Showing posts with label udang. Show all posts
Showing posts with label udang. Show all posts

Monday, March 7, 2011

Resepi Udang Mentega

Resepi Udang Mentega

Bahan- Bahan

1 kg udang besar (belah belakang tanpa putus)
1 sudu teh garam
1 kg minyak
250 gram mentega tawar
6 tangkai daun kari
5 ulas bawang putih (dicincang)
6 tangkai cili api (dicincang)
8 biji kuning telur
250 ml susu cair penuh krim
1/2 sudu teh serbuk perasa ayam
1 sudu besar gula

Cara membuat

1) Goreng udang yang telah dibersihkan dengan garam sehingga masak dan tos..ketepikan
2) Pukul kuning telur dan susu bersama serbuk pati ayam sehingga kembang.
3) Panaskan kuali masukkan mentega dan biarkan cair perlahan-lahan .
4) Tumis bawang putih sehingga kuning dan masukkan cili api, kacau sebentar.
5) Masukkan bancuhan telur dan kacau sehingga mula pekat ,masukkan daun kari, sos ikan , udang goreng ,gula,garam, dan serbuk perasa.
6) Kacau sehingga bersarang dan garing.
7) Tuang ke dalam tapis dan biarkan mentega sejat.
8) sedia dihidangkan.........

Resepi Udang Masam Manis

Resepi Udang Masam Manis

Bahan-bahan

6 ekor udang besar
1 labu bawang besar - dihiris
1 biji tomato - potong 4
5 sudu besar sos cili
5 sudu besar sos tomato
1 sudu kecil gula
1/2 cawan air
garam secukup rasa

Bahan utk ditumis (dihiris)

3 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1 tangkai cili merah
1 tangkai cili hijau

Cara memasak

1) Gaulkan garam dengan udang dan gorengkan. Kemudian ketepikan.
2) Panaskan minyak dan tumiskan bahan tumis hingga wangi
3) Masukkan udang, buah tomato, bawang besar, sos tomato, sos cili, gula dan air. Kemudian kacau rata.
4) Tutup api dan hidangkan.

Thursday, February 10, 2011

Resepi Udang Sambal Petai

Resepi Udang Sambal Petai

Bahan

500 gm udang
200gm petai (dikopek kulitnya)
1 biji bawang holland (dihiris nipis)
2 biji bawang besar (dikisar)
2 ulas bawang putih (dikisar)
5 tangkai cili kering (dikisar)
5 tangkai cili merah (dikisar)
Gula dan garam secukup rasa

Cara memasak

1) Semua bahan yang dikisar tadi ditumis sehingga naik bau.
2) Setelah itu ,masukkan udang dan petai
3)Masukkan garam dan gula secukup rasa,biarkan sehingga pekat
4) Setelah itu ,masukkan bawang holland yang dihiris, Angkat dan sedia dihidang.

Resepi Udang Galah Masak Lemak Cili Api

Resepi Udang Galah Masak Lemak Cili Api

Bahan

500 gm udang galah
200gm cili api (dikisar )
2 biji bawang besar (dikisar)
2 ulas bawang putih (dikisar)
1/2 inci kunyit hidup (dikisar)
2 biji buah keras (dikisar)
1 biji kelapa (diambil santan)
2 batang serai (dititik)
1 helai daun kunyit
sedikit air
Garam dan gula secukup rasa

Bahan Hiasan

3 tangkai kacang panjang (dipotong) kecil2

Cara memasak

1) Rebus semua bahan yang dikisar tadi dgn sedikit air
2) Masukkan serai dan daun kunyit
3) Setelah itu,masukkan udang galah dan santan
4) Kemudian ,biar sehingga mendidih dan kacau seketika,Masukkan garam dan gula
5) Setelah kuah masak, masukkan kacang panjang yang dipotong tadi.
6) sedia dihidangkan......

Tuesday, January 19, 2010

Resepi Gulai Udang Galah

Gulai Udang Galah

Bahan - bahan

8 ekor udang galah

1 biji kelapa parut

2 1/2 cawan air

garam secukup rasa

4 sudu besar minyak masak

Bahan giling & tumbuk

2 batang serai

1/2 inci lengkuas

1 inci kunyit hidup

4 biji buah keras

8-10 batang cili kering

12 ulas bawang merah

4 ulas bawang putih

Cara - cara

1. Gaulkan udang dengan bahan yang ditumbuk dan biarkan selama 10 - 20 minit

2. Gunakan 3/4 cawan air dan perah pati santan. Tambah air yang selebihnya untuk memerah santan cair.

3. Panaskan minyak dalam periuk dan tumis udang tadi 3 -4 minit. Masukkan garam dan santan cair dan biarkan menggelegak.

4. Kecilkan api dan masukkan pati santan.

5. Biarkan mendidih perlahan. Kacau selalu.

6. Angkat dan hidang.

Sumber : Buku masakan

Resepi Cucur Udang Rangup

Cucur Udang Rangup

Bahan-Bahan:
Bahan untuk cucur :

3 cawan tepung gandum
4 cawan air
1 sudu kecil baking powder- larutkan dengan setengah cawan air panas
½ sudu kecil bikarbonat soda
300 gram udang sederhana
Taugeh dan kucai secukupnya
Garam dan serbuk kunyit
Minyak untuk menggoreng

Untuk membuat sos :

8 biji cili merah- dibuang biji
2 ulas bawang putih
2 ulas bawang merah
½ cawan air
1 sudu besar tepung jagung
½ sudu cuka makan

Cara:
Masukkan dan gaul semua bahan cucur kecuali larutan baking powder. Setelah sebati masukkan larutan baking powder tadi.Biarkan adunan selama 15 minit sebelum menggoreng.

Sementara itu, panaskan minyak bersekali dengan senduk acuan. Bila minyak panas, masukkan adunan ke dalam senduk dalam anggaran 2 sudu, letakkan udang dan goreng hingga kekuningan.

Untuk Sos :

Kisar cili dan bawang. Masak cili dengan air atas api kecil. Kemudian masukkan tepung jagung (kacau dengan 3 sudu air) dan cuka. kacau terus sehingga agak pekat adan angkat

Monday, January 18, 2010

Resepi Udang Goreng Rangup

Goreng Udang Rangup

Bahan-Bahan:

8 ekor udang besar - dibelah belakang dan dibersihkan
1 sudu besar tepung ubi
2 biji telur - di pukul sedikit
½ sudu teh serbuk lada
½ sudu teh gula
1 sudu teh kicap
Garam secukup rasa

Sos:

4 biji cili besar
2 sudu besar gula
2 ulas bawang putih
1 sudu besar cuka
kisar semua bahan dan masak hingga pekat.

Cara:

Gaul udang dengan tepung ubi. Campur semua bahan lain dan goreng garing. Sedap dimakan panas dengan sos.

Resepi Udang Masak Lemak

Udang Masak Lemak

BAHAN-BAHAN
:

300 gm udang

100 gm nanas muda

100 gm bawang kecil (kisar)

100 gm cili padi (kisar)

2 helai daun limau purut (hiris halus)

1 helai kunyit (hiris halus)

500 ml santan

2 sudu besar garam

1 sudu besar gula


CARA MENYEDIAKAN:

1.Masukkan santan bersama bahan kisar. Renehkan di atas api yang perlahan dan kacau kuah

selalu agar ia tidak pecah minyak.

2.Setelah mendidih, masukkan udang, nanas, daun limau purut dan daun kunyit.

3.Biarkan hingga mendidih lagi. Masukkan garam, gula dan sedia untuk dihidangkan.

sumber : sajionline

Resepi Udang Celup Tepung

Udang Celup Tepung

BAHAN-BAHAN
:

400 gm udang (kupas kulit badan saja)

1 sudu kecil garam

1/2 sudu kecil lada sulah serbuk

1 biji limau nipis



BAHAN CELUP:

1 cawan tepung jagung

1 cawan serbuk roti

1 biji telur



CARA MENYEDIAKAN:

1. Gaul udang dalam campuran air limau nipis, garam dan lada sulah serbuk dan tuskan.

2. Gaulkan udang ke dalam tepung jagung.

3. Kemudian celupkan dalam telur yang dipukul.

4. Dengan segera masukkan ke dalam serbuk roti. Tekan sedikit agar ia melekat. Susun udang dalam dulang dan masukkan dalam peti sejuk dahulu selama sejam.

5. Kemudian barulah digoreng

sumber : sajionline

Resepi Udang Bersalut Telur

Udang Bersalut Telur

BAHAN-BAHAN
:

300 gm udang galah



BAHAN PERAP:

2 biji telur

1 sudu kecil gula

1 sudu kecil serbuk lada putih

1 sudu kecil garam

2 sudu besar tepung jagung

Sedikit daun kari



CARA MENYEDIAKAN:

1. Campurkan semua bahan perap dan perapkan udang selama 15 minit.

2. Goreng udang sehingga kekuningan dan hidangkan.

sumber : sajionline

Resepi Udang Berempah

Udang Berempah

BAHAN-BAHAN
:

1/2 kilo udang (sederhana besar)

3 sudu besar serbuk ketumbar

2 sudu besar serbuk jintan manis

CARA MENYEDIAKAN:

1. Udang yang telah dibersihkan digaul dengan ketumbar dan jintan.

2. Kemudian perapkan selama setengah jam dan barulah digoreng.

sumber : sajionline

Resepi Sambal Goreng Udang

Sambal Goreng Udang

BAHAN-BAHAN
:

250 gm udang

10 tangkai cili merah (kisar)

5 labu bawang besar (hiris)

2 ulas bawang putih (kisar)

2 biji kentang (potong dadu dan rebus)

1 papan petai buang kulit dan potong dua

3 helai daun limau

Garam secukup rasa



CARA MENYEDIAKAN:

1. Panaskan minyak dan tumis bawang besar dan bawang putih sehingga naik bau.

2. Masukkan cili merah, kentang dan petai dan tumis selama 10 minit.

3. Masukkan udang dan tumiskan lagi 10 minit.

4. Masukkan daun limau purut dan garam secukup rasa.
Koleksi Resepi Kegemaran Dari Berbagai Sumber Rujukan Dan Internet Untuk Di Kongsi Bersama