Showing posts with label roti. Show all posts
Showing posts with label roti. Show all posts

Wednesday, June 16, 2010

Resepi Pai Roti Sardin

Pai Roti Sardin

Bahan-Bahan:

6 keping roti
1 tin sardin (425 gm)
1 labu bawang besar - dihiris nipis
1 tin cendawan butang (425 gm) - dihiris nipis
2 sudu besar tomato puri
1 batang daun ketumbar - dicincang
150 gm keju mozarella - diparut
1 biji limau nipis - ambil airnya
1 sudu kecil serbuk lada hitam
1 sudu kecil garam

Cara:

Susun roti di dalam bekas pembakar (pyrex) ukuran 16 cm x 16 cm. Masukkan sardin dalam mangkuk dan hancurkan. Campurkan dengan bawang, cendawan, daun ketumbar, lada hitam, garam, 50 gm keju parut, air limau nipis dan tomato puri. Gaulkan hingga rata. Curahkan adunan tadi ke atas roti. Sementara itu panaskan mikrowave COMBINATION 180'C selama 5 minit. Masukkan pai dan bakar selama 20 minit. Keluarkan, tabur keju yang telah diparut tadi di atasnya dan bakar lagi selama 5 minit.

Resepi Kebab Kuali

Kebab Kuali

Bahan-Bahan:

208 gm isi ayam
1 sudu kecil jintan putih - ditumbuk
1 labu bawang besar - dihiris
½ sudu kecil lada hitam - ditumbuk atau mengikut rasa
3 kelopak kubis cina - dihiris
1 biji tomato merah - dipotong lapan
Sedikit garam
Sedikit mentega untuk disapu di atas roti
3 sudu besar mayonis
3 sudu besar sos cili
3 buku roti hot dog
2 ulas bawang putih - dicincang
1 ulas bawang merah - dicincang
2 sudu besar minyak

Cara:

Rebus isi ayam dengan sedikit air hingga empuk dan kering airnya. Sejukkan sebentar kemudian hiris dan potong panjang. Panaskan minyak, tumis bawang cincang hingga naik baunya, masukkan jintan putih kacau hingga beraroma. Masukkan isi ayam, kacau cepat-cepat berikutnya campurkan dengan bawang besar diikuti lada hitam. Belah roti tidak putus, sapu mentega nipis-nipis isikan dengan campuran isi ayam (jika berminyak toskan dahulu), hirisan kubis cina dan tomato. Akhir sekali sapukan dengan mayonis serta sos cili.

Resepi Jejari Roti

Jejari Roti

Bahan-Bahan:

Sedikit garam dan serbuk lada hitam
1 biji telur dipukul sebentar
12 keping roti (dibuang kulit dan dihiris tiga)
50-75 gm bijan
Minyak masak menggoreng terendam

Bahan-bahan dikisar:

225 gm isi udang
2 tangkai daun bawang (dicincang halus)
2 sudu besar tepung jagung
1 sudu besar sos tiram

Cara:

Gaul garam, serbuk lada hitam, telur dan Bahan-bahan dikisar bersama di dalam mangkuk hingga ia menjadi pes. Bubuh sedikit pes peda permukaan roti. Tabur bijan di atasnya. Buat hingga habis roti dan pes. Simpan ia di dalam peti sejuk selam 30 minit. Panaskan minyak masak di dalam kuali. Goreng hingga ia keperangan.

Resepi Egg Mayonis Sandwich

Egg Mayonis Sandwich

Bahan-Bahan:

2 keping roti
1 biji telur
2 sudu mayonis
2 keping tomato
2 keping timun
3 helai salad
sekeping unsalted butter
10 gm garam & lada hitam

Cara:

Rebus telur selama 8 minit & bila sudah masak hancurkan ia dgn menggunakan garfu
Campurkan telur tersebut dgn mayonis, garam & lada hitam.Bakara roti & sapukan dgn mentega.Letakkan campuran tadi ke atas roti & lapiskan dgn sekeping lagi roti

Resepi Bebola Roti

Resepi Bebola Roti

Bahan-Bahan:

1 kg tepung gandum
100 gm ibu roti
1 camca sedang garam
4 gelas air
10 biji telur, dipukul
2 camca sedang serbuk lada sulah
4 biji bawang besar, dipotong dadu
3 tangkai cili merah, dipotong
3 tangkai cili hijau, dipotong
Sedikit minyak untuk menggoreng

Cara:

Pukul telur bersama serbuk lada sulah, garam, cili hijau, bawang besar dan cili merah. Panaskan minyak di dalam kuali. Goreng telur dan hancur-hancurkan. Ketepikan. Tepung diayak dan diuli bersama air, garam dan ibu roti. Biarkan hingga tepung naik. Kemudian bulat-bulatkan tepung dan goreng hingga kuning. Angkat. Apabila roti sejuk, potong melintang ditengah-tengah roti dan bubuh inti telur tadi.
Koleksi Resepi Kegemaran Dari Berbagai Sumber Rujukan Dan Internet Untuk Di Kongsi Bersama