Thursday, February 10, 2011

Resepi Rendang Pedas Daging Arnab

Resepi Rendang Pedas Daging Arnab

BAHAN-BAHANNYA :

1 kg daging arnab
4 helai daun kunyit
2 keping asam gelugor
2 biji kelapa
20 tangkai cili kering
10 ulasa bawang merah
5 ulas bawang putih
3 batang serai

CARA MEMBUATNYA :

1. Daging dibilas dan ditos airnya. Ambil setengah kelapa di buat kerisik. Selebihnya diambil
santan secukupnya
2. cili kering ditumbuk halus .bawang merah dimayang halus begitu juga dengan bawang putih
di mayang halus.
3.Daun kunyit dan serai dipotong halus .Kesemua bahan tadi dimasukkan kedalam periuk
bersama dengan arnab. Setelah mendidih masukkan asam keping, daun kunyit,dan
garam secukup rasa
4.biarkan hingga kuah jadi kering.

No comments:

Koleksi Resepi Kegemaran Dari Berbagai Sumber Rujukan Dan Internet Untuk Di Kongsi Bersama