Monday, January 18, 2010

Resepi Ketam Goreng Bercili

Ketam Goreng Bercili

BAHAN-BAHAN
:

2 ekor ketam

6 sudu besar sos cili

2 sudu besar sos tiram

3 sudu besar sos Thai

Garam dan gula



BAHAN KISAR:

4 ulas bawang merah

2 ulas bawang putih

3 cm halia

2 batang serai

6 tangkai cili merah

6 tangkai cili kering



CARA MENYEDIAKAN:

1. Goreng ketam yang digaul dengan kunyit dan ketepikan.

2. Panaskan kuali dan masukkan bahan kisar dan tumis sehingga naik bau.

3. Masukkan semua sos, kemudian bubuh garam dan gula secukup rasa dan tumis lagi.

4. Setelah bahan tumis pecah minyak, masukkan ketam dan kacau hingga sekata.

No comments:

Koleksi Resepi Kegemaran Dari Berbagai Sumber Rujukan Dan Internet Untuk Di Kongsi Bersama