Posts

Showing posts from June, 2010

Resepi Begedil

Begedil Bahan-Bahan 1 1/2 biji kentang dikupas kulitnya 4 ulas bawang merah 2 ulas bawang putih 10 ekor udang sederhana besar dibuang kulit dan dicincang halus sedikit garam sedikit serbuk lada sulah sedikit tepung gandum 1 biji telur diambil putihnya sedikit daun sup minyak untuk menggoreng Cara-caranya: 1. Ubi kentang direbus sehingga empuk. kemudian sejukkan dan lenyek menggunakan garfu 2. Tumbuk bawang merah dan bawang putih bersama dengan sedikit garam 3. kemudian masukkan bahan yg ditumbuk bersama dengan udang yang dicincang dan masukkan serbuk lada sulah mengikut citarasa masing2. Gaul sebati. 4. Masukkan sedikit tepung gandum dan daun sup untuk menambah rasa. 5. Bentukkan pegedil mengikut citarasa. 6. Setelah siap masukkan pegedil di dalam fridge utk sebatikan bhn2 tersebut dlm masa lebih kurang 10 - 15 minute. 7. Kemudian bolehlah menggorengnya.

Resepi Puff

Puff Bahan-Bahan: 1 kg tepung roti 600 gm marjerin pastri 200 gm marjerin 100 gm gula 10 gm garam Telur Air secukupnya Cara: Tepung roti, garam, gula digaul & masukkan jadikan 1 doh, bahagikan kepada 3 bahagian .Ambil 1 bahagian dicanai setebal 2 cm. Marjerin pastri dipecahkan 3 bahagian, letakkan atas doh tadi. Tekan dgn pencanai & pusingkan serta gelek setebal 1/2cm & potong segi empat (3x3cm) & canaikan setebal 3mm. Sapukan telur serta isikan inti di setiap permukaan & lipat dua. Inti yang digunakan bergantung pada citarasa anda.

Resepi Pai Roti Sardin

Pai Roti Sardin Bahan-Bahan: 6 keping roti 1 tin sardin (425 gm) 1 labu bawang besar - dihiris nipis 1 tin cendawan butang (425 gm) - dihiris nipis 2 sudu besar tomato puri 1 batang daun ketumbar - dicincang 150 gm keju mozarella - diparut 1 biji limau nipis - ambil airnya 1 sudu kecil serbuk lada hitam 1 sudu kecil garam Cara: Susun roti di dalam bekas pembakar (pyrex) ukuran 16 cm x 16 cm. Masukkan sardin dalam mangkuk dan hancurkan. Campurkan dengan bawang, cendawan, daun ketumbar, lada hitam, garam, 50 gm keju parut, air limau nipis dan tomato puri. Gaulkan hingga rata. Curahkan adunan tadi ke atas roti. Sementara itu panaskan mikrowave COMBINATION 180'C selama 5 minit. Masukkan pai dan bakar selama 20 minit. Keluarkan, tabur keju yang telah diparut tadi di atasnya dan bakar lagi selama 5 minit.

Resepi Kebab Kuali

Kebab Kuali Bahan-Bahan: 208 gm isi ayam 1 sudu kecil jintan putih - ditumbuk 1 labu bawang besar - dihiris ½ sudu kecil lada hitam - ditumbuk atau mengikut rasa 3 kelopak kubis cina - dihiris 1 biji tomato merah - dipotong lapan Sedikit garam Sedikit mentega untuk disapu di atas roti 3 sudu besar mayonis 3 sudu besar sos cili 3 buku roti hot dog 2 ulas bawang putih - dicincang 1 ulas bawang merah - dicincang 2 sudu besar minyak Cara: Rebus isi ayam dengan sedikit air hingga empuk dan kering airnya. Sejukkan sebentar kemudian hiris dan potong panjang. Panaskan minyak, tumis bawang cincang hingga naik baunya, masukkan jintan putih kacau hingga beraroma. Masukkan isi ayam, kacau cepat-cepat berikutnya campurkan dengan bawang besar diikuti lada hitam. Belah roti tidak putus, sapu mentega nipis-nipis isikan dengan campuran isi ayam (jika berminyak toskan dahulu), hirisan kubis cina dan tomato. Akhir sekali sapukan dengan mayonis serta sos cili.

Resepi Jejari Roti

Jejari Roti Bahan-Bahan: Sedikit garam dan serbuk lada hitam 1 biji telur dipukul sebentar 12 keping roti (dibuang kulit dan dihiris tiga) 50-75 gm bijan Minyak masak menggoreng terendam Bahan-bahan dikisar: 225 gm isi udang 2 tangkai daun bawang (dicincang halus) 2 sudu besar tepung jagung 1 sudu besar sos tiram Cara: Gaul garam, serbuk lada hitam, telur dan Bahan-bahan dikisar bersama di dalam mangkuk hingga ia menjadi pes. Bubuh sedikit pes peda permukaan roti. Tabur bijan di atasnya. Buat hingga habis roti dan pes. Simpan ia di dalam peti sejuk selam 30 minit. Panaskan minyak masak di dalam kuali. Goreng hingga ia keperangan.

Resepi Egg Mayonis Sandwich

Egg Mayonis Sandwich Bahan-Bahan: 2 keping roti 1 biji telur 2 sudu mayonis 2 keping tomato 2 keping timun 3 helai salad sekeping unsalted butter 10 gm garam & lada hitam Cara: Rebus telur selama 8 minit & bila sudah masak hancurkan ia dgn menggunakan garfu Campurkan telur tersebut dgn mayonis, garam & lada hitam.Bakara roti & sapukan dgn mentega.Letakkan campuran tadi ke atas roti & lapiskan dgn sekeping lagi roti

Resepi Air Asam Utara

Air Asam Utara Bahan-Bahan: cili api - 25 biji cili hidup ( merah ) - 5 biji bawang putih - 4 ulas belacan ( 1 ½ inci x 1 ½ inci ) tomato - 2 biji( di cincang halus ) limau nipis - 2 biji kerisik - 60 gram garam Cara: 1. Tumbuk cili api dan cili hidup bersama belacan dan bawang putih serta sedikit garam sehingga lumat. 2. Masukkan ke dalam mangkuk, perah asam limau nipis, tomato dan kerisik. 3. Kacau sehingga rata. 4. Sedia untuk dihidang. Cadangan Hidangan: Boleh dicicah dengan perut rebus, ikan bakar, daging bakar dan lain-lain

Resepi Air Asam

Air Asam Bahan-Bahan: BAHAN A Asam jawa (dalam dua kerat jari) (direndam ½ cawan air suam, buang biji) 1 biji limau kasturi (besar) (dibelah dua dan dibuang biji) 8-10 cili padi kampung ½ biji tomato 1 inci belacan 1 sudu kecil kerisik 1 sudu besar gula 1 sudu kecil garam Bahan B 1-2 biji tomato 1-2 biji bawang besar Cara: 1. Pastikan asam jawa tiada biji. 2. Masukkan Bahan 'A' ke dalam blender. Jangan tambah terlalu banyak air (cukup air suam yang digunakan untuk merendam asam jawa kerana nanti air asam terlalu cair). 3. Potong tomato kecil-kecil (kiub 4. Hiris bawang. Pastikan empulur bawang dibuang. 5. Gaulkan air asam bersama tomato dan bawang besar. Cadangan Hidangan: Boleh makan bersama ikan bakar seperti cencaru. ikan terubuk, ikan pari bakar. Juga boleh dimakan dengan ulam-ulam kampung. Istimewa dengan jantung pisang abu. Caranya mudah, masak air dalam periuk dan tunggu menggelegak. Masukkan 1 sudu kecil garam. Jangan belah 2 jantung sehingga air menggelegak. Nanti jant

Resepi Acar Timun

Acar Timun Bahan-Bahan: 1 biji besar timun 1 biji lobak merah 5 batang kacang panjang 2 sudu garam ½ sudu serbuk kunyit 1 sudu biji sawi 2 sudu minyak makan 10-15 batang lada merah (dibelah dua memanjang) 20 ulas bawanng merah (duikupas kulitnya & dibiarkan seulas-seulas) 90 gm kacang tanah (digoreng & dibuang kulitnya) 1 sudu gula pasir Garam secukup rasa 1 cawan cuka Cara: Gaulkan sayur-sayuran dengan campuran kunyit & ketepikan selama 10 minit. Panaskan kuali & rendang biji sawi.Apabila ia mula meletup, masukkan minyak & sayur-sayuran. Kacau hingga cukup hangat. Masukkan bahan-bahan selebihnya & biarkan mendidih dengan tidak kacau. Angkat dari api & biarkan sejuk. Apabila diperlukan,hangat & hidangkan dengan nasi putih & lauk kurma.

Resepi Acar Jeruk

Acar Jeruk Bahan-Bahan: 2 cawan jeruk (mangga. limau atau belimbing) 1½ cawan cuka 1 sudu teh halba 2 sudu besar gula 1 sudu besar biji sawi 2 ulas bawang putih 2.5 sm halia (dihiris) Bahan giling: 20 biji cili kering 2½ sudu besar jintan putih 2.5 sm kunyit 1.2 sm halia Cara: Panaskan minyak dan tumis bawang putih, halia giling dan hiris. Angkat dan asingkan. Tumis pula bahan giling serta halba. Masukkan cuka, gula dan garam. Masukkan halia tadi serta jeruk. Kacau hingga rata barulah diangkat.

Resepi Puding Roti

Puding Roti Bahan-Bahan: 1 paket roti (5 ketul) 1 kg susu Gula secukup rasa 1 camca besar mentega Secubit garam 1 camca kecil esen vanila 1 biji telur Cara: Roti dicarik-carikkan kemudian rendam bersama susu, gula, mentega, garam dan esen vanila. Setelah roti agak lembut, masukkan ke dalam loyang dan kukus selama 3/4 jam. Setelah masak, angkat dan hidangkan.

Resepi Puding Kek Gulung

Puding kek gulung Bahan-Bahan: 30 gram agar-agar 1 tin susu cair 2 cawan gula 5 cawan air 2 biji telur (dipukul) 3 camca besar tepung kastard (bancuh dengan sedikit air) 2 sudu mentega 1 tin buah koktail 1 biji kek gulung secubit garam 1 camca teh asen vanilla Cara: Rendam agar-agar selama setengah jam. Potong kek gulung. Susun ke dalam loyang sehingga menutupi bahagian bawah dan tepi loyang. Curahkan sirap buah koktail ke atas kek tadi sehingga agak masak. Kemudian masak agar-agar bersama air dan secubit garam. Masak sehingga agar-agar betul-betul hancur. Masukkan gula. Kacau hingga mendidih. Selepas itu masukkan susu cair, telur dan tepung kastard serta mentega. Kacau hingga sebati. masukkan asen Vanilla. Bila agak mendidih masukkan buah koktail. Biarkan mendidih dan angkat. Curahkan agar-agar tadi ke dalam loyang yang disusun kek. Biarkan ia sejuk dan membeku. Cadangan Hidangan: Boleh dihidang bersama aiskrim perisa vanilla atau coklat.

Resepi Agar-Agar Jagung

Agar-Agar Jagung Bahan-Bahan: 1 bungkus agar-agar tali 1 tin jagung krim 1 tin susu cair 2 cawan gula pasir Pewarna kuning telur 1 sudu teh esen vanilla 3 cawan air Cara: Didihkan air dan masukkan agar-agar hingga hancur. Masukkan jagung krim yang telah dikisar, gula dan susu cair. Kacau rata dan didihkan sebentar sebelum memasukkan pewarna dan esen vanilla. Tuangkan agar-agar ke dalam acuan mengikut suka dan sejukan.

Resepi Agar-agar Coklat

Agar-agar Coklat Bahan-Bahan: 7 g agar-agar (direndam dan ditoskan) 5 cawan air mendidih 1 cawan gula pasir 1 cawan susu sejat 1 camca teh esen vanilla 2 camca sederhana serbuk koko ½ cawan air panas 4 butir putih telur (dipukul hingga kental) Cara: Masukkan agar-agar ke dalam air mendidih. Didihkan terus hingga agar-agar itu hancur, sambil mengacaukan selalu. Masukkan gula dan kacau hingga hancur. Masukkan susu dan didihkan sambil mengacaunya. Masukkan pula esen vanilla, kacau hingga rata. Angkat periuk dari api. Tapiskan campuran itu dengan kain kasa. Masukkan bancuhan koko dan kacau hingga rata. Masukkan pula putih telur, kacau rata-rata dan tuangkan agar-agar ke dalam acuan. Biarkan hingga sejuk, kemudian masukkan ke dalam peti sejuk supaya beku dan sejuk. Hidangkan sejuk bersama sos kastad.

Resepi Agar-agar Buah-buahan

Agar-agar Buah-buahan Bahan-Bahan: 1 liter air 300 g serbuk agar-agar kristal 1 tin buah-buahan koktel Cara: Didihkan air di dalam periuk. masukkan serbuk agar-agar dan kacau hingga larut. Masukkan buah-buahan dan kacau sedikit. Tuangkan agar-agar ke dalam acuan dan sejukkan di dalam peti sejuk sebelum dihidangkan.

Resepi Agar-agar Badam

Agar-agar Badam Bahan-Bahan: 1 liter air 17 gm agar-agar 175 gm gula 250 ml susu segar Sedikit perasa badam Cara: Didihkan air bersama agar-agar. Masukkan gula setelah agar-agar larut. Kacau hingga sebati. Tuangkan susu segar ke dalam campuran agar-agar dan masukkan perasa badam. Tuang agar-agar ke dalam acuan dan bekukan.

Resepi Agar Agar Telur

Agar Agar Telur Bahan-Bahan: 1 bungkus agar agar 1250ml air 1 ½ cawan susu pekat gula secukup rasa 1 biji keledek merah atau kentang direbus dengan sikit garam daun pandan kulit telur ayam secukupnya Cara: rebus agar agar dgn 1250ml dan daun pandan hingga hancur. buatkan bebola kecil drp ubi yg telah dilecek. masukan susu manis dan gula sambil dikacau hingga mendidih. tuangkan agar agar kedalan kulit telur tadi dan masukkan sebiji bebola ubi. biarkan beku. kopekan kulit telur tadi sebelum dihidangkan Cadangan Hidangan: boleh dimakan dengan buah buahan koktel atau apa saja buah kegemaran anda

Resepi Agar Agar Batik

Agar Agar Batik Bahan-Bahan: 1 paket agar agar 1200ml air 1 cawan susu pekat manis RM1 gula merah masak bersama 2 cawan air campurkan gula putih secukup rasa daun pandan Cara: Rebus agar agar hingga hancur bersama daun pandan. asingkan suku bahagian kedlm periuk lain dan campurkan susu.biar mendidih sambil dikacau.tutup api dan tuang dalam acuan 4 segi.biar beku. lebihan agar agar dicampurkan dengan air gula merah. hiris memanjang agar agar susu tadi dan susun selang seli dalam bekas lain sehingga habis tuang agar agar gula merah perlahan lahan kedalam susunan agar agar susu. biarkan beku sebelum dihidangkan

Resepi Agar - Agar Buah Laici

Agar - Agar Buah Laici Bahan-Bahan: 1 tin laici (asingkan airnya, buah laici dihiris nipis) 1 ½ cawan gula pasir 1 peket agar-agar 2 helai daun pandan 5 cawan air Cara: Masak agar-agar sampai hancur, bersama dengan simpulan daun pandan.Kemudian, masukkan gula. Selepas gula hancur, masukkan air laici yang telah diasingkan tadi. Kemudian tuang ke dalam acuan yang telah disejukkan terlebih dahulu. Taburkan hirisan laici tadi. Kacau sedikit supaya hirisan tidak terkumpul disatu tempat sahaja. Sejukkan.

Resepi Popia Goreng

Resepi Popia Goreng Bahan-Bahan: 50 keping kulit popia 500 gm tauge 200 gm kacang peas 50 sen udang kering (ditumbuk halus) 1 biji sengkuang (ukuran sederhana) 1 biji timun 200 gm daging ayam 2 biji bawang merah (dimayang) Sedikit bancuhan tepung gandum (untuk melekatkan kulitnya) Sedikit minyak untuk menggoreng Sedikit garam dan serbuk perasa Cara: Bersih tauge dan buangkan ekornya. Kemudian toskan. Sengkuang dan timun diparut memanjang. Pijarkan minyak dalam kuali. Tumiskan bawang merah, ayam dan udang kering hingga wangi. Bila telah agak kering, masukkan sengkuang dan kacang peas. Tambahkan garam dan serbuk perasa. Kacaulah hingga cukup masak kemudian angkat. Bentang sehelai kulit popia. Letakkan bahan yang telah dimasak, timun dan tauge kemudian bungkuslah dan gamkan dengan bancuhan tepung gandum tadi. Buat begini sehingga habis. Panaskan minyak dan gorenglah hingga garing. Setelah itu angkat dan toskan minyak. Untuk menyediakan sosnya: Tumbuk 3 biji cili merah hingga lumat. Tam

Resepi Mushroom soup (sup cendawan)

Mushroom soup (sup cendawan) B ahan-bahan 1 keping dada ayam 150ml air 500ml susu segar 1 ketul kiub ayam cendawan butang (dihiris kecil-kecil) garam 1 cawan tepung gandum Cara-caranya 1. Potong ayam kecil-kecil. kemudian rebus ayam tadi sehingga empuk 2. Kemudian masukkan susu dan kiub ayam. kacau biar sebati dan pastikan menggunakan api yg perlahan. 3. Seterusnya masukkan cendawan butang yg dihiris 4. Masukkan bancuhan tepung dan kacau sehingga pekat. 5. Tambahkan sedikit garam.

Resepi Nasi Ayam Hainan

Nasi Ayam Hainam/Hainan Chicken Rice Bahan-Bahan: Bahan A 1 ekor ayam/1whole chicken (1.5kg) 500g beras makan/rice Bahan B 2cm halia/ginger 4 ulas bawang putih/shallot 2 sudu makan minyak bijan 2 sudu makan minyak masak 2 sudu makan serbuk pati ayam/chicken stock cacah/gravy 5 biji lada hidup/fresh chili 10 biji bawang putih/shallot 3 sudu makan cuka/vineger 3 biji limau kasturi/lime gula secukupnya/sugar Cara: AYAM: Bersihkan ayam bulat dan di gantung selama 30min sehingga kering sikit.Masakan air 3/4 dalam belanga besar(cukup masukan ayan tadi).Masukkan ayam tadi kedalam air yang mendidih, kecilkan apinya dan masakan dalam 40min. Selepas masak sediakan basin yang penuh dengan Ais Batu dan Ayer.Masukan ayam tadi kedalamnya dan rendamnya selama 5min lepas itu di gantung untuk buang segala airnya (Air yang sejuk penuh ais dapat membekukan lemak ayam bila di makan nanti tidak berapa kering) Nasi: Bersihkan beras makan dan dikeringkan,Tumis Bahan B dengan api kecil dan seterusnya masuk

Resepi Bebola Roti

Resepi Bebola Roti Bahan-Bahan: 1 kg tepung gandum 100 gm ibu roti 1 camca sedang garam 4 gelas air 10 biji telur, dipukul 2 camca sedang serbuk lada sulah 4 biji bawang besar, dipotong dadu 3 tangkai cili merah, dipotong 3 tangkai cili hijau, dipotong Sedikit minyak untuk menggoreng Cara: Pukul telur bersama serbuk lada sulah, garam, cili hijau, bawang besar dan cili merah. Panaskan minyak di dalam kuali. Goreng telur dan hancur-hancurkan. Ketepikan. Tepung diayak dan diuli bersama air, garam dan ibu roti. Biarkan hingga tepung naik. Kemudian bulat-bulatkan tepung dan goreng hingga kuning. Angkat. Apabila roti sejuk, potong melintang ditengah-tengah roti dan bubuh inti telur tadi.

Resepi Air Asam Ikan Bakar

Resepi Air Asam Ikan Bakar Bahan-Bahan: 2 sudu teh asam jawa ½ sudu teh belacan 10 biji cili padi (dihiris) 1 biji bawang besar (dihiris) 1 biji tomato (dipotong dadu) Sedikit garam Cara: Masukkan air suam ke dalam bekas berisi asam jawa dan belacan. Ramas untuk dapatkan pati asam jawa. Buang biji asam jawa. Tambah sedikit garam dan kacau. Masukkan cili padi, bawang besar dan tomato. Jika suka, anda boleh memasak air asam ini di atas dapur sebentar supaya kepedasan cili meresap ke dalamnya

Resepi Acar Buah

Resepi Acar Buah Bahan-Bahan: 500 gm buah-buah jeruk limau, pala & sebagainya kismis, prun 15 ulas bawang putih 20 ulas bawang merah 3 cm halia (dimayang) 15-20 biji cili kering 30 sen cili padi, direndam dalam cuka 2 hari ½ cawan cuka Sedikit gula Garam Minyak untuk menumis Cara: Cili dibuang biji & digiling. Panaskan periuk & tumis minyak. Masukkan cili, kacau sampai wangi. Masukkan cuka, gula, garam & kacau rata. Masukkan bawang putih, bawang merah & halia sambil dikacau. Akhir sekali masukkan semua buah-buahan & kacau sampai rata. Bila elok masaknya, angkat & sejukkan.