Showing posts with label ketam. Show all posts
Showing posts with label ketam. Show all posts

Monday, March 7, 2011

Resepi Sup Ketam

Resepi Sup Ketam

Bahan- bahan

2 ekor ketam
2 ulas bawang putih (dihiris)
2 ulas bawang merah (dihiris)
1 inci halia (dihiris)
1 biji tomato (dihiris)
1 hiris batang sup (dihiris)
1 sudu air limau nipis
1 tangkai daun sup
1 sudu teh jintan manis (dikisar)
1 sudu teh jintan putih (dikisar)
1 sudu teh lada putih (dikisar)
sedikit bawang goreng
sedikit daun sup
1 mangkuk air
sedikit minyak
sedikit garam
sedikit bahan perasa

Cara penyediaan

1) Tumis bahan-bahan hiris dan kisar sehingga kekuning-kuningan dan naik bau..
2) Kemudian , masukkan air dan biarkan sehingga mendidih.
3) Masukkan ketam,garam,serbuk perasa dan air limau
4) Angkat dan taburkan daun sup dan bawang goreng .
5) Sedia dihidangkan

Monday, January 18, 2010

Resepi Ketam Masak Lada Hitam

Ketam Masak Lada Hitam

BAHAN-BAHAN
:

2 ekor ketam

2 ulas bawang putih

1 labu bawang besar

40 gm halia

1 tangkai cili merah

50 gm sos lada hitam

2 sudu besar kicap cair

1 sudu besar kicap pekat

1 biji telur

1 sudu lada hitam (tumbuk)

1 sudu kecil minyak bijan


CARA MENYEDIAKAN:

1) Rebuskan ketam dan ketepikan.

2) Panaskan minyak, tumiskan bawang putih, bawang besar, halia dan cili yang

dihiris halus.

3) Kemudian masukkan sos lada hitam, kicap cair, kicap pekat dan lada hitam.

Kacau rata.

4) Masukkan ketam, minyak bijan dan minyak bawang putih.

5) Masukkan garam secukup rasa dan telur yang telah dipukul. Gaul rata dan biarkan

mereneh.

sumber : sajionline

Resepi Ketam Goreng Bercili

Ketam Goreng Bercili

BAHAN-BAHAN
:

2 ekor ketam

6 sudu besar sos cili

2 sudu besar sos tiram

3 sudu besar sos Thai

Garam dan gula



BAHAN KISAR:

4 ulas bawang merah

2 ulas bawang putih

3 cm halia

2 batang serai

6 tangkai cili merah

6 tangkai cili kering



CARA MENYEDIAKAN:

1. Goreng ketam yang digaul dengan kunyit dan ketepikan.

2. Panaskan kuali dan masukkan bahan kisar dan tumis sehingga naik bau.

3. Masukkan semua sos, kemudian bubuh garam dan gula secukup rasa dan tumis lagi.

4. Setelah bahan tumis pecah minyak, masukkan ketam dan kacau hingga sekata.
Koleksi Resepi Kegemaran Dari Berbagai Sumber Rujukan Dan Internet Untuk Di Kongsi Bersama