Showing posts with label agar-agar. Show all posts
Showing posts with label agar-agar. Show all posts

Wednesday, June 16, 2010

Resepi Agar-Agar Jagung

Agar-Agar Jagung

Bahan-Bahan:

1 bungkus agar-agar tali
1 tin jagung krim
1 tin susu cair
2 cawan gula pasir
Pewarna kuning telur
1 sudu teh esen vanilla
3 cawan air

Cara:

Didihkan air dan masukkan agar-agar hingga hancur. Masukkan jagung krim yang telah dikisar, gula dan susu cair. Kacau rata dan didihkan sebentar sebelum memasukkan pewarna dan esen vanilla.
Tuangkan agar-agar ke dalam acuan mengikut suka dan sejukan.

Resepi Agar-agar Coklat

Agar-agar Coklat

Bahan-Bahan:

7 g agar-agar (direndam dan ditoskan)
5 cawan air mendidih
1 cawan gula pasir
1 cawan susu sejat
1 camca teh esen vanilla
2 camca sederhana serbuk koko
½ cawan air panas
4 butir putih telur (dipukul hingga kental)

Cara:

Masukkan agar-agar ke dalam air mendidih. Didihkan terus hingga agar-agar itu hancur, sambil mengacaukan selalu. Masukkan gula dan kacau hingga hancur. Masukkan susu dan didihkan sambil mengacaunya. Masukkan pula esen vanilla, kacau hingga rata. Angkat periuk dari api. Tapiskan campuran itu dengan kain kasa. Masukkan bancuhan koko dan kacau hingga rata. Masukkan pula putih telur, kacau rata-rata dan tuangkan agar-agar ke dalam acuan. Biarkan hingga sejuk, kemudian masukkan ke dalam peti sejuk supaya beku dan sejuk. Hidangkan sejuk bersama sos kastad.

Resepi Agar-agar Buah-buahan

Agar-agar Buah-buahan

Bahan-Bahan:

1 liter air
300 g serbuk agar-agar kristal 1 tin buah-buahan koktel

Cara:

Didihkan air di dalam periuk. masukkan serbuk agar-agar dan kacau hingga larut. Masukkan buah-buahan dan kacau sedikit. Tuangkan agar-agar ke dalam acuan dan sejukkan di dalam peti sejuk sebelum dihidangkan.

Resepi Agar-agar Badam

Agar-agar Badam

Bahan-Bahan:

1 liter air
17 gm agar-agar
175 gm gula
250 ml susu segar
Sedikit perasa badam

Cara:

Didihkan air bersama agar-agar. Masukkan gula setelah agar-agar larut. Kacau hingga sebati. Tuangkan susu segar ke dalam campuran agar-agar dan masukkan perasa badam. Tuang agar-agar ke dalam acuan dan bekukan.

Resepi Agar Agar Telur

Agar Agar Telur

Bahan-Bahan:

1 bungkus agar agar
1250ml air
1 ½ cawan susu pekat
gula secukup rasa
1 biji keledek merah atau kentang direbus dengan sikit garam
daun pandan
kulit telur ayam secukupnya

Cara:

rebus agar agar dgn 1250ml dan daun pandan hingga hancur.
buatkan bebola kecil drp ubi yg telah dilecek.
masukan susu manis dan gula sambil dikacau hingga mendidih.
tuangkan agar agar kedalan kulit telur tadi dan masukkan sebiji bebola ubi. biarkan beku.
kopekan kulit telur tadi sebelum dihidangkan

Cadangan Hidangan:

boleh dimakan dengan buah buahan koktel atau apa saja buah kegemaran anda

Resepi Agar Agar Batik

Agar Agar Batik

Bahan-Bahan:

1 paket agar agar
1200ml air
1 cawan susu pekat manis
RM1 gula merah masak bersama 2 cawan air campurkan gula putih secukup rasa
daun pandan

Cara:

Rebus agar agar hingga hancur bersama daun pandan.
asingkan suku bahagian kedlm periuk lain dan campurkan susu.biar mendidih sambil dikacau.tutup api dan tuang dalam acuan 4 segi.biar beku.
lebihan agar agar dicampurkan dengan air gula merah.
hiris memanjang agar agar susu tadi dan susun selang seli dalam bekas lain sehingga habis
tuang agar agar gula merah perlahan lahan kedalam susunan agar agar susu.
biarkan beku sebelum dihidangkan

Resepi Agar - Agar Buah Laici

Agar - Agar Buah Laici

Bahan-Bahan:

1 tin laici (asingkan airnya, buah laici dihiris nipis)
1 ½ cawan gula pasir
1 peket agar-agar
2 helai daun pandan
5 cawan air

Cara:

Masak agar-agar sampai hancur, bersama dengan simpulan daun pandan.Kemudian, masukkan gula. Selepas gula hancur, masukkan air laici yang telah diasingkan tadi.

Kemudian tuang ke dalam acuan yang telah disejukkan terlebih dahulu. Taburkan hirisan laici tadi. Kacau sedikit supaya hirisan tidak terkumpul disatu tempat sahaja. Sejukkan.
Koleksi Resepi Kegemaran Dari Berbagai Sumber Rujukan Dan Internet Untuk Di Kongsi Bersama