Saturday, March 5, 2011

Resepi Ikan Masam Manis

Resepi Ikan Masam Manis

Bahan - bahan:

4ekor Ikan kembung
1biji Bawang besar
2ulas Bawang putih
1tangkai cili merah
1biji Timun
1biji Tomato
2sudu sayur campur
3sudu besar Sos tomato
2sudu besar Sos cili
50ml Air
1sudu kecil Air limau nipis
minyak masak
sedikit garam dan bahan perasa
sedikit kunyit

Cara menyediakan:

1. Ikan dibuang perutnya dan dibersihkan.
2. Keringkan ikan dan gaulkan dengan garam dan kunyit, perap selama 15minit.
3. Goreng ikan sehingga kekuning-kuningan. Angkat dan letakkan di dalam pinggan. Ketepikan.
4. Tumis bawang besar sehingga kekuning-kuningan.
5. Kemudian, masukkan semua sos,air limau nipis dan air. Kacau sehingga mendidih.
6. Setelah cukup pekat, masukkan cili merah dan bahan yang telah dipotong tadi.
7. Angkat dan tuang diatas ikan sehingga rata.
8. Sedia dihidangkan.

No comments:

Koleksi Resepi Kegemaran Dari Berbagai Sumber Rujukan Dan Internet Untuk Di Kongsi Bersama