Sunday, April 18, 2010

Resepi Ayam Masak Lemak Cili Padi

Ayam Masak Lemak Cili Padi

Bahan-bahannya
1 ekor ayam, dipotong ikut suka
1 liter santan
3 biji tomato, dibelah dua
1 batang serai, dititik
1 helai daun kunyit, disiat empat
garam secukup rasa
serbuk perasa jika suka
minyak secukupnya

Bahan untuk dikisar
10 batang cili padi merah
10 batang cili padi hijau
3 biji bawang besar
1 ulas bawang putih (besar kalau kecil letak 2 ulas)
1 inci halia
1 inci kunyit hidup

Cara-caranya

Ayam yang telah dibersihkan digaul dengan sedikit garam dan serbuk kunyit dan digoreng sehingga ia ¾ masak. Angkat dan ketepikan.
Panaskan minyak dalam periuk. Masukkan serai, bahan yang telah dikisar dan daun kunyit. Tumis sehingga ia naik bau dan keluar minyak.
Masukkan garam dan serbuk perasa bersama ayam yang telah digoreng tadi. Gaul kesemuanya sehingga sebati.
Masukkan santan dan api dikecilkan sedikit dan gaul rata. Biarkan sehingga kuahnya meresap kedalam ayam dan mendidih. Selalu dikacau jadi tidak pecah minyak kuahnya. Bila dah mendidih dan ayam telah pun masak dan kuahnya meresap, masukkan tomato dan matikan api dan tutup periuk. Setelah 5 minit tomato pun dah layu sedikit, angkat dan hidangkan.

No comments:

Koleksi Resepi Kegemaran Dari Berbagai Sumber Rujukan Dan Internet Untuk Di Kongsi Bersama