Showing posts with label ayam. Show all posts
Showing posts with label ayam. Show all posts

Monday, January 18, 2010

Resepi Gulai Lemak Tempoyak Ayam

Gulai Lemak Tempoyak Ayam

BAHAN-BAHAN
:

1/2 ekor ayam (potong kecil)

1/2 cawan tempoyak

5 keping asam gelugor

5 ulas bawang merah (tumbuk)

20 tangkai cili padi (tumbuk)

3 cm kunyit hidup (tumbuk)

2 cawan santan pekat

1 cawan santan cair

1 batang timun (buang biji)



CARA MENYEDIAKAN:

1. Tumis bahan tumbuk sehingga naik bau.

2. Masukkan ayam bersama santan cair dan gaul rata.

4. Masukkan tempoyak dan asam gelugor, gaul rata lagi.

5. Apabila kuah mendidih, masukkan timun.

6. Masukkan santan pekat, garam.

7. Biarkan mendidih hingga agak pekat.

Resepi Ayam Bakar Berempah

BAHAN A:

500 gm peha ayam

8 ulas bawang putih

5 ulas bawang merah

3 cm halia

3 cm lengkuas

2 batang serai

Gula dan garam



BAHAN KISAR:

1 sudu kecil jintan manis

1 sudu kecil jintan putih

1 batang kayu manis

1 sudu kecil ada hitam

1 sudu kecil ketumbar

2 kuntum bunga lawang



CARA MENYEDIAKAN:

1. Kisar semua bahan A (kecuali ayam) dan ambil jusnya. Kemudian perapkan bersama ayam. Bubuhkan sekali gula dan garam.

2. Setelah itu, gaulkan pula bahan B dan perap selama sejam.

3. Bakar dengan suhu 180o selsius selama 30 minit.

sumber : sajionline
Koleksi Resepi Kegemaran Dari Berbagai Sumber Rujukan Dan Internet Untuk Di Kongsi Bersama