Sunday, April 18, 2010

Resepi Stew Ayam

STEW AYAM

Bahan-bahan

500 gm ayam

Di Mayang Halus
5 ulas bawang merah/kecil
2 ulas bawang putih
1 inci halia
2 tangkai daun sup
2 tangkai daun bawang potong 1 inci

1 sudu kecil kicap cair
1 biji cili merah...mayang
1 batang carrot [potong kecil]
1 biji tomato [belah 6]

Bancuh
1 s/k tepung jagung
1/2 cawan air

1 s/k lada hitam
1 s/k minyak bijan
garam secukup rasa...

Cara membuat

1. Ayam dibuangkan kulit, potong kecil dan bersihkan.
2. Masukkan semua bahan kecuali daun sup dan daun bawang dalam mangkuk besar.
3. Masukkan kedalam microwave oven dan masakkan pada HIGH selama 15 minit.
4. Keluarkan dan gaul rata lagi dan masukkan tomato pula.
5. Masukkan semula dalam microwave dan masakkan lagi selama 10 minit.
6. Keluarkan dan taburkan hirisan daun bawang dan daun sup.
7. Hidangkan dengan nasi or roti.

Resepi Rojak Ayam

ROJAK AYAM

Bahan-bahan

* 1/4 ekor ayam
* 3 biji telur rebus [belah2]
* 3 keping tahu [goreng dan potong nipis]
* 1/2 biji sengkuang [saiz kecil]
* 1 batang timun
* 1/2 biji salad lectuce
* 500 gm mee kuning [celurkan sikit]
* Kuah Kacang/sos Kacang
Buatkan saperti kuah satay

Cara-cara membuat

1. Ayam dipotong 2 dan dibersihkan. Gaulkan garam dan kunyit dan gorengkan. Bila dah sejuk potong kecil.
2. Semua sayuran dipotongkan kecil.
3. Masukkan serba sikit semua bahan dalam pinggan dan taburkan kuah kacang atas bahan

Resepi Ayam Tandoori

Ayam Tandoori

Bahan-bahan

* 1 ekor ayam (sederhana besar)..potong 4 dan bersihkan

Bahan Perap

* 1 sudu besar cili mesin
* 2 sudu besar rempah kari
* 1 cawan yogurt

mesinkan dan gaul rata
* 1 inci halia
* 1 labu bawang besar
* 3 ulas bawang putih
* 2 biji tomato buahi
* 1 pokok daun ketumbar
* 1 sudu besar madu/gula
* 1 sudu besar minyak
* garam secukupnya

Cara-cara membuat

1. Perapkan bahan ni bersama ayam dan bakar dalam oven 200 C sehingga masak (1 jam).
2. Hidangkan bersama salad dan roti atau nasi.

Resepi Ayam Masak Lemak Cili Padi

Ayam Masak Lemak Cili Padi

Bahan-bahannya
1 ekor ayam, dipotong ikut suka
1 liter santan
3 biji tomato, dibelah dua
1 batang serai, dititik
1 helai daun kunyit, disiat empat
garam secukup rasa
serbuk perasa jika suka
minyak secukupnya

Bahan untuk dikisar
10 batang cili padi merah
10 batang cili padi hijau
3 biji bawang besar
1 ulas bawang putih (besar kalau kecil letak 2 ulas)
1 inci halia
1 inci kunyit hidup

Cara-caranya

Ayam yang telah dibersihkan digaul dengan sedikit garam dan serbuk kunyit dan digoreng sehingga ia ¾ masak. Angkat dan ketepikan.
Panaskan minyak dalam periuk. Masukkan serai, bahan yang telah dikisar dan daun kunyit. Tumis sehingga ia naik bau dan keluar minyak.
Masukkan garam dan serbuk perasa bersama ayam yang telah digoreng tadi. Gaul kesemuanya sehingga sebati.
Masukkan santan dan api dikecilkan sedikit dan gaul rata. Biarkan sehingga kuahnya meresap kedalam ayam dan mendidih. Selalu dikacau jadi tidak pecah minyak kuahnya. Bila dah mendidih dan ayam telah pun masak dan kuahnya meresap, masukkan tomato dan matikan api dan tutup periuk. Setelah 5 minit tomato pun dah layu sedikit, angkat dan hidangkan.

Resepi Ayam Masak Kicap

Resepi Ayam Masak Kicap

Bahan-bahan ( 1-2 orang )

* 1 bahagian paha ayam
* garam kunyit secukupnya
* minyak untuk menggoreng
* 1/2 biji bawang besar -hiris nipis
* 2 ulas bawang puting- mayang
* 1cm halia- cincang halus
* kicap pekat manis secukupnya
* 2-3 biji cili padi- potong dua
* 1-2 batang cili hijau

Cara-cara

1. Potong ayam kecik-kecik dan bersihkan
2. Lumurkan ayam dengan garam kunyit dan goreng sehingga 2/3 masak. Kemudian ketepikan
3. Ambik dua sudu besar minyak lebihan goreng ayam tadi. Tumiskan bawang besar, bawang putih, halia dan cili sampai naik bau.
4. Kemudian masukkan kicap dan ayam. Goreng sampai ayam masak.
5. Akhir sekali kalau suka cili hijau bolehlah hiris cili hijau dan masukkan ke dalam ayam. Goreng sekejap dan padamkan api.
6. Siap untuk dimakan.

Resepi Ayam Golek

Resepi Ayam golek

Bahan-bahan

* 2 bahagian paha ayam
* 1 mangkuk santan
* 5 biji bawang merah
* 1 batang serai
* 2 ulas bawang putih
* 3 tangkai cili kering
* sedikit kunyit dan sedikit halia

Cara-cara

1. Bawang merah,bawang putih,kunyit,halia,serai,cili kering dikisar halus
2. Kemudian masukkan bahan-bahan kisar serta ayam kedalam santan pekat.masak hingga ayam separuh masak.
3. Keluarkan ayam tadi dan bakar antara 20-25minit
4. Kuah rebusan ayam tadi di sapukan pada ayam yang sedang dibakar.
5. Siap utk dimakan

Resepi Asam Pedas Ayam Lada Hitam

Resepi Asam Pedas Ayam Lada Hitam

Bahan-bahannya
1 ekor ayam goreng

BAHAN MESIN
10 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1 biji bawang besar
2-3 sudu besar cili mesin
1" halia
1" kunyit hidup
1 peket kecil lada hitam biji (anggaran 1-2 sudu)
belacan sebesar ibu jari
buah keras - kalau nak pekat
1" lengkuas
2 batang serai
1 ikat daun kesum / daun kunyit
1 keping asam / air asam jawa
2 biji tomato
10 btg kacang bendi

Cara-caranya
Tumis bahan kisar dan serai sehingga pecah minyak.
Masukkan air dan asam, biarkan mendidih lama sikit
masukkan ayam, daun kesum dan garam.
Masukkan tomato dan kacang bende.
Koleksi Resepi Kegemaran Dari Berbagai Sumber Rujukan Dan Internet Untuk Di Kongsi Bersama