Posts

Showing posts with the label kek

Resepi Kek LobakMerah

Resepi Kek LobakMerah Bahan-bahannya: 175 gm tepung naik sendiri 125 gm mentega 120 gm gula halus 50 gm lobak merah 50 gm kacang walnut 4 biji telur 1 sudu kecil esen vanilla Cara membuat: 1. Pukul mentega dan gula halus hingga berkrim. 2. Dalam mangkuk lain, pukul telur hingga kembang. 3. Masukkan telur sedikit-sedikit ke dalam adunan mentega. Pukul lagi hingga adunan rata. 4. Kemudian masukkan tepung naik sendiri,kacang walnut,lobak merah dan di gaul rata. 5. Masukkan adunan ke dalam acuan kek. 6. Bakar di dalam ketuhar dengan suhu 180c selama 45 minit. Sejukkan kek ini.

Resepi Kek Kukus

Resepi Kek Kukus Bahan-bahannya: 3 cawan Mentega 3 cawan gula perang 6 biji telur 1 kotak buah-buahan campuran 4 cawan tepung gandum 1 sudu teh esen vanila 1 sudu teh esen ros Sedikit gula hangus Buah ceri hiasan Cream of tartar,bikarbonat dan serbuk buah pala. Cara menyediakanya: 1. Pukul gula dan mentega hingga sebati kemudian masukkan telur satu demi satu. Pukul hingga kembang. 2. Kemudian masukkan tepung sedikit demi sedikit sehingga habis. Masukkan buah-buahan campuran dan kacau. 3. Masukkan gula hangus dan kacau sehingga sebati kemudian dikukus kira-kira 3 jam.

Resepi Kek Batik Gulung

Resepi Kek Batik Gulung Bahan-bahannya: 150 gm Gula pasir 110 gm Tepung gandum 70 gm Lepa susu berkrim (dicairkan) 60 gm Tepung jagung 25 ml Air sejuk 1 sudu besar Ovellet 1 sudu besar Koko emalco 1/2 sudu besar serbuk koko 2 sudu kecil serbuk penaik 9 biji Kuning telur 6 biji Putih telur Sedikit jam buah-buahan Cara membuat: 1. Satukan gula pasir,kuning telur,putih telur dan pukul hingga kembang. 2. Masukkan ovellet,tepung gandum,tepung jagung dan serbuk penaik. Gaulkan adunan hingga sebati. 3. Kemudian masukkan air, lepa susu berkrim dan pukul hingga sebati. 4. Bahagikan adunan ini pada dua bahagian iaitu adunan warna asal dan satu bahagian lagi di bubuh koko emalco. 5. Tuangkan adunan warna asal ke dalam acuan dan lapiskan dengan adunan koko emalco. Tuangkan kedua adunan ini berselang-seli hingga habis. 6. Bakar kek ini dalam ketuhar dengan suhu 200c selama 20 minit. 7. Apabila kek sejuk, sapukan dengan jam buah-buahan . Kemudian gulungkan kek ini dengan kemas.

Resepi Kek Pisang

Resepi Kek Pisang Bahan-bahan: 250 gram gula 500 gram tepung gandum 2 biji telur 1 sudu maka susu ½ sudu teh garam 1 cawan pisang lenyek – pisang masak 1 sudu teh baking soda 1 sudu teh serbuk penaik ½ cawan mentega Cara penyediaan: Putar mentega dan gula sehingga ringan dan gebu. Masukkan telur yang telah dipukul sedikit diikuti susu dan pisang lenyek. Masukkan tepung, baking soda, serbuk penaik dan garam. Putar/kacau hingga mesra dan tuangkan ke dalam loyang roti/kek yang telah digris dengan mentega. Bakar dalam ketuhar pada suhu sederhana sehingga masak, anggaran selama sejam. Cucuk dengan lidi untuk pastikan kek masak. Sedia untuk dihidangkan panas-panas atau sejuk. Sedap dimakan bersama aiskrim atau sos kastard.

Resepi Kek Coklat

Resepi Kek Coklat Bahan-bahan: 200 g coklat masakan 150 g mentega tawar 3 biji telur 3 kuning telur 100 g gula pasir 100 g tepung gandum, ayak Pelengkap: 150 g coklat masakan, cincang, cairkan Cara penyediaan: Griskan 8 acuan tahan panas bentuk bulat atau yang lain. Cincang coklat, ketepikan 50 g untuk isian. Cairkan baki coklat bersama mentega hingga bersatu. Pukul telur dan gula hingga kembang. Masukkan coklat cair, kacau rata. Tambahkan tepung gandum, kacau lagi hingga rata. Tuang adunan ke dalam acuan. Masukkan beberapa potong coklat di bahagian tengahnya. Masukkan ke dalam ketuhar panas 180 C selama 30 minit. Angkat, biarkan hingga agak sejuk. Renjis permukaannya dengan coklat cair. Sedia untuk dihidangkan.

Resepi Kek Pisang Kukus

Resepi Kek Pisang Kukus Bahan-bahan: 1 ½ cawan tepung gandum, ayak bersama 1 sudu baking powder ½ cawan gula kastor 2 biji telur 2 biji pisang masak dilecek/dikisar atau ½ cawan pisang lecek/kisar 2 sudu teh minyak jagung 1 ½ sudu teh susu Cara penyediaan: Panaskan kukusan. Pukul telur dan gula hingga kembang dan warna pucat. Masukkan minyak jagung, susu dan pisang. Kacau atau putar hingga sebati. Masukkan tepung yang telah diayak bersama baking powder. Kacau perlahan-lahan hingga adunan sebati. Tuangkan adunan ke dalam loyang yang telah digris dengan minyak atau marjerin. Masukkan ke dalam kukusan dan kukus hingga masak anggaran selama 15 minit. Uji dengan cucukan lidi untuk memastikan kek masak. Setelah masak, biarkan sejuk pada suhu bilik sebelum dikeluarkan dari loyang. Sedia untuk dihidangkan Nota: Jangan buka penutup kukusan semasa memasak (anggaran 15 minit) untuk mengelak kek dari bantat.