gm daging lembu potong nipis kecil 2 s/b kerisik 2 cawan santan pekat 2 s/b gula merah/perang 2 keping asam keping minyak garam Bahan dikisar 20 tangkai cili kering 1 s/b rempah kari daging 2 s/b rempah mentah gulai cap ROSE 1 s/b rempah masak gulai cap ROSE 7 ulasa bawang merah 1 labu bawang besar 3 ulas bawang putih 3 cm halia 2 cm lengkuas Bahan tumis 2 cm kulit kayu manis 3 kuntum bunga cengkih 2 kuntum bunga lawang 3 biji buah pelaga Cara 1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan tumis sehingga wangi. 2. Masukkan bahan kisar dan masakkan sampai wangi dan naik minyak. 3. Masukkan daging dan kacau rata. Masukkan sikit air dan kacau rata lagi. 4. Bila nampak naik minyak masukkan santan, kerisek, garam dan gula merah. Biarkan reneh sampai mendideh. kacau sekali sekala. 6. Bila mendidih masukkan asam keping dan biarkan sampai pekat. 7. sedia dihidang.

Resepi Daging Salai Masak Lemak Cili Api

Resepi Daging Salai Masak Lemak Cili Api Bahan-bahan 500gm daging salai 200gm cili api (dikisar) 1 biji bawang besar (dikisar) 1 ulas bawang putih (dikisar) 1/2 inci kunyit hidup (dikisar) 1 biji kelapa (di ambil santan) 1 helai daun kunyit (dihiris nipis) 4 biji kentang (dipotong 2) 2 batang serai (dititik) sedikit air Garam dan gula secukup rasa Cara Memasak 1) Rebus semua bahan yang dikisar tadi dengan sedikit air. 2) Masukkan serai dan daun kunyit yang dihiris nipis tadi. Biarkan sehingga ia masak seketika. 3) Setelah itu masukkan daging salai,santan dan juga ubi kentang,masukkan garam dan gula secukupnya. 4) Biar sehingga mendidih dan kacau seketika...sedia dihidang.......

Resepi Ayam Masak Lemak Cili Api

Resepi Ayam Masak Lemak Cili Api Bahan-bahan:     * 1 ekor ayam     * 10 ulas cili api/padi     * 1 inci kunyit hidup     * 2-3 batang serai (dititik)     * santan (dr sebiji kelapa)     * 2-3 ulas bawang putih & merah Cara memasak: 1. Tumbuk cili api , kunyit hidup ,bawang putih & merah selumat2nya.. 2. Bahan (1) tadi digaulkan dgn ayam didlm kuali beserta serai yang dititik 3. Kecutkan ayam dengan bahan2 tadi supaya mesra hingga kering airnya 4. Masukkan santan dan kacau supaya tidak terbit minyak 5. Perisakan dgn garam 6. Tunggu hingga kuah menggelegak dan lepas tu bolehlah ditutup apinya..

Resepi Asam Pedas Ikan Pari

Resepi Asam Pedas Ikan Pari Bahan-bahan 500gm ikan pari 1 cawan air asam jawa sedikit air Garam dan gula secukup rasa bahan-bahan dikisar 10 tangkai cili kering 3 biji bawang besar 2 ulas bawang putih 1 inci belacan Bahan hiasan sedikit daun kesum 5 biji kacang bendi 2 kuntum bunga kantan (dibelah 2) sebiji tomato Cara memasak 1) Semua bahan yang dikisar tadi dimasak sehingga naik bau. 2) Setelah itu, masukkan air asam jawa dan sedikit air. 3)Kemudian ,masukkan pulaikan pari dan biarkan sehingga masak 4) Seterusnya , masukkan pula kacang bendi,bunga kantanm,tomato dan daun kesum 5) Akhir sekali masukkan garam dan gula secukup rasa...sedia dihidang........