Showing posts with label makanan ringan. Show all posts
Showing posts with label makanan ringan. Show all posts

Thursday, December 23, 2010

Resepi Buah Melaka

Resepi Buah Melaka

Bahan-Bahan:

240 gm tepung pulut
¾ cawan air panas
1 sudu jus pandan
Beberapa titik pewarna hijau
120 gm gula melaka, dipotong dadu)
½ biji kelapa parut,
Secubit garam

Cara:

Ayak tepung pulut ke dalam satu bekas. Campurkan air panas, jus pandan dan pewarna hijau. Uli tepung sehingga rata. Uli adunan saiz bola pingpong dan masukkan gula Melaka di tengahnya. Panaskan air dan masukkan sehelai daun pandan serta sedikit garam. Masukkan adunan yang telah siap ke dalam air mendidih. Masak sehingga bebola tepung tersebut terapung ke atas. Angkat bebola tersebut dan gaulkan bersama kelapa yang telah ditabur dengan sedikit garam.

Wednesday, June 16, 2010

Resepi Puff

Puff

Bahan-Bahan:

1 kg tepung roti
600 gm marjerin pastri
200 gm marjerin
100 gm gula
10 gm garam
Telur
Air secukupnya

Cara:

Tepung roti, garam, gula digaul & masukkan jadikan 1 doh, bahagikan kepada 3 bahagian .Ambil 1 bahagian dicanai setebal 2 cm. Marjerin pastri dipecahkan 3 bahagian, letakkan atas doh tadi. Tekan dgn pencanai & pusingkan serta gelek setebal 1/2cm & potong segi empat (3x3cm) & canaikan setebal 3mm. Sapukan telur serta isikan inti di setiap permukaan & lipat dua. Inti yang digunakan bergantung pada citarasa anda.

Resepi Popia Goreng

Resepi Popia Goreng

Bahan-Bahan:

50 keping kulit popia
500 gm tauge
200 gm kacang peas
50 sen udang kering (ditumbuk halus)
1 biji sengkuang (ukuran sederhana)
1 biji timun
200 gm daging ayam
2 biji bawang merah (dimayang)
Sedikit bancuhan tepung gandum (untuk melekatkan kulitnya)
Sedikit minyak untuk menggoreng
Sedikit garam dan serbuk perasa

Cara:

Bersih tauge dan buangkan ekornya. Kemudian toskan. Sengkuang dan timun diparut memanjang. Pijarkan minyak dalam kuali. Tumiskan bawang merah, ayam dan udang kering hingga wangi. Bila telah agak kering, masukkan sengkuang dan kacang peas. Tambahkan garam dan serbuk perasa. Kacaulah hingga cukup masak kemudian angkat. Bentang sehelai kulit popia. Letakkan bahan yang telah dimasak, timun dan tauge kemudian bungkuslah dan gamkan dengan bancuhan tepung gandum tadi. Buat begini sehingga habis. Panaskan minyak dan gorenglah hingga garing. Setelah itu angkat dan toskan minyak.

Untuk menyediakan sosnya:

Tumbuk 3 biji cili merah hingga lumat. Tambah 2 ulas bawang putih dan tumbuk lagi hingga lumat. Tambahkan gula, garam dan cuka secukup rasa. Setelah siap, bolehlah dihidang bersama popia goreng tadi.
Koleksi Resepi Kegemaran Dari Berbagai Sumber Rujukan Dan Internet Untuk Di Kongsi Bersama