Showing posts with label mee. Show all posts
Showing posts with label mee. Show all posts

Saturday, March 5, 2011

Resepi Mee Udang

Resepi Mee Udang

Bahan bahan

500 gm mee
50 gm udang basa
60 gm isi ayam panggang
65 gm kek ikan
50 gm tauge
50 gm kangkung
10 gm daun bawang
10 gm bawang goreng
20 gm pes udang
1 liter air
garam dan serbuk perasa secukup rasa

Bahan Pes Udang

200 gm udang
50 gm bawang putih
60 gm cili kering
80 gm bawang merah
garam dan gula

Cara menyediakan Pes udang

Kisar semua bahan dan tumis sehingga kering

Cara Memasak

1) Isikan air kedalam periuk dan masukkan pes udang.Biarkan mendidih dan masukkan garam secukup rasa.
2) Celur mi,kangkung,kek ikan,telur puyuh,bebola ikan,udang,ayam dan tauge.
3) Kemudian masukkan ke dalam mangkuk.
4) Curahkan kuah udang dan hiaskan dengan daun bawang dan bawang goreng.

Resepi Mee Rebus

Resepi Mee Rebus

Bahan - bahan

160gm Udang
20gm Bawang merah (kisar)
30gm Cili kering (kisar)
10gm Bawang putih (kisar)
30gm Rempah kari daging
3batang Serai (titik)
300gm Daging atau ayam
600gm Mee kuning (celur)
200gm Tauge
3biji Telur rebus
4keping Tauhu goreng
5biji Limau kasturi
50gm Daun sup dan daun bawang
100gm cili hiris
Garam dan serbuk perasa
minyak untuk menumis

Cara menyediakan:

1. Panaskan minyak,masukkan serai dan bahan-bahan yang dikisar. Biarkan hingga naik minyak. Masukkan kari yang digaul dengan air. Masukkan daging atau ayam dan air.
2. Biarkan sehingga lauk betul betul masak dan kuah menjadi pekat.
3. Masukkan garam dan serbuk perasa. Pastikan kuah tadi tidak terlalu pekat. Ini kerana apabila sejuk ia menjadi lebih pekat. Setelah masak,hidangkan bersama mee.

Resepi Mee Kari

Resepi Mee Kari

Bahan-bahan

300gm mee
100gm udang basah (buang kulit)
100gm isi ayam yang sudah di masak
10biji telur puyuh
10biji bebola ikan
50gm kek ikan
20gm tauge
30gm kerang (rebus)
10gm daun bawang
10gm bawang goreng
30gm pes kari
1liter santan
garam dan serbuk perasa secukupnya

Bahan pes kari

60gm serbuk kari
50gm bawang putih
80gm bawang merah
gula dan garam
40gm cili kering

Cara menyediakan

1.Kisar semua bahan,tumis hingga kering dan masukkan serbuk kari ke dalam periuk.
2. Kemudian masukkan santan dan bahan perasa secukupnya,biarkan mendidih. setelah cukup rasa, boleh lah di angkat.
3. Celur mee,udang,kerang,kek ikan,bebola ikan,tauge dan telur.
4. Kemudian masukkan ke dalam mangkuk. Curahkan kuah mee yang telah di masak tadi.
5. Hiriskan dengan daun bawang dan bawang goreng.

Thursday, December 23, 2010

Resepi Mee Hailam

Resepi Mee Hailam

Bahan-Bahan:

½ kilo mee kuning
3 ulas bawang putih, ditumbuk
3 sudu besar minyak masak
2 sudu besar tepung jagung
4 sudu besar sos tiram
1 sudu teh serbuk pati ayam
2 ½ cawan air
100 gm daging
100 gm ayam
6 ekor udang sederhana besar
2 ekor sotong, dipotong bulat
½ batang carrot, dipotong bulat
1 pokok sawi, dipotong
4 batang jagung muda, dipotong memanjang
5 biji cendawan butang, dipotong dua
4 biji cili padi diketuk
½ sudu teh serbuk lada putih
Garam dan gula secukup rasa

Cara:

Panaskan minyak. Tumis bawang putih sehingga kekuningan. Masukkan tepung jagung. Kacau sebentar.
Kemudian masukkan air, sos tiram dan serbuk pati ayam. Apabila kuah mendidih, masukkan daging, ayam, udang dan sotong.
Kemudian, masukkan garam, gula dan serbuk lada putih secukup rasa. Apabila sudah empuk, masukkan lobak merah, sawi, jagung muda, cendawan butang dan cili padi. Kacau selama 2 minit.

Monday, January 18, 2010

Resepi Bihun Sup

Bihun Sup

Bahan-Bahan:

600 gm tulang daging
300 gm tauge
600 gm bihun
150 gm kacang tanah
6 labu bawang merah
4 sudu besar minyak
3 sudu besar cili mesin
1 sudu besar lobak masin
1 pokok daun saderi
1 pokok daun bawang
2 biji asam limau
2 biji cili merah
4 keping tauhu
Garam secukup rasa
Gula secukup rasa

Cara:

Potong daun saderi dan daun bawang sepanjang 1.5 cm. Bersihkan tulang dan rebus bersama garam. Masukkan 1 sudu besar daun bawang dan daun saderi. Masak selama 1 jam. Celur bihun dan ketepikan. Celur tauge dan lobak masin. Ketepikan. Mayang bawang merah dan goreng. Goreng tauhu dan apabila masak hiris nipis-nipis. Goreng kacang tanah tanpa minyak. Tumbuk atau mesin hingga halus. Panaskan 1 sudu teh minyak dalam kuali dan tumis cili mesin. Masukkan garam dan gula. Angkat dan ketepikan. Apabila menghidang elok disediakan mangkuk berasingan bagi setiap orang. Masukkan bihun, taburkan daun saderi, daun bawang, bawang goreng, tauhu, lobak masin dan tauge. Tuangkan kuah ke atas bihun. Taburkan kacang tanah dan satu sudu teh cili tumis. Perah limau nipis dan tabur cili potong, jika suka.

Resepi Char Kue Teaw

Char Kue teau

Bahan-Bahan:
1 bungkus kueteau
3 pohon daun kuchai dipotong ½ inc
2 sudu cili boh
sedikit kerang
sedikit tauge
1 tauhu basah ( kalau mahu )
4 ulas bawang putih di ketuk
2 biji telur
Sedikit garam
4 sudu besar kicap manis
½ sudu teh cuka
½ cawan air
sedikit minyak

Cara:
Panas minyak masukkan bawang putih hingga berbau wangi masukkan cili boh dan tumis.masukkan 1 sudu kicap dahulu.
kemudian masukkan air tadi.
masukkan cuka
masukkan telur sebiji dan tahu.
apabila mendidih masukkan kueteu
masukkan 3 sudu kicap lagi gaul hingga rata
masukkan sebiji telur lagi. kemudian masukkan tauge dan daun kucai .
biarkan 20 saat pastu hidang

pastikan jangan terlalu kering biar basah aje
Koleksi Resepi Kegemaran Dari Berbagai Sumber Rujukan Dan Internet Untuk Di Kongsi Bersama