Sunday, April 18, 2010

Resepi Ayam Masak Kicap

Resepi Ayam Masak Kicap

Bahan-bahan ( 1-2 orang )

* 1 bahagian paha ayam
* garam kunyit secukupnya
* minyak untuk menggoreng
* 1/2 biji bawang besar -hiris nipis
* 2 ulas bawang puting- mayang
* 1cm halia- cincang halus
* kicap pekat manis secukupnya
* 2-3 biji cili padi- potong dua
* 1-2 batang cili hijau

Cara-cara

1. Potong ayam kecik-kecik dan bersihkan
2. Lumurkan ayam dengan garam kunyit dan goreng sehingga 2/3 masak. Kemudian ketepikan
3. Ambik dua sudu besar minyak lebihan goreng ayam tadi. Tumiskan bawang besar, bawang putih, halia dan cili sampai naik bau.
4. Kemudian masukkan kicap dan ayam. Goreng sampai ayam masak.
5. Akhir sekali kalau suka cili hijau bolehlah hiris cili hijau dan masukkan ke dalam ayam. Goreng sekejap dan padamkan api.
6. Siap untuk dimakan.

No comments:

Koleksi Resepi Kegemaran Dari Berbagai Sumber Rujukan Dan Internet Untuk Di Kongsi Bersama