Wednesday, June 16, 2010

Resepi Popia Goreng

Resepi Popia Goreng

Bahan-Bahan:

50 keping kulit popia
500 gm tauge
200 gm kacang peas
50 sen udang kering (ditumbuk halus)
1 biji sengkuang (ukuran sederhana)
1 biji timun
200 gm daging ayam
2 biji bawang merah (dimayang)
Sedikit bancuhan tepung gandum (untuk melekatkan kulitnya)
Sedikit minyak untuk menggoreng
Sedikit garam dan serbuk perasa

Cara:

Bersih tauge dan buangkan ekornya. Kemudian toskan. Sengkuang dan timun diparut memanjang. Pijarkan minyak dalam kuali. Tumiskan bawang merah, ayam dan udang kering hingga wangi. Bila telah agak kering, masukkan sengkuang dan kacang peas. Tambahkan garam dan serbuk perasa. Kacaulah hingga cukup masak kemudian angkat. Bentang sehelai kulit popia. Letakkan bahan yang telah dimasak, timun dan tauge kemudian bungkuslah dan gamkan dengan bancuhan tepung gandum tadi. Buat begini sehingga habis. Panaskan minyak dan gorenglah hingga garing. Setelah itu angkat dan toskan minyak.

Untuk menyediakan sosnya:

Tumbuk 3 biji cili merah hingga lumat. Tambah 2 ulas bawang putih dan tumbuk lagi hingga lumat. Tambahkan gula, garam dan cuka secukup rasa. Setelah siap, bolehlah dihidang bersama popia goreng tadi.

No comments:

Koleksi Resepi Kegemaran Dari Berbagai Sumber Rujukan Dan Internet Untuk Di Kongsi Bersama