Saturday, March 5, 2011

Resepi Laksam (2)

Resepi Laksam (2)

Bahan-bahan laksam
1/2 peket tepung beras
500ml air

Bahan untuk kuah:

500gm ikan kembung
1sudu kecil lada hitam
5ulas bawang merah
1liter santan
3keping asam keping
garam dan bahan perasa secukupnya.

Bahan hiasan

6tangkai cili merah (tumbuk bersama garam)
1biji timun (mayang)
40gm kacang panjang (mayang)
40 gm daun selom (mayang)
100 gm taugeh
3 cm belacan (bakar dan potong kiub)
3 biji limau nipis

Cara penyediaan Laksam

1) bancuh tepung beras dgn air hingga sebati.Buat adunan seperti telur dadar.
2) Sediakan kukusan .Alaskan bhgn penutup kukusan dengan tudung periuk.
3) Sapukan sedikit minyak, kemudian tuangkan adunan tadi.
4) Tutup semula kukusan tadi. Apabila adunan tepung menggelembung,angkat dan gulung kemas.
5) Potong laksam bulat bulat. Kemudian taburkan dengan bahan ulam dan tuangkan kuah di atas nya..

Cara penyediaan kuah

1) ikan kembung dibersihkan dan direbus. Setelah masak, tuskan dan ambil isinya dan tumbuk hingga lumat.
2) Masukkan bahan tumbuk kedalam santan. Seterusnya masukkan asam keping dan garam.
3) Tenggekkan di atas api hingga mendidih dan sebati

No comments:

Koleksi Resepi Kegemaran Dari Berbagai Sumber Rujukan Dan Internet Untuk Di Kongsi Bersama