Saturday, March 5, 2011

Resepi Nasi Lemak Kukus (2)

Resepi Nasi Lemak Kukus (2)

Bahan-bahan nasi.

1 kilo beras,
5 cawan santan
3 helai daun pandan
2 cm halia di hiris
3 biji bawang merah
garam secukup rasa

Bahan-bahan sambal.

125gm ikan bilis (digoreng)
125gm bawang merah
60gm cili kering (direndam & ditoskan)
6biji buah keras
5sm belacan (dibakar)
2sudu besar minyak masak
1batang serai (dititik)
sedikit air asam jawa
garam dan bahan perasa lain

Bahan sampingan.

2 biji telur
sedikit kacang tanah goreng
sedikit timun.

Cara-cara menyediakan nasi.

Basuh beras dan tos,masuk semua bahan dalam periuk,masak hinga sebati dengan santan,,
Pindahkan nasi kedalam kukus berlubang dan kukus hingga naik wap selama 30 minit.
sedia di hidang bersama bahan lain.

Cara-cara menyediakan sambal.

Untuk sambal, kisarkan cili kering,bawang,belacan dan buah keras.
Tumis sehingga kering sedikit. Masukkan air asam jawa,garam dan bahan perasa lain secukupnya. Masukkan ikan bilis. Sedia dihidang bersama nasi.

No comments:

Koleksi Resepi Kegemaran Dari Berbagai Sumber Rujukan Dan Internet Untuk Di Kongsi Bersama