Monday, March 7, 2011

Resepi Kek LobakMerah

Resepi Kek LobakMerah

Bahan-bahannya:

175 gm tepung naik sendiri
125 gm mentega
120 gm gula halus
50 gm lobak merah
50 gm kacang walnut
4 biji telur
1 sudu kecil esen vanilla

Cara membuat:

1. Pukul mentega dan gula halus hingga berkrim.
2. Dalam mangkuk lain, pukul telur hingga kembang.
3. Masukkan telur sedikit-sedikit ke dalam adunan mentega. Pukul lagi hingga adunan rata.
4. Kemudian masukkan tepung naik sendiri,kacang walnut,lobak merah dan di gaul rata.
5. Masukkan adunan ke dalam acuan kek.
6. Bakar di dalam ketuhar dengan suhu 180c selama 45 minit. Sejukkan kek ini.

No comments:

Koleksi Resepi Kegemaran Dari Berbagai Sumber Rujukan Dan Internet Untuk Di Kongsi Bersama