Thursday, December 23, 2010

Resepi Sambal Ikan Tenggiri

Resepi Sambal Ikan Tenggiri

Bahan-Bahan:

4 keping Ikan tenggiri
8 ulas Bawang Merah Kecil
21 biji Cili Kering
7 biji Cili Api
3 sudu besar Minyak masak
1 ulas kunyit hidup
3 besar ibu jari Asam Jawa
1 Bawang Merah Besar untuk hiasan (dipotong bulat)
Garam secukup rasa.
Gula puteh 1 sudu kecil

Cara:

Tumbuk kunyit hidup digaul bersama ikan
Ikan digoreng sehingga garing.Setelah ikan digoreng tos dan angkat,asingkan.Bawang merah kecil dan cili kering dikisar halus.Kemudian panaskan minyak untuk menumis cili dan bawang yang sudah dikisar tadi.Tumis hingga cili & bawang tadi masak secukupnya (15 minit),masokkan garam & dan gula.Kemudian masukkan ikan selama 3 minit kedalam cili& bawang yg ditumis hingga sebati.Akhir sekali masukkan bawang merah besar dan gaul selama 1 minit.Angkat dan bolehlah hidangkan.

Tambahan:

Semasa cili & bawang dikisar hanya gunakan air sedikit,sebanyak setengah cawan air.

Resepi Sup Soto

Resepi Sup Soto

Bahan-Bahan:

1 ekor ayam
1 inci kulit kayu manis
2 biji buah pelaga
3 cm halia
1 bungkus sup bunjut
Sedikit bunga lawang
5 sudu besar minyak masak
3 ulas bawang putih
5 ulas bawang merah
Sedikit daun sup dan daun bawang
Sedikit garam

Cara:

Panaskan minyak masak dan tumis semua bahan-bahan, kulit kayu manis, buah pelaga dan bunga lawang.
Apabila sudah naik bau masukkan bawang putih, bawang merah dan halia sehingga kelihatan kekuningan. Masukkan air dan biarkan sehingga mendidih. Selepas itu masukkan sup bunjut.
Masukkan ayam dan biar sehingga ayam betul-betul masak. Akhir sekali, masukkan daun sup dam daun bawang.

Resepi Laksam

Resepi Laksam

Bahan-Bahan:

Bahan Kuah:
300 gm isi ikan
150 ml santan pekat (tambah air jika perlu)
4 ulas bawang merah (dikisar)
4 ulas bawang putih (dikisar)
1 batang serai (dikisar)
Sedikit halia (dikisar)
2 kiub pati ayam
1 cawan tepung beras
1 cawan tepung ubi
2-3 cawan air
sedikit garam

Sedikit kacang panjang, tauge, kobis, daun selasih, sengkuang, timun & daun salam (dihiris)
Minyak masak, garam & lada sulah

Cara:

Bancuh tepung beras, tepung ubi, garam & air hingga sebati. Ambil satu senduk adunan & masukkan ke dalam loyang bulat. Pastikan adunan tidak terlalu tebal. Kukus hingga masak. Keluarkan dari loyang & digulung. Ulangi proses ini hingga adunan habis. Ketepikan. Tumiskan bahan yang dikisar hingga garing. Masukkan isi ikan, kiub pati ayam & santan. Apabila mendidih, masukkan garam & serbuk lada sulah. Tutupkan api. Angkat & hidangkan.

Cadangan Hidangan:

Potong tepung laksam anggaran 1 cm tebal. Masukkan ke dalam mangkuk & bubuhkan sayur-sayuran. Kemudian tuangkan kuah panas. Enak juga dimakan dengan sambal belacan.

Resepi Pulut Kuning

Resepi Pulut Kuning

Bahan-Bahan:

2 cawan beras pulut (dikosek & ditoskan)
air yang mencukupi untuk meliputi pulut
1 sudu serbuk kunyit (dicampurkan)
2 ulas bawang putih
¼ sudu garam
1 ¾ cawan santan
2 helai daun pandan

Cara:

Masukkan bawang putih ke dalam air kunyit & rendamkan beras pulut ke dalamnya selama sekurang-kurangnya 3 jam. Toskan beras itu & buangkan bawang putih itu. Satukan garam & santan dalam sebuah periuk besar. Kacaukan hingga mendidih & masukkan beras pulut & daun pandan. Teruskan mendidih selama 1 minit, Kemudian kecilkan api.Masak dengan bertutup hingga pulutnya masak & kering. Buangkan daun pandan. Isikan pulut itu ke dalam pinggan & hidangkan panas-panas dengan rendang atau singgang ayam.

Cadangan Hidangan:

Untuk 4-6 orang saja

Tambahan:

Masakkan ini dihidangkan semasa jamuan-jamuan perayaan.

Resepi Mee Hailam

Resepi Mee Hailam

Bahan-Bahan:

½ kilo mee kuning
3 ulas bawang putih, ditumbuk
3 sudu besar minyak masak
2 sudu besar tepung jagung
4 sudu besar sos tiram
1 sudu teh serbuk pati ayam
2 ½ cawan air
100 gm daging
100 gm ayam
6 ekor udang sederhana besar
2 ekor sotong, dipotong bulat
½ batang carrot, dipotong bulat
1 pokok sawi, dipotong
4 batang jagung muda, dipotong memanjang
5 biji cendawan butang, dipotong dua
4 biji cili padi diketuk
½ sudu teh serbuk lada putih
Garam dan gula secukup rasa

Cara:

Panaskan minyak. Tumis bawang putih sehingga kekuningan. Masukkan tepung jagung. Kacau sebentar.
Kemudian masukkan air, sos tiram dan serbuk pati ayam. Apabila kuah mendidih, masukkan daging, ayam, udang dan sotong.
Kemudian, masukkan garam, gula dan serbuk lada putih secukup rasa. Apabila sudah empuk, masukkan lobak merah, sawi, jagung muda, cendawan butang dan cili padi. Kacau selama 2 minit.

Resepi Buah Melaka

Resepi Buah Melaka

Bahan-Bahan:

240 gm tepung pulut
¾ cawan air panas
1 sudu jus pandan
Beberapa titik pewarna hijau
120 gm gula melaka, dipotong dadu)
½ biji kelapa parut,
Secubit garam

Cara:

Ayak tepung pulut ke dalam satu bekas. Campurkan air panas, jus pandan dan pewarna hijau. Uli tepung sehingga rata. Uli adunan saiz bola pingpong dan masukkan gula Melaka di tengahnya. Panaskan air dan masukkan sehelai daun pandan serta sedikit garam. Masukkan adunan yang telah siap ke dalam air mendidih. Masak sehingga bebola tepung tersebut terapung ke atas. Angkat bebola tersebut dan gaulkan bersama kelapa yang telah ditabur dengan sedikit garam.

Resepi Nasi Lemak Kukus

Resepi Nasi Lemak Kukus

Bahan-Bahan:

5 cawan beras
2 biji pati santan
3 helai daun pandan
Garam secukup rasa

Cara:

Didihkan air dalam pengukus. Basuh beras dan kukus dalam pengukus selama 20 minit atau beras separuh masak. Keluarkan beras dari pengukus dan rendam dengan air sekurang-kurangnya 3-4 jam supaya beras memanjang 2 kali ganda. Tukar air selalu jika perlu penyejukan lebih cepat. Setelah itu, kukus semula beras yang telah memanjang tadi hingga masak atau lebih kurang 15 minit. Keluarkan nasi yang telah masak dan gaul bersama santan yang telah dicampur garam dan biar seketika atau 10 minit supaya santan menyerap masuk dalam beras. Akhir sekali, kukus lagi sekali bersama daun pandan hingga nasi kelihatan berderai, cantik dan santan yang terserap tadi masak.

Cadangan Hidangan:

Hidang bersama sambal tumis ikan bilis, telur rebus, kacang goreng, ikan bilis goreng, timun dan sayur kangkung.

Tambahan:

Semasa mengukus, lubangkan dengan jari beras tersebut supaya masak serata. Sekiranya hendak makan pada pagi, kukus dan rendam pada waktu malam sebelum. Lebih lama rendam, lebih panjang beras. Nasi lemak kukus ini lebih sedap dari yang ditanak biasa dan lebih untung kerana tiada kerak.

Resepi Nasi Ayam Hainan

Resepi Nasi Ayam Hainan

Bahan-Bahan:

Bhn A
1 ekor ayam dibelah 12
3 sudu besar sos tiram
3 sudu kicap manis
sedikit gula dan garam

Perap 30 minutes semua bhn diatas

Bhn B (Kicap Bijan)
500 ml stok ayam
3 sudu besar sos tiram
6 sudu besar kicap cair maggi
2 sudu besar tepung jagung
2 sudu besar minyak bijan

Didihkan bhn B hingga sebati

Bhn C

100 gm Cili hidup
6 ulas bawang putih
3 cm halia
2 sudu besar cuka
Gula dan garam ikut rasa

Blender kesemua bahan diatas

Bhn D

1000 ml stok ayam
3 cm halia - dimayang
3 ulas bwng putih - di mayang
1 bungkus sup bunjut
Daun ketumbar atau daun sop dan daun bawang

Renihkan bhn diatas untuk dijakan sup

Bhn E

3 pot beras
3 cm halia
6 biji bawang putih
1 helai daun pandan
Air Stock ayam mengikut citarasa lembut nasi
Blender hingga halus untuk menumis nasi

Cara:

1. Tumis Bhn E hingga naik wangi. Selepas tu masukan air stock ayam, Masukan garam dan daun pandan serta beras. Masak seperti biasa.
2. Ayam digoreng seperti biasa.

Cadangan Hidangan:

1. Hiris timun dan letak didalam pinggan.
2. Cincang ayam dan letak diatas timun tadi.
3. Tuangkan Bhn B diatas ayam
4. Taburkan sedikit daun sop/ketumbar dan daun bawang. Sedia dihidangkan.

Tambahan:

Ayam jangan digoreng terlalu lama. Ayam boleh menjadi keras. Nasi Ayam Hainan pasti bertambah sedap jika ayamnya lembut.

Resepi Black Pepper Steak

Resepi Black Pepper Steak

Bahan-Bahan:

bahan untuk daging:
350 gram daging yang dipotong nipis<½ inci>
3 sudu kicap
2 sudu black pepper
½ sudu kecil cuka/jus limau nipis/lemon

bahan untuk sos:
3 ½ sudu black pepper
1 keping cendawan kering
garam
1 sudu jus lemon/limau nipis
1 sudu air halia
2 sudu tepung jagung
1 cawan air putih
½ sudu kicap masin

Cara:

campurkan bahan2 diatas dan gaulkan bersama
daging itu tadi. peram daging selama 10-15 minit.

Cara:

1)ambil 2 sudu mentega,cairkan atas kuali panas..
2)masukkan daging yang telah diperam tadi,
masak daging hingga betul2 masak
3)setelah daging masak,buat sos pula

sos:
1)masukkan air
2)masukkan cendawan yang dicincang halus itu dan air/jus halia serta jus lemon
3)masukkan tepung jagung
4)letakkan garam secukupnya
5)masukkan juga kicap
6)seterusnya,masukkan black pepper

letakkan sos diatas daging itu tadi..

Cadangan Hidangan:

1)sebaiknya menggunakan jus lemon daripada jus limau nipis..untuk lebih sedap
2)cincang sehalus-halusnya cendawan kering.

Resepi Kek Pisang

Resepi Kek Pisang

Bahan-bahan:

250 gram gula
500 gram tepung gandum
2 biji telur
1 sudu maka susu
½ sudu teh garam
1 cawan pisang lenyek – pisang masak
1 sudu teh baking soda
1 sudu teh serbuk penaik
½ cawan mentega

Cara penyediaan:

Putar mentega dan gula sehingga ringan dan gebu.
Masukkan telur yang telah dipukul sedikit diikuti susu dan pisang lenyek.
Masukkan tepung, baking soda, serbuk penaik dan garam. Putar/kacau hingga mesra dan tuangkan ke dalam loyang roti/kek yang telah digris dengan mentega.
Bakar dalam ketuhar pada suhu sederhana sehingga masak, anggaran selama sejam. Cucuk dengan lidi untuk pastikan kek masak.
Sedia untuk dihidangkan panas-panas atau sejuk. Sedap dimakan bersama aiskrim atau sos kastard.

Resepi Kek Coklat

Resepi Kek Coklat

Bahan-bahan:

200 g coklat masakan
150 g mentega tawar
3 biji telur
3 kuning telur
100 g gula pasir
100 g tepung gandum, ayak

Pelengkap:
150 g coklat masakan, cincang, cairkan

Cara penyediaan:

Griskan 8 acuan tahan panas bentuk bulat atau yang lain.

Cincang coklat, ketepikan 50 g untuk isian. Cairkan baki coklat bersama mentega hingga bersatu.

Pukul telur dan gula hingga kembang. Masukkan coklat cair, kacau rata. Tambahkan tepung gandum, kacau lagi hingga rata.

Tuang adunan ke dalam acuan. Masukkan beberapa potong coklat di bahagian tengahnya. Masukkan ke dalam ketuhar panas 180 C selama 30 minit.

Angkat, biarkan hingga agak sejuk. Renjis permukaannya dengan coklat cair.

Sedia untuk dihidangkan.

Resepi Kek Pisang Kukus

Resepi Kek Pisang Kukus

Bahan-bahan:

1 ½ cawan tepung gandum, ayak bersama 1 sudu baking powder
½ cawan gula kastor
2 biji telur
2 biji pisang masak dilecek/dikisar atau ½ cawan pisang lecek/kisar
2 sudu teh minyak jagung

1 ½ sudu teh susu

Cara penyediaan:

Panaskan kukusan.

Pukul telur dan gula hingga kembang dan warna pucat. Masukkan minyak jagung, susu dan pisang. Kacau atau putar hingga sebati.

Masukkan tepung yang telah diayak bersama baking powder. Kacau perlahan-lahan hingga adunan sebati.

Tuangkan adunan ke dalam loyang yang telah digris dengan minyak atau marjerin. Masukkan ke dalam kukusan dan kukus hingga masak anggaran selama 15 minit. Uji dengan cucukan lidi untuk memastikan kek masak.

Setelah masak, biarkan sejuk pada suhu bilik sebelum dikeluarkan dari loyang.

Sedia untuk dihidangkan

Nota:
Jangan buka penutup kukusan semasa memasak (anggaran 15 minit) untuk mengelak kek dari bantat.

Resepi Makaroni Cheese Bakar

Resepi Makaroni Cheese Bakar

Bahan-Bahan:

475 ml susu segar
1 helai daun bay
secubit serbuk buah pala
50 g mentega
40 g tepung
175 g cheese Parmesan atau Cheddar (atau campuran kedua-dua) - (grated)
40 g serbuk roti
450 g macaroni (atau pasta yang pendek)
secubit garam
sedikit serbuk lada hitam

Cara:
Untuk membuat "bechamel sauce" :

Panaskan susu dan daun bay di dalam periuk kecil dengan api perlahan. Awas, jangan biarkan ia mendidih. Ketepikan.

Cairkan mentega di dalam periuk. Masukkan tepung, sebatikan. Masak selama 2-3 minit. Hati-hati agar tidak hangit. Tapiskan campuran susu tadi dan masukkan ke dalam adunan tepung tadi. Sebatikan dan gaulkan perlahan. Masak sehingga mendidih, kacau selalu. Masak selama selama 4-5 minit. Masukkan sedikit garam dan lada hitam dan serbuk buah pala. Padamkan api dan masukkan 30 ml cheese dan kacau hingga cheese cair dan sebati.

Panaskan oven 200 darjah C (400 darjah F). Sapukan sedikit mentega pada bekas casserole (oven proof) dan taburkan sedikit serbuk roti.

Sambil itu, rebus pasta dengan air yang dimasukkan sedikit minyak dan garam (atau salted butter) sehingga 3/4 masak atau "al dente". (Tip : kurang sedikit daripada masa yang dianjurkan di paket).

Buang air rebusan pasta dengan penapis. Masukkan ke dalam "sos bechamel" tadi, gaul rata. Masukkan ke dalam bekas casserole. Taburkan serbuk roti dan baki cheese tadi. Bakar selama 20 minit sehingga kekuningan dan cheese membuak.

Resepi Makaroni Telur

Resepi Makaroni Telur

Bahan-bahan:

100 gram macaroni – direbus mengikut panduan pada paket
100 gram daging kisar
100 gram keju parmesan
80 gram mentega – cairkan
5 biji telur ayam
2 ulas bawang putih
3 sudu makan minyak masak
1 sudu kecil garam
1 sudu kecil lada putih
Sedikit krim putar
2 batang daun bawang

Cara penyediaan:

Panaskan minyak di dalam kuali. Tumis bawang putih dan bawang besar hingga naik bau. Masukkan daging dan kacau hingga masak.
Masukkan macaroni dan kacau rata.
Masukkan bahan-bahan lain kecuali 3 biji telur. Gaul rata, tutup api dan ketepikan.
Panaskan kuali leper dan sapukan sedikit minyak.
Pukul telur dan buat telur dadr yang nipis dan lebar.
Tuang campuran macaroni pada telur dadar dan bungkus. Ikat dengan menggunakan daun bawang.
Sedia untuk dihidangkan.
Koleksi Resepi Kegemaran Dari Berbagai Sumber Rujukan Dan Internet Untuk Di Kongsi Bersama