Showing posts with label sotong. Show all posts
Showing posts with label sotong. Show all posts

Monday, March 7, 2011

Resepi Sotong Goreng Tepung

Resepi Sotong Goreng Tepung

Bahan-Bahan

1 mangkuk sotong
2 sudu tepung beras
1 sudu tepung penaik
3 sudu tepung jagung
2 biji telur
sedikit serbuk lada putih
sedikit garam
sedikit bahan perasa

Cara membuat

1) Campurkan kesemua bahan , kecuali bahan tepung.
2) Kemudian , tambahkan sedikit air dan kacau sebati.
3) Angkat dan gaulkan kedalam tepung .
4) Goreng dalam minyak yang penuh sehingga warna bertukar kekuning - kuningan
5) Sedia dihidangkan

Saturday, February 12, 2011

Resepi Kerabu Sotong

Resepi Kerabu Sotong

Bahan-bahan

1 kg sotong (dikelar dan direbus)
2 ulas bawang putih (ditumbuk halus)
5 tangkai cili api (dihiris halus)
2 biji limau nipis (ambil jus)
4 camca sedang sos ikan
2 biji bawang besar (dihiris)
3 batang serai (dihiris)
2 biji tomato (dihiris)
1 batang kacang panjang (dihiris)
1 kuntum bunga kantan (dihiris)
1 helai daun limau purut (dihiris)
1/2 batang lobak merah (disagat)

Cara membuat

1) Campurkan kesemua bahan dan gaul sehingga rata.
2) Sedia untuk dihidangkan

Monday, January 18, 2010

Resepi Barbeku (BBQ) Sotong

Barbeku Sotong

Bahan-Bahan:
80 gm sotong
4 gm rempah paprika
2 gm serbuk cili
2 gm aromat
2 gm garam
2 gm lada sulah
2 gm jus limau nipis
2 gm sos tiram Bahan dikisar:
4 gm kunyit hidup
4 gm bawang putih
4 gm bawang merah

Cara:

Tarik kepala sotong dan bersihkan bahagian dalamnya. Tus air sotong. Perap sotong bersama bahan-bahan lain selama sepuluh minit. Panggang mengikut citarasa anda dan hidangkan dengan sos.

Resepi Sotong Rangup

Sotong Rangup

BAHAN-BAHAN
:

400 gm sotong (potong bulat)

minyak untuk menggoreng

1 sudu besar serbuk kari

1 sudu besar serbuk kunyit

250 gm tepung jagung

2 biji telur

250 ml air

1 sudu kecil serbuk lada sulah

garam secukup rasa

CARA MENYEDIAKAN:

Pecahkan telur kemudian campurkan bersama tepung jagung, serbuk kari, kunyit, garam dan serbuk lada sulah. Masukkan sedikit air dan bancuh sebati dan pekat. Apabila ingin menggoreng celupkan sotong ke dalam adunan ini dan goreng satu persatu. Kemudian angkat dan hidangkan bersama sos cili.

sumber : sajionline

Resepi Sotong Lada Hitam

Sotong Lada Hitam

BAHAN-BAHAN
:

500 gm sotong (potong ikut suka dan rebus)

2 sudu kecil taucu

3 labu bawang besar

1 sudu kecil kicap pekat

1 sudu kecil lada hitam (tumbuk)



BAHAN KISAR:

4 labu bawang besar

5 ulas bawang putih

2 cm halia


CARA MENYEDIAKAN:

1. Tumiskan bahan kisar dengan sedikit minyak hingga garing.

2. Kemudian, masukkan bawang besar yang dihiris. Biarkan seketika.

3. Tuangkan kicap, lada hitam dan taucu. Gaul dan tumis hingga naik bau.

4. Masukkan sotong dan garam. Gaul rata dan sebati.

sumber : sajionline

Resepi Sambal Sotong

Sambal Sotong

BAHAN-BAHAN
:

1 kg sotong (hiris kecil)

3 ulas bawang merah (hiris)

2 ulas bawang putih (hiris)

20 tangkai cili merah (kisar)

5 tangkai cili kering (kisar)

4 helai daun limau purut

2 helai daun salam

Sedikit cili sos

Sedikit sos tomato

Garam dan gula secukupnya

Minyak untuk menumis



CARA MENYEDIAKAN:

1. Panaskan minyak dan tumis bawang merah dan bawang putih hingga naik bau.

2. Kemudian masukkan bahan kisar, sos, daun limau purut dan daun salam lalu kacau hingga rata.

3. Masukkan garam dan gula secukupnya.

4. Masukkan sotong dan masak hingga lembut

5. Kemudian masukkan bawang besar.
4. Setelah masak, tuangkan dua sudu besar susu cair dan hidangkan.

Resepi Gulai Sotong

Gulai Sotong

BAHAN-BAHAN
:

250 gm sotong

3 cm lengkuas (kisar)

2 cm halia (kisar)

1 batang serai (kisar)

1 helai daun kunyit (kisar)

5 helai daun limau purut

250 ml santan

100 ml air

10 tangkai cili merah (kisar)

Garam secukup rasa



CARA MENYEDIAKAN:

1. Masukkan bahan-bahan kecuali sotong dan didihkan.

2. Pastikan santan sentiasa dikacau agar tidak pecah minyak.

3. Setelah 20 minit, masukan sotong dan garam, kacau lagi.
Koleksi Resepi Kegemaran Dari Berbagai Sumber Rujukan Dan Internet Untuk Di Kongsi Bersama