Thursday, February 10, 2011

Resepi Sup Gearbox Berempah

Resepi Sup Gearbox Berempah

Bahan-bahan

1 Batang Kaki Lembu (dipotong 2)
1 kg daging cincang
10-15 ulas bawang kecil
5-7 ulas bawang putih
4-6cm halia
50 - 100 gram jintan kasar
50 - 100 gram jintan halus
50 gram ketumbar
2-3 batang kayu manis
5 biji buah pelaga
7-10 biji cengkih
5- 7 kuntum bunga lawang
10-20 biji lada hitam
daun sup (potong jgn terlalu halus)
daun bawang (potong jgn terlalu halus)
bawang goreng
garam (secukup rasa)

Cara memasak

1. Rebus kaki lembu dan daging cincang dan masukkan lada hitam.
2. Kisar jintan manis,jintan kasar,ketumbar,bawang kecil,bawang putih dan halia hingga hancur.
3. Panaskan minyak dan tumiskan kayu manis,buah pelaga,bunga lawang dan cengkih hingga wangi.
4. Kemudian masukkan bahan yang dikisar tadi dan tumis hingga agak garing dan naik bau.
5. Setelah itu masukkan bahan yang ditumis (kalau boleh jangan ambil minyak tumisan kerana tidak mahu sup terlampau berminyak) tadi kedalam periuk dan masukkan garam. Biarkan sehingga daging empuk.
Pastikan air sentiasa cukup dan tambah jika kurang.
6. Bila empuk masukkan daun sup,daun bawang dan bawang goreng.Kacau dan tutup periuk supaya bau wangi tidak hilang.Biarkan seketika.
7. Hidangkan (pastikan kaki lembu@ gearbox sudah empuk).

Nota :

A) Kuantiti rempah terpulang kerana jika ingin rempah yang lebih pun boleh dan pastikan yang sup tidak terlalu cair.
B) Kepada yang sukakan pedas bolehlah masukkan cili padi bila dihidangkan.
C)Gunakan straw untuk menyedut sum-sum didalam gearbox.

No comments:

Koleksi Resepi Kegemaran Dari Berbagai Sumber Rujukan Dan Internet Untuk Di Kongsi Bersama