Monday, January 18, 2010

Resepi Sup Ayam

Sup Ayam

Bahan-Bahan:

1 ekor ayam (disiang,asingkan kulit & lemaknya,ketepikan)
1 sudu kicap cair
Garam & lada sulah secukup rasa
2 kuntum bunga lawang
5 cm kulit kayu manis
3 kuntum bunga cengkih
2 labu sedang bawang
4 ulas bawang putih 2.5 cm halia (dikikis kulitnya & biarkan sebuku
4 cawan air ]
250 gm ubi kentang (dipotong dadu kecil-kecil)
Garam secukup rasa
Bawang merah goreng
Daun bawang dicincang
Daun sup yang dicincang
Lada-lada hiris yang telah dijeruk

Cara:

Potongkan ayam kepada ketulan-ketulan & perasakan dengan campuran kicap. Perapkan selama 15-20 minit. Panaskan kulit & lemak yang telah diketepikan itu di atas api yang besar.Dapatkan minyaknya & tapis. Tuangkan ke dalam periuk lain.Pijarkan atas api yang sederhana & masukkan rempah-rempah kering. Tumis selama 1-2 minit,kemudian masukkan bawang,bawang putih & halia. Goreng hingga layu.Besarkan api.Masukkan ayam & bahan perasa selebihnya.Goreng hingga rata kuningnya,kemudian kecilkan api.Masukkan air,ubi kentang & garam. Didihkan perlahan-lahan hingga ayam & ubi kentang empuk. Padamkan api itu. Sesuaikan rasanya & isikan ke dalam mangkuk-mangkuk sup yang berasingan.Taburkan atasnya dengan bawang merah goreng,daun bawang & daun sup.Hidangkan segera dengan lontong atau roti.Hidangkan lada dalam pinggan yang berasingan.
Cadangan Hidangan:
Untuk 4 orang saja

No comments:

Koleksi Resepi Kegemaran Dari Berbagai Sumber Rujukan Dan Internet Untuk Di Kongsi Bersama