Resepi Puding Kek Gulung

Puding kek gulung

Bahan-Bahan:

30 gram agar-agar
1 tin susu cair
2 cawan gula
5 cawan air
2 biji telur (dipukul)
3 camca besar tepung kastard (bancuh dengan sedikit air)
2 sudu mentega
1 tin buah koktail
1 biji kek gulung
secubit garam
1 camca teh asen vanilla

Cara:

Rendam agar-agar selama setengah jam. Potong kek gulung. Susun ke dalam loyang sehingga menutupi bahagian bawah dan tepi loyang. Curahkan sirap buah koktail ke atas kek tadi sehingga agak masak. Kemudian masak agar-agar bersama air dan secubit garam. Masak sehingga agar-agar betul-betul hancur. Masukkan gula. Kacau hingga mendidih. Selepas itu masukkan susu cair, telur dan tepung kastard serta mentega. Kacau hingga sebati. masukkan asen Vanilla. Bila agak mendidih masukkan buah koktail. Biarkan mendidih dan angkat. Curahkan agar-agar tadi ke dalam loyang yang disusun kek. Biarkan ia sejuk dan membeku.

Cadangan Hidangan:

Boleh dihidang bersama aiskrim perisa vanilla atau coklat.

Comments

Popular posts from this blog

Resepi Begedil

Resepi Udang Mentega

Resepi Paprik Campur